GURUN – Tiga anggota tentera maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.22 pagi tadi. “Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kemalangan melibatkan tiga trak tentera lima tan dan sebuah lori Isuzu. “Tiga lelaki yang merupakan anggota tentera maut di lokasi, manakala pemandu lori berusia 31 tahun yang cedera termasuk di kepala dikeluarkan seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.
Difahamkan, kejadian melibatkan konvoi tiga trak tentera yang berhenti di tepi jalan selepas dipercayai salah sebuah kenderaan tersebut mengalami kerosakan. Tiga pemandu yang turun dari kenderaan masing-masing itu kemudian dilanggar lori berkenaan.
|
she replied at 3-2-2024 05:36 PM
Kenapa nak salahkan trak yang rosak di laluan kecemasan tu
Kalau lori tu ikut laluan dia
sranua replied at 4-2-2024 09:43 AM
Micro sleep...terlena sat ja dah membuang lori tu..ke pemandu lori main henpon. Kawan aku bawak kete ...
ADVERTISEMENT