CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Nafi 13 PATI Terbunuh Dalam Nahas Jalan Raya

2-2-2024 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10521| Komen: 6

Description: TAPAH – Polis menafikan dakwaan bahawa kemalangan yang berlaku di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Bidor semalam, membabitkan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohing ...


TAPAH – Polis menafikan dakwaan bahawa kemalangan yang berlaku di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Bidor semalam, membabitkan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri sebaliknya berkata, insiden tersebut hanya melibatkan seorang PATI berusia lingkungan 30-an yang maut di lokasi kejadian.

“Pihak polis mengesan dakwaan tular di media sosial yang menyatakan terdapat seramai 13 etnik Rohingya meninggal dunia dengan merujuk kepada kes kemalangan di Kilometer 335.

“Berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar dan polis menafikan dakwaan berkenaan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas meninjau Depot Imigresen Sementara Bidor, di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut berkaitan penyebaran maklumat palsu itu dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.


Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan penyebaran perkara tidak benar atau palsu kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

“Orang ramai juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes ini. Sekiranya mempunyai maklumat, mereka diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Noor Irwan Abd. Ghani di talian 017-3168097,” ujar beliau.


Terdahulu, tular dalam kumpulan sembang di aplikasi WhatsApp yang mendakwa seramai 13 tahanan Rohingya maut dilanggar manakala baki 118 orang lagi melarikan diri ke dalam kawasan semak dan hutan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 2-2-2024 07:18 PM
dah kena tahan kan..rasa macam dejavu je.dulu pun bukan ke kedah ke perak geng2 rohingya gak lari siapa cakap ada kena langgar lintas highway..tahun lepas kan
Quote anakkerengga 2-2-2024 08:00 PM
Kalau mati semua rohingya tu pun ok jg.. tp jgn lah kena langgar, sbb aku kesian dgn tuan punya kenderaan.. rohingya tunaku tak kesian pun
Quote antikorok 2-2-2024 11:52 PM
Edited by antikorok at 3-2-2024 12:02 AM
jejai replied at 2-2-2024 07:18 PM
dah kena tahan kan..rasa macam dejavu je.dulu pun bukan ke kedah ke perak geng2 rohingya gak lari si ...

Yang ni kan chuolss.
https://twitter.com/Haziq_Escobar/status/1516612114802040837

Kesian kat pemandu-pemandu kereta trauma langgor puak2 ni dalam highway gelap tu. Kerosakan pun tak tauk nak claim dgn sapa. Dengan NGOK confirm senyap tak berkutik menyorok sekor2 dalam lobang puaka!


Quote downiey 3-2-2024 10:34 AM
anakkerengga replied at 2-2-2024 08:00 PM
Kalau mati semua rohingya tu pun ok jg.. tp jgn lah kena langgar, sbb aku kesian dgn tuan punya kend ...

kan...setuju..
Quote Firenzza 3-2-2024 03:06 PM
Xde keja cari keja, gatal sgt nak amik pati skrg dh menyusahkan, esok media antarabangsa lapor kita tindas diorg baru padan muka, kena cop ngra apartheid NGOk plk apa  lg jd batu ronson
Quote cranell 3-2-2024 03:09 PM
nanti kena letak signboard 'awas, rohingya melintas'.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043400 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top