CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Di India Panik Lihat ‘Puting Beliung Nyamuk’

14-2-2024 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5985| Komen: 5

Description: NEW DELHI – Penduduk kampung Mundhwa, Keshavnagar dan Kharadi di bandar Pune, India terkejut apabila menyaksikan fenomena ‘puting beliung nyamuk’ yang terbentuk di langit di sekitar Sungai Mutha, l ...


NEW DELHI – Penduduk kampung Mundhwa, Keshavnagar dan Kharadi di bandar Pune, India terkejut apabila menyaksikan fenomena ‘puting beliung nyamuk’ yang terbentuk di langit di sekitar Sungai Mutha, lapor laman berita Deccan Herald semalam.

Netizen berkongsikan beberapa video yang menunjukkan sejumlah besar nyamuk terbang serentak, menyebabkan ia membentuk beberapa formasi menyerupai puting beliung.

Menurut laporan berita NDTV, keadaan tersebut menimbulkan panik dalam kalangan penduduk yang mengadu menghadapi pelbagai masalah akibat ancaman serangga itu.

Sungai itu dilaporkan mengandungi empangan kecil dan loji rawatan air.

Aliran air yang perlahan telah menyebabkan pengumpulan air sekali gus mewujudkan keadaan yang cukup sesuai untuk pembiakan nyamuk.

Menurut akhbar The Indian Express, keadaan di sepanjang sungai itu telah menjejaskan penduduk yang tinggal di bangunan kediaman, pelajar sekolah dan pejabat korporat.


Penduduk menyatakan kebimbangan mereka di platform media sosial dan menyuarakan pendapat mereka mengenai potensi bahaya merebaknya penyakit seperti malaria, denggi, dan chikungunya. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasa 14-2-2024 11:19 AM
umamh PPRT kat india level tak makan saman.

jenis 1000x ganda bermasalah dari ummah PPRT kat malaysia.

nyamuk terbang mcm puting tetek beliung.
Quote ifanonline 14-2-2024 11:25 AM
puting?
Quote airfilterkotor 14-2-2024 12:03 PM
ifanonline replied at 14-2-2024 11:25 AM
puting?

As usual... Ipan.
Quote ifanonline 14-2-2024 02:05 PM

pulas puting beliung filter nanti
Quote Skuau 14-2-2024 03:07 PM
tak apa..nanti depa pindah ke Msia Boleh letew..boleh buat sukati...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.220143 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top