Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini ada mencuri tumpuan peminat apabila dia ada menitipkan nasihat buat rakan artis, Bella Astillah gara-gara isu hangat yang melanda rumah tangga selebriti itu baru-baru ini. Puteri Sarah berkata, dia sentiasa bersedia sekiranya Bella memerlukan seseorang untuk menjadi tempat meluahkan perasaan gara-gara isu tersebut. "Kepada sahabat saya Bella, awak ada ketika saya perlukan bahu untuk menangis. Jadi saya di sini sekiranya awak perlukan saya." Di satu hantaran berbeza, ibu tunggal kepada dua orang anak itu juga memohon orang ramai agar memberikan ruang serta berhenti menghukumi Bella tanpa mengetahui cerita sebenar.
"Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella dan janganlah kita menghakimi dia. Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang. Saya tahu cerita dari awal sampai akhir, jadi tak baik kita hakimi dia." "Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang dan sama-sama kita berdoa untuknya." Terdahulu, media hiburan dikejutkan dengan berita Aliff Satar telah dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu difahamkan adalah berdasarkan maklumat awam. SUMBER : Instagram/Beautifulnara |
Terdahulu, media hiburan dikejutkan dengan berita Aliff Satar telah dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah.
fanaz82 replied at 11-3-2024 04:14 PM
kesian alif satar.
alesandra replied at 11-3-2024 05:14 PM
terpaling tau..terpaling mencapub
noor2 replied at 11-3-2024 05:41 PM
Terpaling boleh membimbing sapa2 bila dilanda masalah mcm ni...
alesandra replied at 11-3-2024 05:43 PM
bila dah bercerai idup x tenang asyik nk gado, menyaman org
noor2 replied at 11-3-2024 05:43 PM
Pastu asyik tunjuk gedik dgn laki indon...bermanja2
totokreturn. replied at 11-3-2024 05:49 PM
tak baik cakap lagu tu
fanaz82 replied at 11-3-2024 04:14 PM
kesian alif satar.
ADVERTISEMENT