CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Cipta Pil Pintar Untuk Rasa Kenyang

31-1-2024 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21723| Komen: 19

Description: PENYELIDIK di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) mencipta pil berteknologi tinggi yang mula bergetar apabila ia bersentuhan dengan cecair gastrik dalam perut pengguna untuk merangsang reseptor dal ...


PENYELIDIK di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) mencipta pil berteknologi tinggi yang mula bergetar apabila ia bersentuhan dengan cecair gastrik dalam perut pengguna untuk merangsang reseptor dalam perut dan mencipta sensasi kenyang.

Pil itu diberi nama VIBES atau singkatan kepada Vibrating Ingestible BioElectronic Stimulator. Walaupun kajian itu didedahkan baru-baru ini tetapi ramai yang meramalnya sebagai penurun berat badan masa hadapan.

Ujian ke atas khinzir menunjukkan hasil yang sangat menakjubkan. Selepas 30 minit aktiviti VIBES, haiwan itu mengambil secara purata hampir 40 peratus kurang makanan dalam setengah jam berikutnya berbanding tanpa pil pintar itu.

“Peranti revolusioner itu berfungsi dengan mengaktifkan reseptor regangan dalam perut, meniru kehadiran makanan. Seterusnya memberi isyarat kepada hipotalamus untuk meningkatkan tahap hormon yang membuatkan kita berasa kenyang.


“Kami membayangkan pil VIBES ditelan dalam perut kosong 20 hingga 30 minit sebelum makan yang dijangkakan untuk mencetuskan sensasi kenyang yang diingini pada awal makanan,” tulis ahli pasukan penyelidik itu.


Pil VIBES merupakan cetusan idea daripada Shriya Srinivasan iaitu bekas pelajar MIT dan kini bertugas sebagai penolong profesor kejuruteraan bio di Universiti Harvard.

Selama bertahun-tahun di MIT, dia mula berminat dengan idea mengawal hubungan antara otak dan perut dengan meregangkan secara buatan mekanoreseptor yang melapisi perut melalui getaran.

“Saya tertanya-tanya sama ada kita boleh mengaktifkan reseptor regangan dalam perut dengan menggetarkannya dan membuat ia merasakan bahawa seluruh perut telah mengembang, untuk mewujudkan rasa kekejangan yang boleh memodulasi hormon dan corak pemakanan.

“VIBES yang sebesar pil vitamin itu dikuasakan oleh bateri bersarung dan diaktifkan sama ada oleh cecair gastrik yang melarutkan membran di sekeliling pil atau oleh pemasa yang digabungkan. Selepas menghasilkan kesan yang diingini, pil keluar dari badan bersama sisa pepejal lain,” kata Srinivasan.

Sementara itu, pengarang bersama kajian itu, Giovanni Traverso, berkata, kajian tersebut menunjukkan keberkesanan intervensi kos rendah dan tidak invasif untuk mengurangkan pengambilan makanan dan penggunaan kalori. 

“Peranti ini berfungsi dengan berkesan di dalam perut dan mendorong rasa kenyang.

“Juga berpotensi untuk merevolusikan pilihan terapeutik untuk pesakit yang mengalami obesiti. Walau bagaimanapun, kajian masa depan perlu meneroka kesan fisiologi peranti sebelum ia tersedia untuk pesakit,” ujarnya yang juga ahli gastroenterologi di Brigham and Women’s Hospital,   

Penyelidik kini meneroka cara untuk meningkatkan pengeluaran kapsul VIBES yang membolehkan ujian klinikal pada manusia.

Sumber - RELEVAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 31-1-2024 11:23 PM
Lepas ni tak bawa bekal dah gi sekolah gi keje.bawa pil je..kalau bulan puasa naya pak karim..nasi bungkus dah tak laku
Quote Lily_Elizabeth_ 31-1-2024 11:27 PM
Bukan duramine dah lama ada ke...
Quote syamzana 31-1-2024 11:33 PM
kami rnd tak sampai sebulan dlm bilik rumah teres 4bilik je blh keluarkan produk sales juta2.
- acik2 tokey produk pil kurus langsing

Quote miszclassique 1-2-2024 04:14 AM
Yang sekarang doktor2 banyak promote dekat klinik diorang tu bentuk pen cucuk kat badan, tak silap i function yg sama jugak... Saxeda ke hape namanya... Untuk stimulate brain dan buatkan rasa kenyang...
Quote melinda_kerr 1-2-2024 05:34 AM
miszclassique replied at 1-2-2024 04:14 AM
Yang sekarang doktor2 banyak promote dekat klinik diorang tu bentuk pen cucuk kat badan, tak silap i ...

Yer tapi becareful dgn side effects nya contoh extreme diarrhoea kt oversea ada yg meninggal. Yg ads tiroid pun tk boleh ambil tu dan can lead to cancer. Itu doktor kecantikan kt malaysia bukan nk citer pun. Main nk jual jer.
Quote airmineral 1-2-2024 06:00 AM
Side efek dia ape? Gastrik ke gerd ke xde ke sbb badan xproses apa²?
Quote antikorok 1-2-2024 10:11 AM
Lepas tu pil yg kuar bersama taek najiss tu pun bakalan mencemar alam sekitar dgn plastico dan bateri ittewww
Quote B40tastePosh 1-2-2024 10:14 AM
Vibration memang penting untuk kehidupan manusia kann.

Sebab tu manusia suka ditepuk, diusap dan dirangkul...kalau tak terpaksa guna Vibrator macam acik2 forum
Quote Suchi 1-2-2024 11:41 AM
Kang tak cukup nutrisi plak
Time bulan posa ok la kot tuk yg ada gastrik tu
Tp apa guna berpuasa kalau tak merasa lapar dan dahaga
Sedangkan maksud puasa tu sendiiri menahan rasa lapar dan dahaga
So tahan laa dik mmg itu yg sepatutnya apa guna puasa tp rasa kenyang nnt nk berbuka pun tak rasa nikmat.
Quote I.K.A888990 1-2-2024 03:43 PM
bakalan dpt sambutan hangat la kapsul ni nnt
Quote sukacactus 1-2-2024 07:11 PM
Kadang yg nak mkn tu, bukan sebab lapar pun tapi lebih pada teringin je
Quote Rogue98 1-2-2024 07:18 PM
Adoi...tak selera aku mkn pil.
Tak pun buat pil yg boleh buat kita berkhayal tengah makan nasi lemak...burger... steamboat...kfc...tomyam...coklat...eskrem...hmmmm....
Quote adeqbun 1-2-2024 07:55 PM
Xpelah

Biarlah aku dpt nikmat kyg yg sebenar
Quote dua_chzy 1-2-2024 09:31 PM
miszclassique replied at 31-1-2024 08:14 PM
Yang sekarang doktor2 banyak promote dekat klinik diorang tu bentuk pen cucuk kat badan, tak silap i ...

Boleh mati awal ambik menda ni. Kau sihat2, pegi cucuk insulin untuk orang diabetic. Apa tak mati. Sama juga dengan Ozempic ka cemana nak eja tu.
Quote miszclassique 1-2-2024 09:44 PM
dua_chzy replied at 1-2-2024 09:31 PM
Boleh mati awal ambik menda ni. Kau sihat2, pegi cucuk insulin untuk orang diabetic. Apa tak mati. ...

Eh insulin ke pen tu kaka? I tak sure ingredient pen tu tapi heboh la memang banyak certified medical doctor promote dekat klinik... 1 pen dalam rm300 lebih dan ada la dos2 tertentu untuk setiap kali cucuk

Macam porumer atas tu cakap, katanya ada side effect. Ghisauuu
Quote dua_chzy 1-2-2024 10:38 PM
miszclassique replied at 1-2-2024 01:44 PM
Eh insulin ke pen tu kaka? I tak sure ingredient pen tu tapi heboh la memang banyak certified medi ...

Iyaaaa chuuooollll itu insulinnnnnn
Quote Jitu 1-2-2024 11:36 PM
mkn bila lapar berenti sblm kenyang

so acik2 sila la amalkan dan takde side effect yg bukan2
Quote batmana 2-2-2024 06:09 AM
Produk jus,pil nusantara,cepat kurus tu.mmg bole bangkrap la kalau benda ni dh ada dlm pasaran
Quote Tinot7 2-2-2024 01:59 PM
Diet dan exercise je la.. #gumukisawesome

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069360 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top