CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Anggota Tentera (ATM) Maut Kemalangan, 3 Trak Dirempuh Lori

2-2-2024 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9876| Komen: 23

Description: GURUN – Tiga anggota tentera maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini har ...

GURUN – Tiga anggota tentera maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.22 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kemalangan melibatkan tiga trak tentera lima tan dan sebuah lori Isuzu.

“Tiga lelaki yang merupakan anggota tentera maut di lokasi, manakala pemandu lori berusia 31 tahun yang cedera termasuk di kepala dikeluarkan seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.


Difahamkan, kejadian melibatkan konvoi tiga trak tentera yang berhenti di tepi jalan selepas dipercayai salah sebuah kenderaan tersebut mengalami kerosakan.

Tiga pemandu yang turun dari kenderaan masing-masing itu kemudian dilanggar lori berkenaan.


Sementara itu, menerusi video dan gambar yang tular di media sosial, terdapat beberapa anggota tentera yang mengalami kecederaan terbaring dan menerima bantuan kecemasan daripada anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Selain itu, kelihatan seorang anggota tentera tidak sedarkan diri berada di bawah trak tentera. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 2-2-2024 03:08 PM
Takziah kepada waris anggota tentera yang terlibat.
Quote Thunderclouds 2-2-2024 03:18 PM
Innalillah..
Takziah.
Segham tau benti tepi² gini kt hiway.
Dok emergency lane yg lalu semua kenderaan berat.
Meols penah flat tire kt plus jauhhh letak kon takut tkena drivers main tepon xperasan keta kt emergency lane.
Mujur peronda plus laju wat keja pas meols call.
My kazen meninggal mcm kes tered ni la.
Kna langgar waktu keta rosak.
Oso kt hiway plus.
Quote doubleA 2-2-2024 05:00 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah pada keluarga terlibat. Banyak tu sekali sapu 3 org meninggal dunia siang hari pulak pemandu lori kejar trip ke
Quote airmineral 2-2-2024 05:52 PM
Innnalillah
Takziah utk family askar
Quote airmineral 2-2-2024 05:52 PM
Innnalillah
Takziah utk family askar
Quote airmineral 2-2-2024 05:52 PM
Innnalillah
Takziah utk family askar
Quote airmineral 2-2-2024 05:52 PM
Innnalillah
Takziah utk family askar
Quote otai_g 2-2-2024 06:25 PM
Yg Lori Isuzu pun x kan x nmpk track punya bsr berhenti kat bahu jalan?
Quote mejaputih 2-2-2024 07:05 PM
Tp sokmo gitu kalau ada kete rosak beti tepi hiway akan disapu oleh lori ..kenapa ek?? Lori tu takleh maintain kat lane sama ke nak masuk jugak emergency lane.
Quote Skuau 3-2-2024 04:42 PM
apa lg kengkawan yg lain tu bawa la keta kebal...kebabomkan la pemandu lori tu...
Quote she 3-2-2024 05:36 PM
Kenapa nak salahkan trak yang rosak di laluan kecemasan tu

Kalau lori tu ikut laluan dia
Tak keluar dari garis tepi
Idok ler berlaga
Haishhh siang hari pulak tu
Rabun kah
Quote noor2 3-2-2024 05:48 PM
she replied at 3-2-2024 05:36 PM
Kenapa nak salahkan trak yang rosak di laluan kecemasan tu

Kalau lori tu ikut laluan dia

Bnyk kes lori yg salah..driver lorry bawak mcm haram..
Quote airfilterkotor 3-2-2024 07:51 PM
Pagi jam 10, trak askar benti kat lorong kecemasan pun kau boleh langgar.

Cuai sewaktu memandu?
Cuai dlm konteks ni, boleh dipecahkan kepada beberapa kemungkinan yg lazim berlaku.
Quote shamsadis 3-2-2024 08:12 PM
pemandu lori mengantuk, penat, panas, mata kuyu....aku biasa naik motor, nampak lori terhuyung hayang
Quote sranua 4-2-2024 09:43 AM
Micro sleep...terlena sat ja dah membuang lori tu..ke pemandu lori main henpon. Kawan aku bawak keter pun henpon kat tangan dan lagi dia berwassap. Kecut perut aku.
Pemandu ni kalau kepala panas pun satu hal jugak..laju lagi maki carut dari sebut nama Allah. Tu pun punca jugak dok main cucuk2 kereta kecik abg2 lori ni la. Mentang lori harta syarikat tu tibai semacam. Ni hadapla pembunuh 3 nyawa.
Quote Tinot7 4-2-2024 11:28 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Takziah kpd keluarga.
Quote zorrro_03 4-2-2024 12:13 PM
kenderaan tentera rosak?  servis ikut pengesyoran ke tak?
Quote airfilterkotor 4-2-2024 12:27 PM
sranua replied at 4-2-2024 09:43 AM
Micro sleep...terlena sat ja dah membuang lori tu..ke pemandu lori main henpon. Kawan aku bawak kete ...

Yang layan TikTok sambil memandu pun ada.
Layan muvie pun ada.
Gaya pemanduan memang nampak la tak fokus sebab keta sekejap kiri sekejap kanan.
Kita yg kat belakang ni dah boleh baca, walopun cermin keta kau tint gelap sekalipun.... potong satu kali pastu saing sebelah pintu dia. Toleh kepala sket. (naik motor la).

Tau menggelupor.
Quote Carcosa 4-2-2024 02:47 PM
Pagi laaa, babiiii, pagiiii. Terang benderang kot pukul 10am. Kau buta ke??? Hishhhh geramnyaaaAA.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.229292 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top