Baru-baru ini, nama anak kepada Shuib iaitu Mateen menjadi sebutan netizen susulan video dirinya melakukan aksi kurang sopan ketika bapanya sedang merakam podcast ‘OkLetsGo’ bersama beberapa orang kenalan. Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Watie menjelaskan mengenai isu video tersebut. Menurut Watie, dia dan Shuib tidak pernah melakukan hubungan intim di hadapan anak-anak. "Dia bukan ikut sebab daddy dia ke. Daddy dan mommy dia tak pernah ‘bersama’ di saat anak ada. Selalunya selepas anak pergi sekolah. Jangan risau". Disoal pula mengenai kenyataan Shuib mengenai ‘dekat rumah ada bela kuda’, Watie secara ringkas menjawab suaminya itu sekadar bergurau. "Shuib suka bergurau. Mungkin reaksi Shuib itu bergurau sebab nampak aksi itu seperti kuda." Watie yang ditemui ketika Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, baru-baru ini turut berkata, mereka pernah tegur Mateen berhubung perkara tersebut.
"Mateen tak tahu dia viral pasal benda itu. Sebenarnya sebelum ini Mateen pernah buat dan kami juga pernah tegur. Dia dah lama tak buat, mungkin waktu itu kebetulan dia buat."
|
ADVERTISEMENT