CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Minum Arak Sambil Menunggang Motosikal Dipenjara Sehari Dan Denda RM10,000

8-3-2024 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9094| Komen: 67

Description: Melaka: Lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, tadi, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol ...
Kredit foto : Harian Metro



Melaka: Lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, tadi, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol, tahun lalu.

Majistret Mazana Sinin membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Toong Chen Qen, 63.

Mazana menetapkan hukuman penjara bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, lelaki itu boleh dipenjara tambahan empat bulan selain lesen memandu digantung dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan dilakukan di Jalan Tamby Abdullah, di sini, pada jam 2.30 pagi, 2 September 2023, kira-kira jam 2.30 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabitkan boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000.


Terdahulu, Chen Qen yang tidak diwakili peguam merayu denda ringan kerana tidak bekerja dan menanggung ibu berusia lebih 80 tahun serta isteri dan anak perempuan yang menghidap penyakit mental.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd Jalil bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 2-3-2024 09:33 AM
Mohon rayuan sebab sara keluarga tapi ada plak duit beli arak
Quote honeybee1802 2-3-2024 09:48 AM
Sehari je penjara?
Quote blue_blur 2-3-2024 10:37 AM
lagi bahaya yang mabuk drive bunuh orang.. ni ride motor mabuk mati sorang2 sendiri je..
Quote Mary_jane 2-3-2024 11:06 AM
Minum sebab nak healing ke since kena sara ibu lagi & anak yang mental?
Quote Kurex 2-3-2024 11:43 AM
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote nw111 2-3-2024 01:54 PM
Sehari je penjara??
Patut  x pernah serik kaki tonggang ni
Quote wikedsaikel 2-3-2024 01:55 PM
annehuda replied at 2-3-2024 09:33 AM
Mohon rayuan sebab sara keluarga tapi ada plak duit beli arak

Arak setin atau sebotol berapa?
Quote Decaffeinated 2-3-2024 03:20 PM

Penjara sehari itu untuk menggugurkan kelayakan beliau terhadap certain perkara e.g. certain company akan terus terminate. Gomen tak perlu simpan (read tanggung makan) lebih lama kerana beliau bukan ancaman kepada keselamatan awam.

Quote Decaffeinated 2-3-2024 03:23 PM
wikedsaikel replied at 2-3-2024 01:55 PM
Arak setin atau sebotol berapa?

Kalau beer setin 5-6 ringgit boleh dapat. Biasanya kalau pekena 3 tin dah sangkut breath test walau pun boleh bawa motor.

Quote plywood 2-3-2024 05:10 PM
mcm mana nak bayar 10,000 tu.

4 bulan duduk dlm penjara atau terbang 10k.. mana-mana pun susah .. tak kerja, bawa motor, barangkali dia akan dipenjarakan
Quote ice_sky92 2-3-2024 05:20 PM
Cash la kan apek ni. Haha
Quote otai_g 2-3-2024 10:25 PM
Lain kali lps abes minum mintk la tlng kwn hntr balik rumah atau orderkan grab. Kos tambandg grab at least x smpi la 10k.
Quote honeybee1802 2-3-2024 11:14 PM
otai_g replied at 2-3-2024 10:25 PM
Lain kali lps abes minum mintk la tlng kwn hntr balik rumah atau orderkan grab. Kos tambandg grab at ...

Kalo sudah mabuk maa..mana boleh pikir dah...
Quote annehuda 2-3-2024 11:42 PM
wikedsaikel replied at 2-3-2024 01:55 PM
Arak setin atau sebotol berapa?

Meols cek kt twitter harga bir kat 7e setin paling murah pun RM8.90. tu tahun 2022 tu. Lepas sst 8% ni mesti lagi mahal.
Quote Decaffeinated 3-3-2024 03:38 PM
otai_g replied at 2-3-2024 10:25 PM
Lain kali lps abes minum mintk la tlng kwn hntr balik rumah atau orderkan grab. Kos tambandg grab at ...

Ini yang jenis hari2 melepak pekena bir macam ngeteh versi apek. Setakat sekali-sekala boleh la order grab.

Quote s@s@ 5-3-2024 09:34 AM
bilis ja kena..... yg drive keta?
Quote ifanonline 5-3-2024 11:47 AM
tua tak semestinya bijak
Quote shamsadis 5-3-2024 01:25 PM
sehari je....ermmm
Quote Supersirap 5-3-2024 02:00 PM
Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.124541 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top