KUALA LUMPUR: Ibarat kerjaya atau profesion baharu di negara ini apabila segelintir warga tempatan memilih berkecimpung dalam industri pembikinan video seks untuk meraih keuntungan mudah. Golongan ini yang mula berjinak-jinak dengan penerbitan pxrnografi Made In Malaysia seolah-olah cuba meniru idea pembikinan dan pemasaran industri JAV atau Japan Adxxlts Video. Bagaimanapun rata-rata mereka dikesan menjadikan platform media sosial untuk menarik pelanggan selain memasarkan video lucah bukan dalam format cakera padat digital (DVD). Tanpa bantuan kru produksi, studio atau alatan khusus, mereka dikesan hanya memerlukan telefon pintar untuk merakam sendiri perbuatan jijik itu sebelum diedarkan kepada 'peminat' yang sanggup membayar.
Tinjauan wartawan di laman sosial Telegram dan X Twitter mendapati ramai kalangan wanita muda tempatan dikesan terjun ke dunia 'filem panas' ini semata-mata untuk mendapatkan wang mudah. Risikan mendapati kegiatan ini yang turut dimonopoli golongan pelacur bebas atau freelancer prxstitutes dihasilkan dalam format video berdurasi kurang 10 minit untuk memudahkan ia dilayari. Salah seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 20-an berkata, terdapat ramai wanita tempatan tanpa segan silu menawarkan video telanjang melalui private account di laman Twitter dengan bayaran serendah RM35. "Mereka ini mengiklankan video pendek seks bagi menarik perhatian ramai sebelum meminta individu berminat menghantar DM (direct message) untuk berurus niaga. "Mereka bisnes 2 dalam 1. Mereka menjadi pxlacur bebas dengan menetapkan lokasi, kadar bayaran dan tarikh tertentu bagi bertemu pelanggan yang berminat untuk melakukan hubungan seks. "Dalam masa sama, mereka turut mengembangkan 'perniagaan' dengan menghasilkan video seks dilakonkan sendiri untuk dijual kepada tontonan awam," katanya. Menurutnya, pendedahan berhubung aktiviti gigolo tempatan yang menjual rakaman video seks di medium laman sosial minggu lalu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. "Kami sudah tahu kewujudan addya** (gigolo) yang menawarkan video lucah itu sekian lama. Malah jika pemantauan dilakukan di laman dark side, lebih banyak lagi individu sama sepertinya boleh ditemui. "Bagaimanapun selepas gigolo Malaysia itu diberkas polis, ramai pensohor video seks tempatan bertindak segera memadamkan video seks masing-masing di laman sosial. "Ramai kecut perut dan 'berehat seketika' dari aktiviti ini. Akaun media sosial masing-masing 'senyap' dan sekadar diisi gambar-gambar biasa," katanya. Menurutnya, dia yakin individu tempatan yang menjual video seks ini boleh mendapat keuntungan sehingga puluhan ribu ringgit bagi setiap video dipasarkan berikutan ia dilanggan ribuan warga tempatan. Sementara itu fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia, Kamal Affandi Hashim berkata, pembongkaran berhubung kian ramai individu tempatan yang menghasilkan video lucah membuktikan rasa malu kian terhakis. "Apa yang menggusarkan saya jika aktiviti ini dinormalisasikan seperti di Jepun hinggakan 6,000 remaja perempuan lepasan sekolah menjadi pelakon lucah kerana tawaran yang cukup lumayan. "Menerusi kajian penulis kolum The Japan Times, Brian Ashcraft, bidang pornografi sebagai kerjaya hanya akan meningkatkan kes jenayah, maksiat dan kerosakan sistem sosial masyarakat," katanya. Beliau berkata, walaupun ia dianggap sumber pendapatan namun perbuatan itu jelas bercanggah dengan adab, adat, budaya malah undang-undang sesuatu negara. "Dalam keadaan tertentu, seseorang yang bertindak sedemikian bukanlah bagi tujuan menampung cost of living (kos kehidupan) tetapi demi memenuhi gaya hidup mewah. "Kes sebegini menjadi bualan warga maya dan rata-rata mereka sudah mula meluahkan kerisauan berikutan medium digunakan suspek untuk melakukan aktiviti melampau itu adalah melalui aplikasi media sosial," katanya. Pada 18 Januari lalu, seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita dari kalangan pelbagai bangsa, menerusi laman sosial. Suspek berusia 31 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Suspek dikesan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram. Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengajak pelanggan melanggan menerusi pautan promosi yang diiklankan dalam aplikasi Telegram oleh suspek sebelum urusan pembayaran dipersetujui. "Selepas pembayaran dibuat, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk terus menonton video lucah yang dilakonkan dan dirakam suspek sendiri. "Siasatan juga mendapati suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video. Elise 'ketagih' jual video peribadi PENAMPILAN luaran Elise, 25, kelihatan sama seperti kebanyakan gadis lain yang mempunyai kerjaya, gemar pada fesyen dan kerap bersosial bersama rakan-rakan sebaya. Namun siapa menyangka dia memiliki sisi gelap lain apabila berdepan 'ketagihan' menjual video peribadinya dengan pakej bermula RM100 hingga RM350 untuk 10 video. Gadis itu yang berjaya dihubungi wartawan Harian Metro berkata, dia mula terjebak dengan kegiatan itu sejak menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi. "Ada dalam kalangan rakan-rakan yang 'mengajar' berhubung komuniti dark side. "Pada peringkat awal, saya jual (video) untuk suka-suka, dapat duit poket, boleh belanja dan enjoy namun lama kelamaan saya jadi 'ketagih' apabila lelaki kerap memuji bentuk tubuh saya. "Fasa berikutnya, saya merakam video bxgel tanpa menunjukkan muka. Selepas itu, saya rakam video ketika berasmara dengan teman lelaki. "Bagi video 'bersama' teman lelaki itu, saya boleh dapat duit langganan mencecah RM2,500 hingga RM3,000 setiap bulan dengan menghasilkan video berbeza-beza," katanya kepada Metro Ahad, semalam. Elise berkata, dia turut membuka 'slot servis' kepada pelanggan yang sudah dikenali. "Kini komuniti dark side sedang dalam perhatian masyarakat umum, pastinya pihak berkuasa juga sedang memantau," katanya. Sementara itu Sally, 32, berkata, dia terjebak dalam komuniti maksiat itu berikutan kecewa dengan hubungan intim bersama suaminya. "Saya hanya menjual gambar dan video bxgel saja di peringkat awal, saya tak buat servis (perkhidmatan pxlacuran) untuk orang luar. "Bila orang puji badan saya cantik, puji aset saya, saya jadi ghairah. Pada masa sama, saya dapat duit hasil langganan gambar. "Untuk 10 gambar bogel, saya letakkan harga RM100, setiap hari gambar berbeza," katanya. Sementara itu tinjauan wartawan di laman dark side mendapati bermodalkan RM200 hingga RM2,500, seorang lelaki hidung belang boleh 'meniduri' gadis, wanita berusia atau jolokan 'MxxiLF' sehingga kepada 'isteri orang'. Lelaki berminat boleh memilih untuk melepaskan 'gian' dengan wanita terbabit bermula dengan tempoh satu jam dengan bayaran paling minimum RM200 sehingga kepada pakej 'bermalam' atau overnight yang mampu mencecah ribuan ringgit. Kegiatan komuniti dark side di dalam laman sosial ternyata digunakan individu tertentu untuk memperoleh wang mudah hingga sanggup menggadaikan maruah. Sisi gelap dunia laman sosial itu juga tidak terhenti dengan komuniti dark side saja sebaliknya wujud dalam kalangan mereka yang mempunyai keinginan nafsu seks sesama jantina. Sumber : Berita Harian |
Dwdrum replied at 31-1-2024 09:48 AM
Haaaaa... Lelaki sunni sudah ada bmf porn... Depa tidak perlu tengok porn kapir lagi pro zionist... ...
ifanonline: yang terlibat ni ramai wanita2 melayu...sudah tiada kesucian di kalangan wanita melayu
chacon replied at 31-1-2024 10:22 AM
apa punca bang wanita melayu jadi macam ni
Dwdrum replied at 31-1-2024 09:48 AM
Haaaaa... Lelaki sunni sudah ada bmf porn... Depa tidak perlu tengok porn kapir lagi pro zionist... ...
ifanonline replied at 31-1-2024 10:08 AM
grandmother of Malay porn
syamzana replied at 31-1-2024 12:11 PM
depa tak blur pic ke? atau video tu tnjuk leher ke bawah je muka tak nmpk?
skrg zaman hi-tech kot bl ...
ADVERTISEMENT