CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuasa Veto PBB Perlu Dimansuh, Ia Adalah Anakronisme (Ketinggalan Zaman),” – Menteri Luar Ireland

19-2-2024 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5962| Komen: 6



MUNICH, Jerman – Menteri Luar Ireland, Michael Martin menyatakan bahawa kuasa veto lima negara di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak seharusnya dilaksanakan pada abad ke-21, lapor agensi berita Anadolu semalam.

“Kuasa veto harus dimansuhkan. Pada pandangan kami, ia adalah anakronisme (ketinggalan zaman),” katanya semasa Persidangan Keselamatan Munich di Jerman. 

Beliau merujuk kepada Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa vetonya beberapa kali untuk menyekat gencatan senjata di Semenannjung Gaza semasa persidangan Majlis Keselamatan PBB.

“Ia tidak mempunyai tempat pada abad ke-21. Kami berpendapat bahawa Majlis Keselamatan tidak berfungsi,” jelasnya.

Tambah Martin, Majlis Keselamatan PBB gagal mengeluarkan kenyataan walaupun mengenai Ukraine. Ia jelas adalah kegagalan luar biasa selain resolusi di Gaza disifatkan lemah.


“Terdapat lebih banyak veto berbanding tindakan diambil oleh Majlis Keselamatan ke atas Gaza misalnya,” katanya. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-2-2024 11:26 AM
jangan kata kuasa beto.. PBB tu sendiri takde nilai...
Quote Minami2013 19-2-2024 11:55 AM
Bubar je PBB tu. Kembali ke zaman perang dunia. Negara kuat menjajah.. negara lemah dijajah.
Quote Sesuatu… 19-2-2024 12:19 PM
So acik acik barat terpaling tu jawab mcm mana dlm tu? Yes, obsolete dh veto memveto ni. Kejadah dia, backward sungguh minded tp acah2 nk mengatur dunia
Quote Decaffeinated 19-2-2024 04:04 PM
Minami2013 replied at 19-2-2024 11:55 AM
Bubar je PBB tu. Kembali ke zaman perang dunia. Negara kuat menjajah.. negara lemah dijajah.

Kan... ikut ja lah siapa berkuasa dia lah raja.

Cer teka rasa2 Malaysia ni geng mana?

Quote Dwdrum 19-2-2024 04:42 PM
Edited by Dwdrum at 19-2-2024 12:44 AM

Relevant lagi kah UN ini kepada hamas supporter?..... Langgar ceasefire agreement.... Sekarang kecam UN sebab mahu ceasefire.. Sendiri pening dengan doctrine sendiri... Hadap saja lah sis.... Donia bukan revolved untuk palestine saja...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.063078 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top