CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekejaman Israel : Lebih 100 Penduduk Palestin Mati Ditembak Ketika Serbu Trak Bantuan

5-3-2024 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5511| Komen: 19

Description: Gaza: Lebih 100 penduduk ditembak mati selepas orang ramai menyerbu ke arah trak bantuan di Gaza, pada Khamis.



Gaza: Lebih 100 penduduk ditembak mati selepas orang ramai menyerbu ke arah trak bantuan di Gaza, pada Khamis.

Kementerian Kesihatan wilayah itu berkata, lebih 750 orang turut cedera dalam kejadian itu.

Ia berlaku selepas agensi bantuan memperhebat amaran mengenai situasi kemanusiaan Gaza, dengan ancaman kebuluran khususnya di utara Gaza.

Rompakan trak bantuan sebelum ini berlaku di utara Gaza, di mana penduduk mengambil makanan haiwan dan juga daun untuk cuba menahan kelaparan.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra berkata, ratusan terbunuh dan cedera akibat tembakan tentera yang menyasarkan rakyat di bulatan Nabulsi, Bandar Gaza.


Penduduk, Kamel Abu Nahel yang dirawat akibat luka tembakan di Hospital Al-Shifa, berkata, dia dan yang lain pergi ke tempat pengedaran makanan pada tengah malam kerana mendengar akan ada penghantaran makanan.


"Kami sudah makan makanan haiwan selama dua bulan.

"Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai, menyebabkan kami lari bertempiaran, dengan beberapa orang bersembunyi di bawah kereta.

"Selepas tembakan berhenti, orang ramai kembali ke trak dan tentera melepaskan tembakan lagi. Saya ditembak di kaki dan terjatuh dan kemudian sebuah trak melanggar kaki saya," katanya.

Sementara itu, Ali Awad Ashqir yang pergi membeli tepung untuk keluarganya yang kelaparan berkata, dia menunggu selama dua jam apabila keganasan itu meletus.

"Kira-kira 4 pagi, trak tiba. Sebaik ia tiba, tentera melepaskan peluru meriam dan senjata api.

"Saya terkena tembakan di kaki kiri dan dibawa ke Hospital Al-Shifa. Saya kemudiannya dibenarkan keluar kerana kecederaan saya sederhana," katanya.

Ketua perkhidmatan ambulans di Hospital Kamal Adwan Fares Afana berkata, pakar perubatan yang tiba di tempat kejadian mendapati berpuluh-puluh atau ratusan orang terbaring di tanah.

Beliau berkata, ambulans tidak mencukupi untuk mengambil semua yang mati dan cedera dan ada yang dibawa ke hospital dengan kereta keldai.

Sumber Israel mengesahkan bahawa tentera melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang bergegas ke arah trak bantuan di Gaza, dengan menganggap mereka menimbulkan ancaman kepada tentera.

Jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagaimanapun berkata, ramai yang maut digilis trak itu sendiri selepas trak bantuan diserbu orang yang cuba merompak makanan.

Serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal, dengan hampir 1.5 juta orang kini bersesak-sesak di khemah pelarian di Rafah.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 2-3-2024 12:48 PM
Laknatullah betul
Quote sharlenetexas 2-3-2024 02:29 PM
Zionis bukan manusia. Pencinta zionis wajib pencen dari menjadi manusia.
Quote sharlenetexas 2-3-2024 02:29 PM
Ada hummus kat situ? Berapa orang?


Quote sharlenetexas 2-3-2024 02:40 PM

[ig]https://www.instagram.com/p/C38ohT8NutN/?igsh=azY4bjEzenk4cGNh[/ig]

Quote kotakbaju 2-3-2024 04:53 PM
Allah kejam betul tentera zionis ni.
Quote VespaSilbe 2-3-2024 04:55 PM
Dia dah cakap nak semua tahanan kan.. degil untuk apa ya.. menyusahkan rakyat sendiri.. sini tadok berita ke
Quote penmerah 2-3-2024 07:49 PM
Laknatullah
Janji Allah pasti
Quote B40tastePosh 2-3-2024 09:48 PM
Katanya Israel upah tentera upahan Hindu.
Quote meteorspeed 2-3-2024 10:38 PM
Meme dasar kayu api neraka betul kaum itu
Quote Triple_8 2-3-2024 10:47 PM
Saya tengah tunggu goyim pencinta Zionis cakap ini salah Hamas sebab "mulakan" perang 7 Oktober.
Quote kucingitam 4-3-2024 10:14 AM
apa yang drg sakit ati sgt tah..biar je la org tu ambil makanan...
Quote pengecatbintang 4-3-2024 11:13 PM
...

[twitter]https://twitter.com/majedbamya/status/1764646518265430118[/twitter]
Quote Zazama 5-3-2024 01:13 PM
Tak berani bertempur di medan perang tapi ambil jalan mudah bodoh nak mampus serang rakyat yg tidak bersenjata. Huh!! Ada hati nk jadi askar tp pengecut!
Quote adiksha 5-3-2024 02:40 PM
sejenis celaka la puak² ni [em:6:]
Quote syazwan92 5-3-2024 03:22 PM
Triple_8 replied at 2-3-2024 10:47 PM
Saya tengah tunggu goyim pencinta Zionis cakap ini salah Hamas sebab "mulakan" perang 7 Oktober.

Dekat porum ni memang dari dulu ada yang pro isr@el / Zionist...dekat thread 10 tahun lepas pun puak2 ni kata orang palestine ni play victim and ada je orang islam kt yisrael tu aman2 je duduk situ..duhhh dah sah2 tanah tu tanah haram yg yisrael curi dari palestine kan..ni yg latest issue ni puak2 yg pro yisrael kt sini ni senyap pulak masing2..
Quote Triple_8 5-3-2024 04:47 PM
syazwan92 replied at 5-3-2024 03:22 PM
Dekat porum ni memang dari dulu ada yang pro isr@el / Zionist...dekat thread 10 tahun lepas pun pu ...

Sebelum ini ada juga kedengaran suara-suara sumbang orang munafik ini menyalahkan Hamas. Tetapi sekarang sudah senyap sebab malu mahu menutup bangkai gajah dengan nyiru. Mereka ini amat gemar memburuk-burukkan orang Melayu kerana dengan berbuat demikian, mereka berasa puas hati dapat mencemarkan imej agama Islam yang sinonim dengan orang Melayu.
Quote haifawehbe 5-3-2024 11:54 PM
Triple_8 replied at 5-3-2024 04:47 PM
Sebelum ini ada juga kedengaran suara-suara sumbang orang munafik ini menyalahkan Hamas. Tetapi se ...

Memang ramai porumer pro israhell dlm ni.. iols sendiri dah berdebat dgn deme dlm ni..  balik2 salahkan hamas.. secara logic mana2 negara yg dijajah mmg akan ada pejuang kebebasan.. sejenis gunting dlm lipatan kalau negara kita kene serang deme ni la yg jadi tali barut penjajah silap hari bulan jadi pengikut dajal..
Quote syazwan92 6-3-2024 09:09 AM
haifawehbe replied at 5-3-2024 11:54 PM
Memang ramai porumer pro israhell dlm ni.. iols sendiri dah berdebat dgn deme dlm ni..  balik2 sal ...

Betul tu sis...tak mustahil puak2 yg pro israhell kt porum ni one day boleh jadi tali barut penjajah kalau Malaysia ni nak kena jajah. Yg geram bila media europe and US dan activist kemanusiaan dedah kekejaman israhell kt kanak-kanak, baby, wanita apa semua kt Palestine tu yg pro israhell / zionist kt porum ni senyap masing2 takde nak bagi sepatah dua komen. Paling WTF yg kanak2 pompuan palestine kena bunuh lepastu kaki kena kerat pastu digantung kt dinding tembok oleh zionist.
Quote Triple_8 6-3-2024 10:25 AM
haifawehbe replied at 5-3-2024 11:54 PM
Memang ramai porumer pro israhell dlm ni.. iols sendiri dah berdebat dgn deme dlm ni..  balik2 sal ...

Mereka ini, kalau orang kafir dan puak sesat buat majlis, pasti datang untuk membantu dan memeriahkan suasana. Tetapi kalau orang muslim buat majlis, lobang hidong pun tidak kelihatan. Kalau mereka berbicara tentang orang kafir, yang elok-elok saja, namun kalau mereka berbicara tentang orang muslim, yang busuk-busuk saja.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055816 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top