CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram, Berdosa Upah Gadis Seksi Jadi ‘Pelaris’ Kedai Makan - UAI

31-1-2024 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22424| Komen: 29



PETALING JAYA – Tindakan sesetengah peniaga kedai makan mengupah atau menggajikan wanita seksi sebagai ‘pelaris’ premis mereka adalah perbuatan haram dan berdosa disisi agama.

Malah, menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, rezeki yang diperolehi hasil menggunakan pelayan seksi sebagai pelaris juga tidak akan berkat.

“Haram menggunakan pelayan-pelayan sehingga terbeliak mata kita (pelanggan) tengok. Contohnya upah perempuan pinggang 43, tetapi disuruh pakai seluar pinggang 27.

“Tubik habis daging (isi badan). Kita asal nak order (pesan) tea o beng (tea o ais), tengok badan (pakaian seksi) terus tukar jadi timun susu.

“Pelanggan yang datang ke kedai pelayan seksi itu dapat dosa, pelayan yang dedah aurat pun dapat dosa. Tauke kedai juga akan disoal di akhirat,” katanya pada satu sesi soal jawab di sebuah masjid baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, hukum menggunakan pelaris adalah harus, tetapi pelaris itu mestilah yang mengikut syarak.''Jelasnya, terdapat tiga pelaris yang boleh digunakan oleh peniaga kedai makan untuk menarik pelanggan iaitu sedap, cepat dan murah.

“Itulah tiga pelaris besar terutamanya bagi kedai makan. Ini tidak, tengok gambar tubik (keluar) air liur, tapi bila suap (makan) muntah sebab tak sedap.

“Satu lagi jangan lambat sampai kena panggil untuk order (pesan makanan). Di Eropah kalau makanan tidak sampai dalam masa tujuh minit, peniaga boleh disaman.

“Tempat kita, duduk sejam setengah pun tak sampai lagi makanan, anak-anak sampai tidur atas meja tunggu makanan sampai,”katanya.

Tambah beliau, untuk melariskan kedai makan juga, peniaga mesti meletakkan harga makanan murah atau pada kadar yang berpatutan.

“Murah itu bukan sampai rugi, tapi jangan melampau-lampau ambil untung,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 31-1-2024 10:30 PM
Acik kedai air buah tu tauke kan? Upah diri sendiri.

Quote nikaido 31-1-2024 10:40 PM
Edited by nikaido at 31-1-2024 10:48 PM

Pak mat western pula asyik upah pompuan2 muda berlakon sketsa sendu utk promo kedai. Better guna duit tu utk baiki service
Quote shernazz 1-2-2024 07:26 AM
Slalu kedai melayu gitu .
Pastu amek order Muka cm hanet..
Bila komplen tau sentap
Quote Pumpkinhead 1-2-2024 09:57 AM
betul betul betul
Quote kucingitam 1-2-2024 12:19 PM
tu pasal org suka gi mamak... kau belum duduk dah tanya nak minum apa makan apa.. mata sentiasa alert, melilau je kalau ada customer lambai terus dtg. kedai melayu...malas nak ckp.. terpaling sibuk memasing
Quote zorrro_03 1-2-2024 12:26 PM
kenapa ustat ni nak kacau bisnes orang.  dengki letewww
Quote Tinot7 1-2-2024 12:56 PM
Betui ka ni?

Satu lagi jangan lambat sampai kena panggil untuk order (pesan makanan). Di Eropah kalau makanan tidak sampai dalam masa tujuh minit, peniaga boleh disaman.
Quote Firenzza 1-2-2024 01:11 PM
Tinot7 replied at 1-2-2024 12:56 PM
Betui ka ni?

Satu lagi jangan lambat sampai kena panggil untuk order (pesan makanan). Di Eropah kal ...

Kt sini jgn main2 nk marah pelayan yg lembab dtg amik order......mau dia ludah makanan yg korg order kt dapur sambil tersenyum masa serve dpn mata
Quote Decaffeinated 1-2-2024 01:15 PM
Airlines pun sama lepas tu lobai2 pun sibuk mengulas air crew mana yang cantik seksi bergaya, yang mana gundu. Acik2 kepam pun join in lebih sudu dari kuah.

Anda terkejut?
Quote airfilterkotor 1-2-2024 02:49 PM
Aku lagi takjub pada hadirin yg bertanyakan soklan tu.
Aku mengharap sangat sepatutnya ostad jawab cenggini jer.

Hadirin:
"Ostad, apa hukomnya guna pekerja yg seksi utk pelaris jualan?"

Ostad:
"Kau rasa...?"
Quote airfilterkotor 1-2-2024 02:50 PM
Sama la isu ahli parlimen manatah dok bangkit isu seragam jururawat.
Quote airfilterkotor 1-2-2024 02:53 PM
Isunya, ada akal sila guna sebaik mungkin.
Quote stingerpressor 1-2-2024 02:58 PM
shernazz replied at 1-2-2024 07:26 AM
Slalu kedai melayu gitu .
Pastu amek order Muka cm hanet..
Bila komplen tau sentap

Nak murah , nak serbis ngetop uker bila serve nak kena senyumm kerang memanjang....tapi ordernyer satu nasi goreng pataya....kongsi 3 org...air dua....kosong suam pulak iteww

Kalo aku yg serve memang ko kena carut jer...

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerpressor 1-2-2024 02:59 PM
Decaffeinated replied at 1-2-2024 01:15 PM
Airlines pun sama lepas tu lobai2 pun sibuk mengulas air crew mana yang cantik seksi bergaya, yang m ...

Spore Girls. You Are A Great Way To Fly.....
Quote Tinot7 1-2-2024 03:54 PM
Firenzza replied at 1-2-2024 01:11 PM
Kt sini jgn main2 nk marah pelayan yg lembab dtg amik order......mau dia ludah makanan yg korg ord ...

Satt.. kat sini tu kat mana? Dlm mesia ka luar mesia ka mana?
Quote Firenzza 1-2-2024 03:59 PM
Tinot7 replied at 1-2-2024 03:54 PM
Satt.. kat sini tu kat mana? Dlm mesia ka luar mesia ka mana?

Kt msia tukang msk & pelayan baik2 sis.....
Quote LadyCarefree 1-2-2024 04:02 PM
Guna isu seks dlm seai ceramah, haram tak?
Quote LadyCarefree 1-2-2024 04:04 PM
Ustardretard xnak tegur ke retis2 promote ladys night apa semua tu? Retis belum kahwin pun promote.
Quote stingerpressor 1-2-2024 05:00 PM
LadyCarefree replied at 1-2-2024 04:02 PM
Guna isu seks dlm seai ceramah, haram tak?

Menjawab soalan...bukan mauduk ceramah....

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.079711 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top