CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawar Rashid Sudah Kahwini Jejaka Dari Brunei? - "Saya Belum Boleh Beri Sebarang Komen Tentang Hal Berkenaan"

11-3-2024 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22647| Komen: 159

Description: Timbul spekulasi bahawa pelakon dan usahawan Mawar Rashid sudah berkahwin selepas dia berkongsi gambar dan video sedang ditata rias.


Timbul spekulasi bahawa pelakon dan usahawan Mawar Rashid sudah berkahwin selepas dia berkongsi gambar dan video sedang ditata rias.

Lepas menguatkan dakwaan itu apabila Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, dilihat turut memakai inai.

Menerusi Instagram story, Mawar turut berkongsi semula hantaran ahli keluarganya yang mempamerkan beberapa individu turut memakai inai.

Bahkan dia turut memuat naik gambar tangannya yang cantik diinai, duduk di sebelah seorang jejaka dengan meletakkan ucapan ‘Alhamdulillah’ selain meletakkan lokasi ketika itu iaitu Brunei.




Pelakon tersebut turut memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024.

Tinjauan ke akaun Instagram adik beradik Mawar turut menunjukkan mereka berada di Brunei dan ada yang berkongsi story berada di sebuah majlis perkahwinan namun tidak menunjukkan siapa pengantinnya.

Bagaimanapun, tuan empunya badan sudah memberikan respon dan menurut Mawar ketika ini dia enggan memberi komen berkenaan spekulasi tersebut.

"Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi. InsyaAllah saya akan kongsi bila sudah bersedia dalam masa terdekat."


Mawar turut memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya selain turut berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentangnya.

SUMBER : Gempak/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 11-3-2024 12:26 PM
aku nampak muka dia berbeza. adakah disebabkan senyumannya?
Quote Incanto 11-3-2024 12:29 PM
Kalau betul tahniah

aku rasa mcm baru lagi dia serai, mcm masih dalam iddah
Quote Cleocatra 11-3-2024 12:42 PM
Baca komen kat ig, katanya mom dia nikoh orang sana
Quote bankerpencen 11-3-2024 12:48 PM
Bukan dia kot… ni sesaja je nak orang sebut2 nama dia
Quote HappyGumbira 11-3-2024 12:52 PM
1000030935.jpg 1000030934.jpg 1000030937.jpg 1000030936.jpg
Quote anony-mous 11-3-2024 12:54 PM
Mak dia kan nikah org sana?
Quote anony-mous 11-3-2024 12:54 PM
Biasa la tu attention seeker konon nk tnjuk dkt duda yg dia laku
Quote dewi_rina 11-3-2024 01:08 PM
Edited by dewi_rina at 11-3-2024 05:10 AM

Dah habis edah ke
edit: Lahhh maknya nikah, anak yg beria pasaipa.. Nak jadi shungai jugak ke terpaling tak boleh tak berlaki? Mawar ni jugak yg masa si shungai jual biskut celup tu, dia siap video call shu kan.. Bagi kata2 semangat.. Katanya dah kenal lama,maybe masa apis berlakon 1st drama tu..
Quote Incanto 11-3-2024 01:12 PM
Wow! tahniah aunty

masih laku lagi di usia senja

semoga kekal ke jannah
Quote makneng 11-3-2024 01:14 PM
Tahniyah mak mekrose
Quote hyie 11-3-2024 01:27 PM
sendiri post kat ig, sendiri kata no komen...ko gila ke dikkk
Quote cik_ingeniare 11-3-2024 01:33 PM
hyie replied at 11-3-2024 01:27 PM
sendiri post kat ig, sendiri kata no komen...ko gila ke dikkk

opkosss attention seeker gittuhhh
Quote talapia 11-3-2024 01:39 PM
saje la tu nak usik2 manja.. biar gelabah netizen.. suruh org speku..
apala korang.. gurau pon takleh. gitu kata Mawar
Quote aemon 11-3-2024 01:42 PM
mental masih celaru lagi ke apa?
Quote krustykrab 11-3-2024 01:43 PM
Cleocatra replied at 11-3-2024 12:42 PM
Baca komen kat ig, katanya mom dia nikoh orang sana

Anak serai mak pulak dapat jodoh
Quote mawarkhayalan99 11-3-2024 01:43 PM
propa jelah mek siam ni
Quote felinecat 11-3-2024 01:45 PM
Sendiri post, lepas tu cakap terlalu peribadi, bodonya. Kalau terpaling peribadi, xpayah la pos
Quote rbmy 11-3-2024 01:45 PM
mak dia lawa kot amik brunei
Quote chandrahusin 11-3-2024 01:45 PM
High profile & prominent individual
Wahh Mak tangkap jerung
bukan biasa2

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.066499 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top