Melalui satu hantaran di Facebook baru-baru ini, tular perkongsiaan seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa terkejut apabila sewa sebuah bilik di Singapura dinaikkan dengan sangat ketara. Difahamkan dari laporan MS News, keluhan individu itu diserta dengan gambar bilik yang tiada katil dan hanya dilengkapi dengan tilam sahaja. Individu identiti yang tidak didedahkan itu berasa terkejut apabila harga sewa melonjak daripada S$500 kepada S$650 sebulan (RM2,300). Biarpun harga sewa dinaikan secara mendadak, penyewa itu pasrah dan terima seadanya sambil menyatakan “ini adalah satu-satunya cara untuk bekerja keras di bandar ini di mana setiap inci tanah adalah seperti emas.”
Sekadar info, bilik berkenaan tidak mempunyai kemudahan asas seperti rangka katil atau penghawa dingin dan hanya dihiasi dengan cadar dinasour serta permaidani Mickey Mouse. SUMBER : MS News |
cm_vungtau replied at 20-2-2024 07:35 AM
Ler memang gitu la harganya dari dulu pun. Tetiba aje nak terkejut
cm_vungtau replied at 20-2-2024 08:35 AM
Ler memang gitu la harganya dari dulu pun. Tetiba aje nak terkejut
ketambangkang replied at 20-2-2024 09:12 AM
sbb tu rakyat msia yg keje SG byk sewa bilik/rmh kat jb je..cari yg berdekatan dgn BSI
ADVERTISEMENT