CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Selepas Berfikir Panjang, Solat Istikharah..” – Dr Sheikh Muszaphar Dedah Anak Sambung Belajar Di Genius Permata Pintar

12-3-2024 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31411| Komen: 440

Description: Baru-baru ini, berita mengenai anak sulung Dr Sheikh Muszaphar iaitu Bella mendapat tiga tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah secara serentak telah tular di setiap platform media sosial.


Baru-baru ini, berita mengenai anak sulung Dr Sheikh Muszaphar iaitu Bella mendapat tiga tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah secara serentak telah tular di setiap platform media sosial.

Terbaru, melalui laman Instagram Sheikh Muszaphar, dia ada memuat naik keratan artikel yang memaparkan headline mengenai berita tawaran sekolah anaknya itu.

Dalam pada itu, angkawasan pertama negara itu juga ada mendedahkan dalam hantaran tersebut sekolah yang dipilih oleh Bella untuk melanjutkan pelajaran.


Dalam pada masa yang sama, Dr Sheikh Muszaphar sempat berkongsikan pendapat bahawa sekolah yang bagus mempunyai pelbagai ciri-ciri dan antaranya, guru, fasiliti, persekitaran, kepimpinan, program yang ditawarkan dan banyak lagi.

Malah, dia merasakan banyak saja sekolah yang hebat lain dan masing-masing ada kelebihan sendiri selain mempunyai prestasi kecemerlangan serta sejarah yang terbukti.

Sekolah yang dipilih oleh Bella untuk melanjutkan pelajaran ada Genius Permata Pintar, dimana Sheikh Muszaphar merasakan ia boleh menguji cara pemikiran anaknya selain bergaul dengan rakan-rakan yang pintar.

Kata Sheikh Muszaphar, memilih sekolah yang tepat merupakan satu faktor penting tetapi berharap agar ia merupakan pilihan terbaik buat Bella.

Sumber ; Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 12-3-2024 11:10 AM
Tiga² institusi wajib poket kepok².
Taniya lerr..
Quote Cassieopeia 12-3-2024 11:14 AM
pandai betul bella ni. tinggi pun ye dh nk sama bapak dia
Quote songket_merah 12-3-2024 11:25 AM
permata pintar tu sekolah ke? tak pernah dengar
Quote BoongaKertas 12-3-2024 11:25 AM
alhamdulillah. tho iols ingtkan TKC jd pilihan. btw ada terbaca yg TKC tu dicetuskan oleh somebody related to sms gak. tp iols mcm malas nak baca kaitannya.
Quote prince_marhaen 12-3-2024 11:31 AM
oooo-kay.

Anak-anak heols ni dah macam bahan experiment dah.
Nak try & error all methods, schools, kelas itu ini, macam takde rehat.
Quote cmf_PariS 12-3-2024 12:11 PM
prince_marhaen replied at 12-3-2024 11:31 AM
oooo-kay.

Anak-anak heols ni dah macam bahan experiment dah.

sama aku pun annoying over sgt pasal anak2..
Quote Kurex 12-3-2024 12:12 PM
dah mintak pendapat cep ismel ke?
Quote aciksenah 12-3-2024 12:16 PM
songket_merah replied at 12-3-2024 11:25 AM
permata pintar tu sekolah ke? tak pernah dengar

Permata pintar tu program yang diperkenalkan Rosmah mansur. Permata pintar ni untuk budak cerdik pandai. Memang banyak tapisan, bukan senang nak masuk.

Quote songket_merah 12-3-2024 12:18 PM
aciksenah replied at 12-3-2024 12:16 PM
Permata pintar tu program yang diperkenalkan Rosmah mansur. Permata pintar ni untuk budak cerdik p ...

sekolah tu kat mane? kalau TKC tahu lah
Quote cm_vungtau 12-3-2024 12:24 PM
Kenapa ko tangkap gambar kena bukak mulut dek non?
Quote seri_mawr 12-3-2024 12:29 PM
cm_vungtau replied at 12-3-2024 12:24 PM
Kenapa ko tangkap gambar kena bukak mulut dek non?

hahaa....

yang ni aku pun perasan...maybe wife dia suka dia bergamabr buka mulut..

untk x offtopic...

pandai si bella ni lepas KPP...ni tuk budak2 genius...ada yang amik SPM masa umur 16....
dekat UKM sana kan derang belajar...
yang ajar derang pun semua prof..yang grad dr KPP ni biasanya sambung ke Uni di oversea....
ni program DS rosmah mansur yang sgt bermanfaat aku rasa...dan boleh di banggakan..
Quote KamikuP 12-3-2024 02:20 PM
Kurex: dah mintak pendapat cep ismel ke?


Mesti dah mintak sembah restu kat cep mael khuenz... ekekeke

Quote prince_marhaen 12-3-2024 02:25 PM
Kurex replied at 12-3-2024 12:12 PM
dah mintak pendapat cep ismel ke?

hahahahaahaahahahahaha mestilah kena tanya mak hayam dulu khensss...mana tau mak hayam sponssss half belanja gitteww...
Quote kechikchomel 12-3-2024 02:49 PM
Edited by kechikchomel at 12-3-2024 02:52 PM
seri_mawr replied at 12-3-2024 12:29 PM
hahaa....

yang ni aku pun perasan...maybe wife dia suka dia bergamabr buka mulut..

ada disediakan asrama ke?
syllabus dia macam mana?

iolss baca komen kat atas tu, kena ada duit kepok2.

Quote aciksenah 12-3-2024 02:51 PM
songket_merah replied at 12-3-2024 12:18 PM
sekolah tu kat mane? kalau TKC tahu lah

Program ni under UKM..so memang diorang belajar di Kampus UKM la. Actually Permata ni bukan untuk yang jenius saja. Ada banyak lagi program lain. Rasanya Permata seni pun ada.

Quote refleCtion 12-3-2024 02:58 PM
songket_merah replied at 12-3-2024 12:18 PM
sekolah tu kat mane? kalau TKC tahu lah

Permata Genius kat UKM, Permata Insan kt USIM...skolah2 mcm ni kalau balanced dua2 academic dan non-academic baguslah, takut terlalu push budak2 dgn advanced learning jah.
Quote ifanonline 12-3-2024 03:10 PM
anak2 yg bijak pandai di malaysia memang perlu diasingkan dari masyarakat in terms of gaining knowledge dan training...tak boleh bercampur gaul dgn budak2 lain dr B40, M40 dan T20 secara umum...dlm memperolehi ilmu pun memang ada kasta masing2...sedangkan ranking tadika, sekolah, universiti pun di war-warkan kpd public sebagai tekanan pelajaran utk anak2...sesiapa tak mampu memang nasib badan, sebab education is becoming more expensive in the future...you want the best, you need to pay more...availability of scholarship utk pelajar susah pun makin berkurangan, sebab gomen dah takde duit and it is too competitive...

membangga-bangga tentang education akan kembali sengit pd masa akan datang...
Quote imransulaiman 12-3-2024 03:45 PM
ifanonline: anak2 yg bijak pandai di malay ...


Sebenarnya sekolah harian pun boleh berjaya KALAU streaming dibenarkan. Dulu ok je pun sekolah harian meletup keputusan. Tapi dari streaming classes lah.

Malangnya sekarang ini streaming tak dibolehkan. Demi menjaga hati murid-murid kelas corot.

Tapi tak tau lah pulak kalau ada sekolah kerajaan yang melaksanakan streaming classes sekarang ni. Kalau mengikut subjek elektif tu memang ya. Streaming yang saya maksudkan adalah mengikut tahap kecerdasan seseorang murid.

Dulu zaman SBP, ada kelas streaming untuk subjek tertentu. Contohnya Bahasa Inggeris. Setiap kali jadual untuk subjek tersebut, murid akan berpindah kelas mengikut tahap kebolehan.
Quote c===8 12-3-2024 03:53 PM
KPP ni bagus tapi kesian jugak umur muda dah belajar silibus yg tinggi, by 16 atau 17 dah dpt high school diploma, dlm 30% je yg terus sambung di luar negara dlm bidang yg hebat.selebihnya sambung di uni tempatan & kena ikut mcm budak2 lepasan spm, kena masuk asasi dulu sedangkan tahap iq mereka dah patut layak trus ke tahun pertama degree.mereka juga kena amik spm pasal syarat utama sponsor mesti ada spm

Lihat semua komen(440)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.443322 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top