CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cecair Merah Keluar Dari Dinding Sebelum Akad Nikah

12-3-2024 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13838| Komen: 4

Description: JAKARTA – Beberapa kejadian aneh berlaku pada sebuah majlis perkahwinan sehingga menyebabkan pengantin perempuan pitam sebelum akad nikah berlangsung, lapor program berita Liputan6 hari ini.


JAKARTA – Beberapa kejadian aneh berlaku pada sebuah majlis perkahwinan sehingga menyebabkan pengantin perempuan pitam sebelum akad nikah berlangsung, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, pengantin perempuan dikatakan pengsan dan muntah-muntah sebelum akad nikah berlangsung.

Turut mengejutkan keluarga pengantin adalah terdapat titisan cecair berwarna merah pekat keluar daripada  dinding di bilik pengantin.

Dalam video insiden tersebut, keluarga pengantin didengari saling bertanya mengenai punca dan jenis cecair yang muncul.

Mereka akhirnya menganggap ia sebagai perkara biasa dan meneka cecair itu mungkin sisa air kotor.

Video itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi  netizen dengan ada yang mengaitkannya dengan kejadian mistik.

“Saya pernah mengalami perkara begini menjelang hari pernikahan tetapi cecair yang keluar lebih banyak. Saya menggosok bawang putih pada bahagian yang keluar cecair itu dan memperbanyakkan ibadat dan mengaji (al-Quran). Selama dua hari berturut-turut ia berlaku,” kata seorang netizen.


Namun, ada juga yang menganggap ia hanya cecair air kotor yang tiada kaitan dengan unsur misteri.

“Itu air kotor dan mengalir keluar dari dalam dinding. Mungkin ada (paip) yang sudah rosak, jadi sisa air kotor keluar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-3-2024 08:56 AM
...Saya menggosok bawang putih pada bahagian yang keluar cecair itu dan memperbanyakkan ibadat dan mengaji (al-Quran).


..gittewwww macam antu omputih ye konoha ni gosok garlic gittew. hehehe
Quote supernaturalee 13-3-2024 11:14 AM
“Itu air kotor dan mengalir keluar dari dalam dinding. Mungkin ada (paip) yang sudah rosak, jadi sisa air kotor keluar,” kata pengguna media sosial lain.


mcm lucah je ayat ni
oh my whats wrong w me
Quote green~tea 13-3-2024 12:50 PM
Nikah je la kat masjid...
Quote green~tea 13-3-2024 12:50 PM
supernaturalee replied at 13-3-2024 11:14 AM
“Itu air kotor dan mengalir keluar dari dalam dinding. Mungkin ada (paip) yang sudah rosak, jadi si ...

Apa yang lucah nya ayat begitu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.214081 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top