Sudah menjadi lumrah kehidupan, perasaan rindu pasti akan menjelma dalam hati seseorang sekiranya berjauhan dengan insan tersayang. Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Eky berkongsi momen dirinya melakukan persiapan untuk memberi kejutan sempena hari jadi kekasih hatinya. Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Eky dilihat menyenaraikan 21 hadiah untuk diberikan sempena ulang tahun kelahiran teman wanitanya yang ke-21. Malah Eky dilihat berusaha membuat kotak hadiah berbentuk ais krim sebelum menyusun kesemua hadiah tersebut ke dalam bonet kereta yang disewanya. "Bunga letak depan sebab nak terus bagi." Bermulalah perjalanan Eky dari Segamat ke Permas Jaya namun malang tidak berbau, tiba-tiba kereta yang disewanya mengalami masalah sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan. "Selepas satu jam, baru staf owner datang untuk tukar dengan Exora. Alhamdulillah, staf dia semua okay." Bercerita dengan lebih lanjut, Eky akhirnya selamat tiba ke destinasi dan membuat kejutan kepada kekasihnya. Selepas memberi hadiah, mereka berdua meluangkan masa bersama dengan menjamu selera sebelum masing-masing berangkat pulang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kesungguhan Eky membuat kejutan dan menghargai pasangannya. Mereka turut menitipkan doa agar pasangan itu bahagia dan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Sumber: Eky/OhBulan |
AkokKocik replied at 14-2-2024 11:48 AM
Kreta sewa tp gigih nk bli sampai 21 hadiah...harap lepas kawen jgn plak buat2 lupa bday pmpuan tu.
prince_marhaen replied at 14-2-2024 12:51 PM
hujung2 pompuan kepam macam tu pilih jantan lain ada kereta sendiri.... hihihihi
ADVERTISEMENT