CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Surprise Bagi 21 Hadiah Sempena Hari Jadi Kekasih, Lelaki Ini Terima Pujian – ‘Effort Dia Memang Power’

14-2-2024 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7797| Komen: 40

Description: Sudah menjadi lumrah kehidupan, perasaan rindu pasti akan menjelma dalam hati seseorang sekiranya berjauhan dengan insan tersayang.


Sudah menjadi lumrah kehidupan, perasaan rindu pasti akan menjelma dalam hati seseorang sekiranya berjauhan dengan insan tersayang.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Eky berkongsi momen dirinya melakukan persiapan untuk memberi kejutan sempena hari jadi kekasih hatinya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Eky dilihat menyenaraikan 21 hadiah untuk diberikan sempena ulang tahun kelahiran teman wanitanya yang ke-21. Malah Eky dilihat berusaha membuat kotak hadiah berbentuk ais krim sebelum menyusun kesemua hadiah tersebut ke dalam bonet kereta yang disewanya.

"Bunga letak depan sebab nak terus bagi."



Bermulalah perjalanan Eky dari Segamat ke Permas Jaya namun malang tidak berbau, tiba-tiba kereta yang disewanya mengalami masalah sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan.

"Selepas satu jam, baru staf owner datang untuk tukar dengan Exora. Alhamdulillah, staf dia semua okay."

Bercerita dengan lebih lanjut, Eky akhirnya selamat tiba ke destinasi dan membuat kejutan kepada kekasihnya. Selepas memberi hadiah, mereka berdua meluangkan masa bersama dengan menjamu selera sebelum masing-masing berangkat pulang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kesungguhan Eky membuat kejutan dan menghargai pasangannya. Mereka turut menitipkan doa agar pasangan itu bahagia dan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

Sumber: Eky/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 14-2-2024 11:48 AM
Kreta sewa tp gigih nk bli sampai 21 hadiah...harap lepas kawen jgn plak buat2 lupa bday pmpuan tu.
Quote laksmanabentan 14-2-2024 11:59 AM
AkokKocik replied at 14-2-2024 11:48 AM
Kreta sewa tp gigih nk bli sampai 21 hadiah...harap lepas kawen jgn plak buat2 lupa bday pmpuan tu.

kereta pun masih sewa gigih nak impres hidup orang lain...
hahahhahahaha.....
Quote ezacbee 14-2-2024 12:01 PM
Yg best termasuk isu semasa

Quote vanillaninja 14-2-2024 12:03 PM
I je ke yang tak bitter dengan budak2 ni

Mungkin sewa kereta sebab mamat ni mungkin ada motor je. Celah mana nak berangkut 21 hadiah tu kalau naik motor kan. Lagipun I tengok hadiah2 tu biasa2 je, orang2 macam kita tak payah tunggu birthday pun boleh beli.

Done bekap adik BBNU.
Quote lilacomot 14-2-2024 12:06 PM
untung la dik dpt jantan gigih semata2 nk tunjuk kt org dia la bf terpaling...slalu pompuan x hargai jantan mcm ni...depa lebih suka badboy je..
Quote anggeriklatifah 14-2-2024 12:07 PM
Tak semstinyaa dia effirt camtu  kau bertuaaahhh....kahwin dulu tengokkk..
Lelaki biasa laaa tunjuk effort sebb "BELUM DAPAT"..

Aku byk je tengok cousin2 aku punyaa laki dulu..kawan2 aku punyaa laki dulu..mcm2 relaa buat..siap ada yg sanggup g berulang perlis kl tiap2 minggu nak dating...bg hadiah mahal2 laa..
Dah kahwin..asyik gaduh..2 ke 3 tahun kahwin ceraiii..ada punyaa laki ada beyina lain..ada lunca laki ttak hiraukan..asyik tak balik rumaah..
So kepada girlll tu...tak payaaaaahhhh laaa confident dqn rse bertuahh sgt ye
Quote ChildrenOfBodom 14-2-2024 12:10 PM
indonnnnn biasalahh
Quote She-Ra 14-2-2024 12:23 PM
jgn membazir duit dekkkkkkkkkk dgn benda yg tak pasti, aci gitu? hahahhaaaa
Quote sufi^_^ 14-2-2024 12:30 PM
And this is news because?????
Quote jejai 14-2-2024 12:39 PM
Malam ni penuh la oyo hotel
Quote pearl.silver 14-2-2024 12:43 PM
Penat tp berbaloi katanya

Apa yg berbaloi? Pompuan tu balas dgn apa haa??

Korg cek in dulu kn sblum laki tu shoot balik

Quote prince_marhaen 14-2-2024 12:51 PM
hujung2 pompuan kepam macam tu pilih jantan lain ada kereta sendiri.... hihihihi
Quote Skuau 14-2-2024 12:56 PM
prince_marhaen replied at 14-2-2024 12:51 PM
hujung2 pompuan kepam macam tu pilih jantan lain ada kereta sendiri.... hihihihi

Kita xde jodoh.....
Quote alieyrina 14-2-2024 02:19 PM
Tak kawen lg memg camtu
Quote airmineral 14-2-2024 02:38 PM
Ape benda hadiah smp 21 benda?
Quote Pumpkinhead 14-2-2024 03:00 PM
fuh 21....gigih
Quote matjerk 14-2-2024 04:30 PM
Tunggu 10-20tahun je gi dik.
Quote liyamariska 14-2-2024 04:41 PM
sbb tu malas nk baca citer viral sal kebodohan manusia yg mengjengkelkan...

Quote bungarose 14-2-2024 04:49 PM
Sedeynyer ngko dek

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.071783 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top