CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Teguh Pertahan Perlembagaan Termasuk Perkara 153 - Anwar Ibrahim

20-2-2024 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5495| Komen: 6



KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendirian teguh dalam mempertahankan peruntukan Perlembagaan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah serta Sarawak seperti yang termaktub dalam Perkara 153.

"Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menjawab secara ringkas berhubung cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim untuk meneliti semula isu sensitif berkaitan kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan pribumi Sabah serta Sarawak.

Hassan yang memuat naik status berkenaan di laman Facebooknya semalam, berkata perkara itu perlu dikupas secara ilmiah dan berfakta dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bagi mengangkat prestasi ekonomi Bumiputera yang dikatakan masih jauh tertinggal berbanding kaum lain.

Antara lain, beliau turut mencadangkan dalam usaha mengenal pasti sama ada kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah serta Sarawak dirampas atau dimanipulasi segelintir elit Bumiputera di Semenanjung dan Borneo demi kekayaan diri sendiri, keluarga, rakan serta kroni.


Hassan berkata, perbincangan juga perlu dibuat sama ada tindakan afirmatif termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi membantu ekonomi golongan Bumiputera atau sebaliknya.

Katanya, KEB perlu merumuskan isu pembangunan ekonomi rakyat berasaskan pembahagian kelas kehidupan dan keperluan, berbanding berdasarkan kaum atau pun kategori Bumiputera atau bukan Bumiputera.

"Segelintir kelas atasan disebut golongan T10 misalnya, membabitkan semua kaum, sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera. Sesetengahnya golongan terlampau kaya atau 'ultra-rich' daripada golongan bilionair atau maha jutawan.

"Manakala golongan B60 adalah kelas bawahan daripada semua kaum. Jika dikaji mengenai golongan miskin tegar, maka kita dapati terdapat di dalamnya bukan saja rakyat miskin Bumiputera tetapi juga ramai rakyat miskin India dan Orang Asli.

"Mereka memerlukan rumah, kos sara hidup tidak menindas, perkhidmatan kesihatan yang baik, sistem pendidikan berkualiti dan jaringan keselamatan kewangan untuk kehidupan bermaruah di usia emas," katanya.

KEB 2024 dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada 29 Februari hingga 2 Mac ini, bertujuan untuk memperkasa ekonomi Bumiputera dalam soal teknologi baharu dan pelan futuristik bagi generasi akan datang.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 20-2-2024 04:07 PM
harap anwar berani buat sesuatu yang baru..wajibkan semua cakap bahasa malaysia sebagai bahasa no 1 dalam pertuturan macam kat indon sana... lepas tu mansuhkan sjk biar semua sekolah kebangsaan je
Quote jejai 20-2-2024 04:37 PM
iza_just2c: harap anwar berani buat sesuat ...


Mustahil.dah terlambat
Quote adelea 20-2-2024 04:44 PM

bagus hapuskan sjk everytime i see Cina India di malaysia ...
i rasa macam duduk negara asing ... depa ni tak macam org malaysia lgsg
Quote KiddInc 20-2-2024 06:49 PM
Edited by KiddInc at 20-2-2024 06:51 PM

setuju hapuskan sekolah vernakular...tapi sebelum tu...martabatkan dan upkan sekolah kebangsaan weoollsss....

trend terkini..hagak2 beringgit jer hantar private schools, international schools pasal sekolah kebangsaan kurang focus anak murid...jadi skolah kebangsaan jadi anak tiri di negara sendiri...sekolah cina lebih baik dari sekolah kebangsaan...serious x tipu...kalau kmenterian dapat gabungkan skolah cina n skolah kebangsaan....iolls sokong sangat...

ingat...sekolah sjkc masih sekolah kerajaan yg diuruskan oleh KPM, guru2 masih guru gomen dan masih ikut sylibus mesia cuma mata pelajaran mostly dalam mandarin....cuma pibg....sekolah amek inisiatif lebih tuk sekolah....tu x kira ngo...comp2 bagi derma...bkn sikit wei...ribu riban
Quote Jajuli 20-2-2024 08:00 PM
Edited by Jajuli at 20-2-2024 08:01 PM

Sejak dia ckp esok menang minyak turun lps tu jadi kerajaan 22 bulan  perintah orang  tanya kenapa minyak tak turun dia jawab sebab dia tak jadi pm, semua ada jejak digital zaman ni , dia  punca aku terbuka untuk non melayu jadi pm, lantik sapa sapalah asal bukan dia, chua soli lek lagi bermaruah  skandal terbongkar letak jawatan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053635 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top