CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Kuat Kerana Anak...' - Pesakit Kanser Payudara

8-3-2024 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10592| Komen: 76

Description: Alor Setar: "Orang nampak saya kuat tetapi sebenarnya tidak, saya gagahkan diri disebabkan kanser payudara sudah di peringkat akhir. Saya tahu saya akan mati cuma fikirkan anak yang masih kecil," kata ...


Alor Setar: "Orang nampak saya kuat tetapi sebenarnya tidak, saya gagahkan diri disebabkan kanser payudara sudah di peringkat akhir. Saya tahu saya akan mati cuma fikirkan anak yang masih kecil," kata Zettyhayat Azizan, 40.

Ibu tunggal itu berkata, dia dikesan menghidap kanser kira-kira setahun lalu selepas melahirkan anak bongsu sebaik menyedari ada ketulan kecil di payudara kanan.

Katanya, selepas itu doktor mengambil sampel darah untuk mengetahui masalah yang dialami namun ketulan itu pecah dan bernanah.

"Selepas menerima keputusan laporan perubatan, doktor mengesahkan saya menghidap kanser payudara tahap empat dan ketika itu saya sangat terkejut kerana tidak menyangka menerima ujian ini.

"Doktor kemudian mengambil sampel nanah dan membuangnya untuk mengelak jangkitan lebih teruk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gunung Sali, Mergong, di sini, semalam.


Menurutnya, lubang bekas nanah itu pula makin hari semakin besar dan dia hanya bertahan dengan ubat tahan sakit.

Akibatnya, nanah di payudara kanan semakin banyak daripada biasa selain perlu kerap dibersihkan.

"Saya turut mengalami tumpah darah di bahagian payudara kanan sehingga banyak darah keluar menyebabkan saya pucat dan tidak bermaya.

"Saya tidak dapat bekerja dan hanya mampu mengasuh dua kanak-kanak dengan pendapatan RM10 sehari untuk menampung perbelanjaan harian saya dan empat anak.

"Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa dan perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pun agak mencabar kerana dari rumah saya menunggang motosikal sehingga ke Stesen Keretapi Alor Setar sebelum menaiki komuter sehingga ke Butterworth, Pulau Pinang dan hendak ke HPP saya naik kenderaan e-hailing," katanya.

Zettyhayat berkata, setakat ini dia sudah menjalani 10 kali rawatan kemoterapi iaitu enam kali di HPP dan empat kali di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Katanya, dia yang tinggal di rumah sewa juga terpaksa berharap bantuan ibu bapanya membayar RM350 setiap bulan.

"Saya kini berdepan dengan masalah kewangan selain memikirkan nasib yang saya alami disebabkan keadaan kesihatan yang semakin merosot," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 2-3-2024 10:44 AM
Allahuakbar.
Ayah budak² ni mana..
Sedih baca.
Kalu time laki sakit tlantar pn dok baca bini yg bhempas pulas cara rumahtgga a-z.
Bukan suma. Kebanyakan.
Quote nw111 2-3-2024 10:46 AM
Ok..yg ni layak dikesian... Takde pulak account no
Tapi laki nya mana..mati or cerai...kalau cerai harap nafkah anak2 tu jgn lupa..and tolong jaga anak2 tu jgk..
Quote lilacomot 2-3-2024 11:15 AM
Kesiannye.. Yg mcm ni layak d bantu..
Quote aina_shaira 2-3-2024 11:29 AM
Muda lagi kalau 40 tahun tu…
Quote manopBKK 2-3-2024 11:33 AM
tak payah pin la hanat topik ko memang sendu ponnnn
Quote SweetRehan 2-3-2024 11:55 AM
Kesiannya....besar dugaan ...
Quote zehra2 2-3-2024 01:02 PM
tkde plak no acc
Quote little_sis 2-3-2024 01:16 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan dia.. insaf kejap aku rasa bila baca kisah ni terkenang orang yg lebih susah keadaan hidupnya tapi tabah betul dia
Quote cap_ayam 2-3-2024 02:03 PM
Semoga cepat sembuh puan.
Quote green~tea 2-3-2024 02:15 PM
Sian anak2 kecik lagi.. semoga dipermudahkan urusan sekeluarga.. semoga anak2 kecik terbela sampai abes skolah
Quote noor2 2-3-2024 02:39 PM
TT mana no akaun?
Quote scorpionkiki 2-3-2024 02:40 PM
Edited by scorpionkiki at 2-3-2024 10:13 PM

Kes adik.ni terlepas dr pengetahuan Kak Zuraini Kamal kot...kak zuraini tu aktif sungguh tolong pesakit kanser utk dptkan bantuan
Quote noor2 2-3-2024 02:40 PM
Biasanya pesakiy yg tahap cerita topik  ni dah terbaring je kan?..nanah dah pecah masih mampu jaga anak org ke?
Quote ultra78 2-3-2024 02:56 PM
Kenapa kat depan tunjuk thread ini posted pada 15/3/2024? Wartawan bekerja dari future?
Quote green~tea 2-3-2024 03:00 PM
ultra78 replied at 2-3-2024 02:56 PM
Kenapa kat depan tunjuk thread ini posted pada 15/3/2024? Wartawan bekerja dari future?

Dia nak make sure thread ni pinned first page senantiasa
Quote akusukaq 2-3-2024 03:37 PM
Apa tujuan tt apa akaun number pun takde...
Quote Decaffeinated 2-3-2024 03:39 PM
Aku sembang dengan surgeon dia kata amat common negara macam malaysia ni akan tau ada kanser bila dah tahap 4 i.e. tunggu simptom kerana kesedaran masih rendah. Even yang so called educated professional pun.
Quote Decaffeinated 2-3-2024 03:40 PM
cap_ayam replied at 2-3-2024 02:03 PM
Semoga cepat sembuh puan.

sembuh from what?

Quote Decaffeinated 2-3-2024 03:43 PM
green~tea replied at 2-3-2024 03:00 PM
Dia nak make sure thread ni pinned first page senantiasa

Boleh eh? but OK lah thread macam ni layak dibincang banyak kali pun. Kasi masuk dalam otak memasing cancer is real.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059675 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top