CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Gemuk? Saya Rasa Tidak!”, Dikritik Gemuk, Neymar Anggap Berat Badan Terkini Sebagai ‘Beauty Weight’

1-2-2024 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25536| Komen: 32

Description: Bekas ketua pasukan kebangsaan Brazil, Neymar mengkritik pihak yang memanggil pemain itu sebagai gemuk selepas tular gambar terkini beliau di media sosial baru-baru ini.



Bekas ketua pasukan kebangsaan Brazil, Neymar mengkritik pihak yang memanggil pemain itu sebagai gemuk selepas tular gambar terkini beliau di media sosial baru-baru ini.

Neymar ketika ini sedang menjalani proses pemulihan ekoran kecederaan Anterior Cruciate Ligaments (ACL) yang dialami ketika tugasan antarabangsa bersama Brazil.

Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hadir ke parti hari jadi salah seorang legenda Brazil, Romario dan gambar terkini yang menunjukkan beliau berada dalam keadaan overweight telah beredar di laman media sosial.

Selepas gambarnya tular, ramai peminat yang menghina serta mempersendakan pemain itu kerana tidak menjaga berat badan malah ada peminat yang menulis karier Neymar sudah tamat kerana keadaan semasa beliau.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak tinggal diam dimana beliau kemudiannya memuat naik video di laman media sosial Instagram dan memberi respon terhadap hinaan dan kritikan yang dilontarkan kepadanya.


“Selesai berlatih hari ini. Berat badan saya adalah satu perkara yang indah. Gemuk? Saya rasa tidak!” katanya.



Neymar mengakhiri video yang dimuat naik dengan menunjukkan jari tengah dan memberitahu agar haters untuk menerima keadaannya.

Baru-baru ini, Al-Hilal mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Neymar dalam skuad yang menghadapi saingan musim 2023/2024. Perkara ini dikongsi oleh wartawa sukan Arab Saudi dimana sebab utama mengapa kelab itu menamatkan kontrak Neymar adalah kerana mereka baru menandatangani seorang pemain Brazil iaitu Renan Lodi.

Al-Hilal menandatangani Lodi dari Olympique Marseille dengan harga €23 Juta sekaligus menjadikan perbelanjaan kelab itu mencecah angka €376 Juta musim ini selepas mendapatkan beberapa pemain bintang lain seperti Rúben Neves, Kalidou Koulibaly, Yassine Bonou dan Aleksandar Mitrovic.

Kelab bimbingan Jorge Jesus itu perlu membuang satu nama pemain asing dari skuad mereka bagi memberi laluan kepada Lodi didaftarkan dan membolehkan beliau untuk beraksi dalam saingan liga.

Al-Hilal kemudiannya memutuskan untuk menamatkan kontrak Neymar dimana pemain itu akan didaftarkan semula pada musim hadapan selepas beliau pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Sumber : The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Queenmomma 1-2-2024 11:13 PM
Pegi la menuntut dgn CR tuu cara jaga pemakanan. CR maintain je wlupon umur dah tua dari ko Neymar.
Quote dua_chzy 1-2-2024 11:34 PM
Yeah bro. You gemuk.
Quote insulin 1-2-2024 11:39 PM
Perut dia nampak buncit.
Quote hyie 2-2-2024 12:15 AM
tiber meols teringat kat petra nabila
Quote sharlenetexas 2-2-2024 12:43 AM
hyie replied at 2-2-2024 12:15 AM
tiber meols teringat kat petra nabila

Adakah sheols pengpeng atau bukan?

Quote hyie 2-2-2024 02:37 AM
sharlenetexas replied at 2-2-2024 12:43 AM
Adakah sheols pengpeng atau bukan?

tak pastilah..tapi masa sheols dah masuk U tak silap, sheols dah stop join sukan macam tu dan badan naik. Nampak la macam pompuan biasa yang lain, tak pengkid gitu persis masa sheols zaman budak sekolah ada nampak kat fesbuk ke friendster entah
Quote liyamariska 2-2-2024 06:15 AM
tgk Neymar teringat Ronaldo...

ai rasa ada atlit yg berhenti bersukan tau2 mengembang dgn jayanya...
Quote kakigojes 2-2-2024 08:48 AM
Ingat daddyash tadi
Quote jebatmaspunyer 2-2-2024 11:44 AM
Queenmomma replied at 1-2-2024 11:13 PM
Pegi la menuntut dgn CR tuu cara jaga pemakanan. CR maintain je wlupon umur dah tua dari ko Neymar.

CR tu dia korbankan nikmat makan benda sedap & minum arak.

Dia spend duit beli kereta, beli rumah, jam mewah, bercuti & cari pasangan lawa utk compensate x makan & minum benda bukan2, disiplin bersenam & berlatih.


Quote ifanonline 2-2-2024 11:56 AM
kebanyakan pemain2 brazil ni memang kaki botol...budaya mereka memang kuat minum arak...sebab tu gemok
Quote Decaffeinated 2-2-2024 12:11 PM
Masih mampu guling2 x?
Quote Decaffeinated 2-2-2024 12:15 PM
jebatmaspunyer replied at 2-2-2024 11:44 AM
CR tu dia korbankan nikmat makan benda sedap & minum arak.

Dia spend duit beli kereta, beli rumah ...

Tak minum dalam erti kata tak kuar mlm2 style melayu ngeteh melantak teh tarik extra gula mcm tu. Wine tu dia minum ja bukan haram pun bagi dia.
Quote salimrock 2-2-2024 12:31 PM
ifanonline replied at 2-2-2024 11:56 AM
kebanyakan pemain2 brazil ni memang kaki botol...budaya mereka memang kuat minum arak...sebab tu gem ...

kan, rata2 pemain bola brazil 35 keatas dah gemuk

wa pun dlm 35-40 berat badan wa paling berat, 85 kg, skrg dpt la 75kg setelah sedar kalo smpai 90 kg cepat je naik 95 pastu 100

sebelum smpai 90 kg baik wa bersenam dn diet... sebelum kena diabetis, high blood dsbnya...haha

mgkn metabolisme dahslow, dan diet pemakanan masih spt berusia 30 tahun..


minum alkohol tu mgkn juga la, diorang kan kuat berparti di brazil, samba la, fiesta la..
Quote lurve82 2-2-2024 01:04 PM
david bekam still hot yach...lg tua dr CR7 tu....
Quote cm_vungtau 2-2-2024 01:06 PM
CR7 tak minum alkohol rasanya. Dalam dokumentari dia ada cakap. Ada sekali tu, dia suruh anak dia push up. Dia cakap lepas push up, kita akan celebrate with a drink. Ingatkan drink apa la. Rupanya susu
Quote Yaya04 2-2-2024 02:15 PM
Hoi Neymar apehal kau gemokk sgt. Kau tak nak main bola lg ke haa?
Quote MissYouSayang 2-2-2024 02:58 PM
Pasni neymar bole ambil job gigolo , jenis "sukan" jgk
Quote mzzenma 2-2-2024 03:11 PM
meolls ingatkan solo sikoa tadi....neymar rupanya
Quote I.K.A888990 2-2-2024 05:41 PM
takpelah nek mah
gebu gebas pun tetap gegirl dtg dan pergi

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top