Hari ini, Rabu, 24 Februari telah berlangsung prosiding kes pendakwaan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah. Menurut laporan, pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan telah diarahkan untuk membaca tangkap layar mesej perbualannya dengan Ebit Lew di aplikasi Whatsapp. Lapor Awani, pengadu telah membaca satu per satu daripada 436 gambar laporan forensik di dalam cakera padat dan salah satunya merupakan perbualan di mana dia menasihati pendakwah itu untuk membuat taubat nasuha. Maaf saya cakap-cakap macam ini. Lagi pun masa yang sangat sesuai, dengan kuarantin seminggu.
Bermula dengan suara yang lantang dan jelas didengari, pengadu kemudian berasa sebak dan menangis tersedu-sedu ketika membacakan mesej-mesej tersebut. Pengadu yang juga isteri orang itu turut pernah memberi jaminan (melalui mesej) kepada Ebit bahawa dia akan menyimpan aib tersebut memandangkan pendakwah itu selalu berkata mereka hanyalah manusia biasa. Difahamkan, sesi perbicaraan tersebut kemudian terpaksa ditangguhkan apabila Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memohon agar saksi tenangkan diri dahulu. Nor Azizah kemudian meminta pengadu menjelaskan apakah maksud mesej tangkap layar yang dibacanya di mahkamah itu dan dia berkata, Saya betul-betul ikhlas untuk memasihatkan Ebit Lew supaya hentikan apa yang dia buat itu sebab itu kalau tengok dari awal saya tidak blok beliau walaupun saya sudah terpedaya dengan kata-kata beliau. Tangkap layar mesej-mesej itu turut mendedahkan pendakwah berkenaan pernah mengajak pengadu melakukan hubungan intim dan bertukar pasangan suami isteri selain perkataan berunsur lucah. Dia juga menjelaskan maksud ayat dalam salah satu gambar tangkap layar mesej itu yang tertulis ‘dia tak pernah nak lepaskan saya’. Yang saya ingat teks itu adalah berkenaan Ebit untuk bertukar pasangan dan saya ada bagitahu ‘tak akan’ dan suami pun tak akan lepaskan saya. Tambah pengadu itu lagi, Ebit akan memadam apa-apa mesej di aplikasi Whatsapp dengan pilihan ‘for everyone’ sekiranya dia sedang marah. SUMBER : Awani/Beautifulnara |
TabletSusu replied at 15-2-2024 10:51 AM
bertukar pasangan tu.. si bidadari dia pun join sekali ke? tu ke maksud dia?
JunkMail replied at 15-2-2024 02:42 AM
Amboiiiii webbit..kemain kau nak jadi ketua kelab swinger ke
matjerk replied at 15-2-2024 10:20 AM
Tetaplah senyum menguntum mulut tu...
gideoncross replied at 15-2-2024 11:08 AM
Snyuman dia ni snyuman yg mnyakitkan hati
green~tea replied at 15-2-2024 10:54 AM
Buang je la purdah tu.. baik selempang tudung je... hahahahahahaha
Nak sebut free hair teros kang ...
prince_marhaen replied at 15-2-2024 10:15 AM
Adakah bebird lew salah sorang geng swinger yang join venture kat utara tu?? jeng3!
midori888 replied at 15-2-2024 11:15 AM
org free hair pun takde nak jadi swinger2 nie semua....
midori888 replied at 15-2-2024 11:15 AM
org free hair pun takde nak jadi swinger2 nie semua....
ADVERTISEMENT