CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Bang Sonny’ Selamba Sarung Pelikat Sambil Memasak

19-2-2024 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7466| Komen: 19



PETALING JAYA – Aksi bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams memakai kain pelikat mendapat pujian pengguna media sosial.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Instagramnya, Sonny dilihat tidak kekok mengenakan kain pelikat berwarna biru sambil menyediakan bekal makanan untuk anak-anaknya.

Difahamkan Sonny terpaksa menyediakan bekal makanan itu selepas dicabar oleh peminatnya untuk memasak kurang daripada 30 minit.

Bagaimanapun, menerusi klip video terbabit, Sonny berjaya membuktikan dia berjaya menyahut cabaran itu dan menyiapkannya dalam tempoh 15 minit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji aksi Sonny mengenakan kain pelikat sambil memasak dan menggelarnya sebagai ‘Bang Sonny’.

“Wei pakai kain pelikat kau bang,”tulis @apeacehussien.

“Pandai pulak pakai kain pelikat,”kata @fatin_ahmad.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @aliyamaisarah

“Sangat seronok lihat Sonny memakai kain pelikat, langsung tidak kekok. Selamat datang ke Malaysia,”ujarnya.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sonny tiba di Malaysia Jumaat lalu bagi mengikuti satu program kerohanian yang berlangsung dua hari bermula Sabtu.

Untuk rekod, Sonny memeluk Islam pada tahun 2008 di Perancis sekali gus menjadi muslim pertama yang bermain ragbi untuk pasukan All Blacks. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 19-2-2024 11:02 AM



Quote Kitty_catz 19-2-2024 11:04 AM
lepas tu nak buat apa ni?

acik2 kena pecah ovari ke?


yihhh
Quote prince_marhaen 19-2-2024 11:23 AM
cikki gatal bijik & bapok berangan ye yang ramai komen... dengan harapan Sonny notice..hahahaha
Quote Kurex 19-2-2024 11:28 AM
semoga dapat tersungkur atas badan kekar sonny sambil sonny sambut dengan berhati2..
Quote forex 19-2-2024 11:28 AM
tunggu sonny mai jam 2 arini
Quote sayurmayur88 19-2-2024 12:10 PM
so ? weolls nak menggelabah ke ape??
Quote mamajawie 19-2-2024 12:31 PM
orang tu da kawen pun nyahhhh..tapi badan dia iolsss taste sgat
Quote berusjamban 19-2-2024 01:27 PM
Dulu iols taste heols time dia blom convert. Skrg ni nampak xtaste plak sbb berjanggut mcm alim ulamaq...
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2024 01:28 PM
Apa benda yang kembung tu?
Quote cicicumel 19-2-2024 01:32 PM
prince_marhaen replied at 19-2-2024 11:23 AM
cikki gatal bijik & bapok berangan ye yang ramai komen... dengan harapan Sonny notice..hahahaha

Sambil membayangkan apa yg ada disebalik kain tu ..birah2 yg sama shaking tgk daddy ash
Quote Yoonggi 19-2-2024 02:09 PM
pandai plak dia pakai kain pelekat. mcm dah biasa pakai
Quote mzzenma 19-2-2024 03:08 PM
set2 samoa ni mmg badan not bad...tapi kena pandai jaga kalau tak boyak je masing2.
Tapi kalau jaga pun kalau dah tua semput juga, mcm the rock haritu baru buat satu bodyslam dgn the people's elbow terus semput sampai nak cakap pun mengah2

body je lawa tapi tak fit..tiber meolls bebel sbb geram ada hati nak main event wrestlemania dgn mengah mcm tu
Quote green~tea 19-2-2024 03:09 PM
Pandai dia amek hati rakyat melayu
Quote seri_mawr 20-2-2024 10:05 AM
lol....
dia pakai kat rumah kot...bukan pakai pi pasar raya ke ptk movie ke.....huhuhu

pelik2 la nitizen nak kagum yang bukan2 jah....
Quote damsel_fiji 20-2-2024 01:38 PM
mesti dalam ramai2 netizen yg tgh berair tu ada yg kebangga sambil menaip "proud to be Malaysian"

Quote antikorok 20-2-2024 01:41 PM
Badan yg main rugby memang kebanyakkannya sado. Kalau kuruih kering mau lempeng kene lenyek dgn pemain lain sbb nature sukan ragbi yg ganas ittew
Quote caprut 20-2-2024 01:59 PM
Ummah melayu delusional suka la
Quote selipar_hijau 20-2-2024 02:01 PM
Kurex replied at 19-2-2024 11:28 AM
semoga dapat tersungkur atas badan kekar sonny sambil sonny sambut dengan berhati2..

kalau sonny sambut tak berhati2 apa jadi?
Quote Kurex 20-2-2024 03:51 PM
selipar_hijau replied at 20-2-2024 02:01 PM
kalau sonny sambut tak berhati2 apa jadi?

kalau sonny tak sambut berhati2, takit landing dekat bahagian tubuh yg lain

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.185628 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top