CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jemur Baju Tak Sampai Satu Jam Pun Dah Kering, Mandi Pun Empat Kali Sehari' - Penduduk

4-3-2024 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9277| Komen: 57

Description: Pokok Sena: "Jemur baju tak sampai satu jam pun dah kering sebab cuaca terlalu panas," kata penduduk, Shuhaida Yusof, 38.
Kredit foto : Harian Metro



Pokok Sena: "Jemur baju tak sampai satu jam pun dah kering sebab cuaca terlalu panas," kata penduduk, Shuhaida Yusof, 38.

Shuhaida berkata, cuaca panas terik yang melanda daerah ini sehingga mencecah hampir 40 darjah Celsius menyebabkan bahang panas dirasai sehingga dalam rumah.

Katanya, setiap hari dia menyiapkan kerja rumah termasuk menjemur pakaian di ampaian dan menyiram pokok bunga.

"Memang Pokok Sena panas sekarang ni sejak tiga hari lalu hinggakan mandi pun empat kali sehari sebab panas.

"Bahang panas mula dirasai sekitar 11.30 pagi hingga 5.30 petang dan Saya dan dua anak lebih selesa duduk dalam rumah dan mengurangkan pergerakan di luar," katanya ketika ditemui di Taman Angsana, di sini, hari ini.

Shuhaida yang juga peniaga berkata, penggunaan elektrik juga terutama kipas angin dan pendingin hawa agak banyak bulan ini.


Katanya, walaupun menggunakan kipas angin pun masih terasa panas terutama pada waktu malam dan tengahari.

Sementara itu, peniaga air balang, Nur Shalina Mohd Shariff, 28, berkata, cuaca panas terik ini juga memberi rezeki kepadanya apabila semua air balang yang dijualnya habis dalam tempoh dua jam.

Katanya, dia yang memulakan perniagaan bermula 11.30 pagi akan menambah stok air balang apabila nampak berkurangan.

"Cuaca panas terik kali ini agak luar biasa sehinggakan air balang yang saya jual pun habis selepas empat jam walaupun dua kali menambah stok minuman.

"Saya yang berniaga di tepi jalan pun minum air dengan banyak kerana kerap dahaga, " katanya.

Media semalam melaporkan, kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.50 petang semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 2-3-2024 09:38 AM
Woww satu jam dah kering baju jemur.. kalah dryer!!
Quote iraizz 2-3-2024 10:00 AM
green~tea replied at 2-3-2024 09:38 AM
Woww satu jam dah kering baju jemur.. kalah dryer!!

Betul la tea, perlis pun sama... Teriknyer cuaca
Quote green~tea 2-3-2024 10:04 AM
iraizz replied at 2-3-2024 10:00 AM
Betul la tea, perlis pun sama... Teriknyer cuaca

Buleh gi beli mangga lah ni... buah manis katanya
Quote iraizz 2-3-2024 10:08 AM
green~tea replied at 2-3-2024 10:04 AM
Buleh gi beli mangga lah ni... buah manis katanya

Tahun  ni menjadi harumanis ni, tapi banyak jgak la dengar kebun2 harumanis terbakar dek panas terik ni, bomba sibuk memanjang memadamkan api kat sini.. Jap ke sana jap ke sini bomba tu
Quote green~tea 2-3-2024 10:35 AM
iraizz replied at 2-3-2024 10:08 AM
Tahun  ni menjadi harumanis ni, tapi banyak jgak la dengar kebun2 harumanis terbakar dek panas ter ...

Tak ke mana sangat i cuti skolah ni.. jalan jem merata, tambah gomen berbonusan last week and this week.. jem melekat...

mujur awal cuti skolah haritu dah bawak anak round2 luar KL /selangor...

ingat nak lajak ke perlis one fine day...
Quote lucky_peace 2-3-2024 10:48 AM
Mmg panas, tido pon berpeluh.. nak pasang aircond bukan rumah sendiri, rumah sewa so mcm x berbaloi nti nak pindah randah satu kerja nak mencabut lak..
Quote ninja boy 2-3-2024 11:07 AM
Rumah bertingkat sejuk sikit, rumah landed mmg panas musim panas ni
Quote Bergosip 2-3-2024 11:48 AM
panas2 ni sesuai buat agar2 kering dengan dried fruit

kalau duduk dekat rumah teres (rapat2), memang akan rasa bahang. sebab pengudaraan tak penuh
Quote noor2 2-3-2024 12:32 PM
Setuju dgn tajuk ni....tp paling x faham 2 ekor mat saleh yg x nk mandi kat Malaysia ni setelah dtg sini...gila..mau mati kering ko naik suhu badan kalau x mandi beberapa hari
Quote kotakbaju 2-3-2024 04:59 PM
Sekarang ni kerap pulak dengar siren bomba lalu lalang depan umah.
Quote amyza 2-3-2024 05:19 PM
Memang panas, buat keje sikit kat dapur dah berpeluh²
Quote Decaffeinated 2-3-2024 05:56 PM
Kalau kain warna hitam atau gelap kena pulak direct matahari tak sampai sejam kot.

Tapi aku rarely jemur baju, dryer pun aku tak suka lagi2 yang jenis condensing dryer tu. Aku lebih prefer aircond dry. Bau soflan pun preserved.

Quote makadek 2-3-2024 06:48 PM
Johor sejuk mat....
Quote gigahertz 2-3-2024 07:17 PM
green~tea replied at 2-3-2024 01:38 AM
Woww satu jam dah kering baju jemur.. kalah dryer!!

dia punya kepanasan tu plastik plastik kat kereta macm speaker grillz ,
knob aircon tu semua boleh pecah berderai.
Quote ilacantik 2-3-2024 07:48 PM
Meols tadi konon2 nak buat sample kuih ros/kuih goyang, dari berbaju, sampai bersport bra dah macam sauna kat gym. Pakai rantai tangan halus 2gram je pon, dah tangkap haba. Belum lagi pakai coco 40gram. Mau terbakar kulit.
Memang dari bulan 3 sampai bulan 6 tiap tahun, kena budget extra untuk letrik. Aircon on sepanjang masa. Ada nanti buat kuih raya dalam bilik tidur.
Quote B40tastePosh 2-3-2024 07:57 PM
Boleh la melancong kat Gua Kelam.
Quote krustykrab 2-3-2024 08:31 PM
ilacantik replied at 2-3-2024 07:48 PM
Meols tadi konon2 nak buat sample kuih ros/kuih goyang, dari berbaju, sampai bersport bra dah macam  ...

Karang customer hang dapat kuih goyang berbulu ketiak
Quote shernazz 2-3-2024 09:57 PM
Arwah tok iols mmg suka buat agar2 Kering kalau panas terik Gini...
Pastu isi.kelapa.sira Gula pastu keringkan..
Iols kalau balik mmg Cari tu.le...only in utara Saja jumpa kalau Jaman.iols.kecik
Quote hyie 2-3-2024 10:06 PM
ye nokkkk...meols jemur kain cadar, 30 minit je dah kering, selalu sejam lebih la jugak baru kering sebab tebal.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top