CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tergamak Cucuk 36 Pelajar Guna Pin Keselamatan

30-1-2024 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10562| Komen: 4

Description: Seorang guru di sekolah Wat Dan Samrong, Thailand telah menghukum 36 pelajar berusia 7 hingga 8 tahun dengan mencucuk bibir mereka menggunakan pin keselamatan yang sama.


Seorang guru di sekolah Wat Dan Samrong, Thailand telah menghukum 36 pelajar berusia 7 hingga 8 tahun dengan mencucuk bibir mereka menggunakan pin keselamatan yang sama.

Menerusi laporan Bangkok Post, guru yang berusia 27 tahun itu terpijak gula-gula getah, namun tiada seorang pun daripada mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Disebabkan berang dengan tindakan murid-muridnya, suspek meminta bantuan daripada rakan sekerjanya yang berusia 50 tahun.

Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajar sekolah tersebut tidak berpuas hati setelah mengetahui tentang kejadian tersebut, malah mereka bimbang kemungkinan berlaku jangkitan akibat perbuatan tidak bersih itu.

Salah seorang ibu bapa pelajar tersebut telah memfailkan aduan kepada polis tempatan terhadap dua guru itu manakala, ibu bapa lain juga menuntut pihak sekolah bertanggungjawab.

Disebabkan itu, pengarah sekolah segera menggantung tugas kedua-dua guru selepas mereka mengaku bersalah.

Guru yang berusia 50 tahun itu telah membuat permohonan maaf dan mendakwa bahawa niatnya adalah untuk menanam tanggungjawab dalam diri pelajar.

Semasa siasatan dijalankan, polis akan mendakwa kedua-dua guru itu berikutan soal siasat menyeluruh terhadap semua pelajar yang terlibat.

Sumber: Thaiger News, Bangkok Post, OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 30-1-2024 06:33 PM
Pin tu dah tentu2 x sterile pastu cucuk merata. Buatnya salah sorang tu ada HIV/Hepatitis, x pasal2 budak2 lain jadi mangsa. Aku benci cikgu2 yg acah2 nak disiplin anak orang tapi hati hitam macam ni.
Quote Carcosa 30-1-2024 10:23 PM
Akal mana akal? Byk sgt mkn somtam ke? Bodoh punya cikgu. Anak org kau lekeh2 kan. Ambik pin tu balik, kau cucuk dkt ladyboy2 dkt tepi2 jalan dkt Patong Beach tu, lepas tu kau cucuk dalam2 dkt cikgu2 bodoh ni
Quote zarulnazmi 31-1-2024 07:42 AM
2 cikgu tu ingat guna cara mencederakan semua pelajar akan buat pelajar yang buat hal nak mengaku? Silap besar. kalau betul pun pelajar kelas tu yang buat dia tak akan mengaku sebab dah fikir "daripada aku dapat sakit sorang-sorang baik semua pun dapat sakit sama".
Quote KamikuP 31-1-2024 08:10 AM
Sepatutnya cikgu letak ais batu dlm seluar semua murid tu. Pasti takde kesan cedera dan budak pun ngaku sbb tak tahan kesejukan.. ekekekeke

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.046318 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top