Pada awal minggu ini influencer terkenal TikTok, Khairul Aming telah memperlihatkan produk terbaharunya, Dendeng Nyet Berapi yang akan mula dijual kepada orang ramai pada 2 Februari, Jumaat, pukul 9 malam menerusi platform TikTok Shop. Dalam kemas kini video terbaharunya, beliau berkongsi beberapa info mengenai produk keduanya itu; dijual eksklusif di TikTok Shop, berharga RM14.99 setiap satu, dan hanya 80,000 unit akan dijual pada batch pertama ini sebagai jualan pengenalan. “Ini adalah first batch, jadi kena buat dulu satu kuantiti untuk dapatkan feedback daripada semua pelanggan supaya kita apa yang kurang, apa yang perlu kita tambah dekat second production dan jualan seterusnya. “Sebagai penjual, saya tak boleh syok sendiri, saya kena dengar feedback daripada pelanggan, apa yang kena improve. Barulah kita buat dekat batch kedua dan seterusnya nanti,” kata Khairul Aming.
Penjelasan itu dibuat selepas ditanya netizen mengapa kuantiti Dendeng Nyet Berapi diterhadkan walaupun beliau mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia. Dalam pada itu, Khairul Aming menyatakan hasrat untuk kali ini, mereka cuba menyasarkan menjadi produk pertama tempatan yang mencapai jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia. Menerusi video terbaharu itu lagi, beliau mendedahkan majoriti hasil jualannya datang dari platform TikTok Shop, sebanyak 60%. Manakala baki selebihnya, 40% adalah dari platform lain. Bagi yang bertanya mengapa Khairul Aming tidak menjual sambal-sambal jenis lain, beliau mahu produk terbaharunya itu boleh dimakan bersama produk pertama, Sambal Nyet Berapi — umpama smartphone perlu ada casing phone. Sumber : TikTok @khairulaming | The Vocket |
shernazz replied at 1-2-2024 09:35 PM
Iols suka Daging dendeng Ni time2 posa
Senang
Biasa iols borong dan Makan sikit2 dgn laki iols masa ...
dagusengett replied at 1-2-2024 09:33 PM
I tak pernah beli sambal sbb takmo pedas2 so kalau org ckp dendeng pedas i skip jelah huhu
Tunakimchi replied at 1-2-2024 09:31 PM
Tunggu review dulu. Takut jadi mcm produk nubhan tu. X sedap lansung. Rugi duit i
Orix replied at 2-2-2024 01:12 AM
KA ni iols x gemor sbb dia guna MSG.
Orix replied at 2-2-2024 01:12 AM
KA ni iols x gemor sbb dia guna MSG.
stingerpressor replied at 2-2-2024 04:58 AM
Dah bahan makanan diperap, obviously run out dates up to mths sometimes.....mustahil tak dibubuh b ...
A-Are replied at 2-2-2024 11:18 AM
apa ni sting, xkan anak jiran x bagitahu MSG is not preservative...
stingerpressor replied at 2-2-2024 11:23 AM
Dia tak sebut pun MSG iteww preservative...dia sebut bahan pengawet dan sambungnyer lagi jika berl ...
honam replied at 2-2-2024 09:36 AM
tak sabar nak beli malam ni, aku yakin KA ni cerdik dalam meniaga, takde kejadah la dia nak buat 2nd ...
A-Are replied at 2-2-2024 11:32 AM
baik sangat...tp mst ada letak jugak, katanya tahan setahun dengdeng ni...tp mmg history dengdeng ...
ADVERTISEMENT