Seorang wanita dilaporkan rebah sebelum disahkan meninggalkan dunia sewaktu menyertai latihan senamrobik di Surabaya, Indonesia pada petang Rabu. Kematian wanita tersebut sempat dirakam oleh seorang individu sebelum ia menjadi tular di media sosial. Menerusi video yang tular, wanita yang memakai kemeja berona putih dan bertudung biru itu dilihat bergerak mengikut rentak muzik dengan penuh semangat. Tidak lama selepas itu, pergerakan wanita berkenaan sudah mula perlahan dan disangkakan hanya mahu berhenti rehat seketika. Namun, dia dilihat perlahan-lahan terduduk sebelum dipercayai menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan rakan-rakan yang lain. Walau bagaimanapun, sebarang kenyataan rasmi mengenai punca kematian mangsa masih belum dikeluarkan pihak penganjur mahupun ahli keluarga mangsa.
Sekadar info, wanita tersebut difahamkan maut ketika menyertai latihan senamrobik sempena kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia bagi menyokong gandingan calon Presiden dan Naib Presiden, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming. |
B40tastePosh replied at 2-2-2024 04:51 AM
Kurang makan ikan, sotong dan Omega 3
damian_lee replied at 2-2-2024 06:35 PM
omega ngan sifut bagus untuk jantung ke?
B40tastePosh replied at 2-2-2024 09:19 PM
Sotong bagus untuk jantung...seafood lain aku tak tahu.
SalenaGomez replied at 2-2-2024 09:21 PM
Tapi kena pelbagai kan juga. Lebih kan sayur hijau dan ulam2. Seafood2 ni risau gout pulak
B40tastePosh replied at 2-2-2024 09:19 PM
Sotong bagus untuk jantung...seafood lain aku tak tahu.
ajinomotonosuga replied at 2-2-2024 09:49 PM
kne carik sotong buncit ler ekkk
B40tastePosh replied at 2-2-2024 01:23 PM
Yang jenis bercengkerang yang jadi punca gout..dakwat sotong tu sendiri bagus untuk buah pinggang. ...
ajinomotonosuga replied at 2-2-2024 09:49 PM
kne carik sotong buncit ler ekkk
ADVERTISEMENT