CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mereka Beritahu Anggota Itu Supaya Jangan Datang Lagi", Gadis Diganggu Komando Dedah Terima Permohonan Maaf Daripada Pihak Atasan

30-1-2024 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12627| Komen: 53

Description: Baru-baru ini tular video memaparkan seorang gadis bernama Aila yang mendakwa dirinya telah diganggu oleh seorang anggota badan beruniform berpangkat komando.


Baru-baru ini tular video memaparkan seorang gadis bernama Aila yang mendakwa dirinya telah diganggu oleh seorang anggota badan beruniform berpangkat komando.

Di dalam video tersebut, kedengaran lelaki berkenaan cuba memikat Aila dan melemparkan kata-kata carutan.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di TikTok , gadis berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepadanya.

"Saya bekerja sebagai ejen insurans dan cukai jalan, anggota itu adalah pelanggan saya".

"Pada mulanya saya buat insurans dan cukai jalan dia macam biasa, sebelum saya rekod dia menggunakan beberapa perkataan yang membuatkan saya kurang selesa jadi sebab tu saya rekod.

"Masa mula-mula keadaan dia masih okay sebab ada rakan sekerja di sebelah tapi dia dah mula melalut bila rakan sekerja saya semua dah balik dan saya tinggal seorang ketika itu".


Mengulas lanjut, Aila berkata dia hanya mampu memberikan respon secara profesional kerana risau seandainya anggota itu bertindak di luar jangkaan.

"Saya baca komen ada yang cakap saya melayan sebab senyum-senyum. Saya rasa itu adalah respon yang sopan untuk berurusan dengan orang yang macam ni.

"Sebab sejujurnya saya tak berani nak berkasar waktu itu sebab saya takut dengan respon dia. Jadi saya cuba menjadi professional dan saya hormat dia sebagai pelanggan".

Dalam pada itu, Aila memaklumkan bahawa pegawai atasan anggota tersebut telah tampil memohon maaf kepadanya dan sama sekali tidak memaksanya untuk memadam video berkenaan.

"Pihak atasan anggota itu datang jumpa saya dan minta maaf bagi pihak anak buah mereka. Walaupun saya tak ada menyebut nama atau post muka anggota itu tapi mereka kenal anak buah mereka.

"Mereka beritahu anggota itu supaya jangan datang lagi dekat tempat ini atau berurusan di sini. Mereka pesan dekat saya kalau nampak kelibat dia terus telefon polis".

Sementara itu, Aila turut menitipkan pesanan buat kaum wanita untuk lebih berwaspada jika berdepan dengan situasi yang sama.


"Saya post video ni untuk menyebarkan kesedaran kepada kaum hawa dekat luar sana dan saya nak kongsikan bagaimana saya menangani situasi seperti ini. Saya bekerja kena hadap orang, macam-macam perangai kita akan hadap dan macam-macam orang yang kita akan jumpa.

"Orang macam ni masih ada, jadi korang kena berhati-hati. Jangan terlampau berani, jangan terlampau takut".

Sumber: TikTok Aila/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 30-1-2024 03:25 PM
Boleh caya ke nyah.yang kene rejek dengn mak bf pon content semata.budak skang mmg lapar perhatian.hasanah much.
Quote pooh~key 30-1-2024 03:47 PM
Akak
Yang
Gegeyes
Ni
Akuilah
Yang
Sheols
Lawa
Nyah
Sissy….
Quote Suchi 30-1-2024 03:55 PM
Sia2 jln kaki 160km selama 3 hari kalau wat pangai tak semenggah
Hormati uniform yg kamu sarung itu jgn sia2kannya sbb tak mudah utk mendapatkannya.
Quote esbok 30-1-2024 03:55 PM
kalau jumpa lagi, call polis, takutnya reminder depa bagi.
Quote shamsadis 30-1-2024 04:04 PM
kalau pegawai atasan dia bagitau, call polis kalau dia datang lagi, aku percaya
Quote BoongaKertas 30-1-2024 04:23 PM
iols doakan adik ni selamat & dilindungi Allah. seram ya. mmg undeniable yg laki2 jaman now ni byk yg aneh2.
Quote BoongaKertas 30-1-2024 04:24 PM
Ahriman replied at 30-1-2024 07:25 AM
Boleh caya ke nyah.yang kene rejek dengn mak bf pon content semata.budak skang mmg lapar perhatian.h ...

yg kena rejek dgn makcik tu...ya ampun suara mak dia. hahaha!
Quote Pumpkinhead 30-1-2024 04:40 PM
report je dik
Quote renko 30-1-2024 04:48 PM
yang jantan tu plak
ingat menggeletis nau nk tekel pompan cmtu
pompan suka ke
ingat nk tekel cikaro kodiang ke
Quote roti_banjir 30-1-2024 05:02 PM
apa bangga nau ngan level komando tuh pon aku tak tau ler...... dok berzikir komandao, komando... dia hengat budak nih kebulur sgt agaknyer ngan komando dia tuh....

tapi betul gak apa buadak nih ckp... org yg komen kata dia melayan sbb senyum2 tuh, aku rasa derang tak pernah hadap menda cenggini lagi.....

klu setakat si komando tuh kacau sambil lau masa kat mall, mungkin ko boleh pilih nak buat muka sambil blah, tapi budak nih kat tempat keje kot, klu dia buat muka menyampah, mau tetiba si komando tuh siram dia ngan minyak tanah plak karang....

jenis komando yg bajet-bajet dia bagus nih, kekadang otak tuh letak kat kepala tunut derang, ikut hati ngan nafsu jer.....
Quote annehuda 30-1-2024 05:07 PM
Suchi replied at 30-1-2024 03:55 PM
Sia2 jln kaki 160km selama 3 hari kalau wat pangai tak semenggah
Hormati uniform yg kamu sarung itu  ...

meols husnozon mungkin dia sbnrnye bukan komando. sbb meols penah dengar la org kata, semua tentera akan mengaku diorg ni komando pdhal yg btul2 komando sbnrnye berapa kerat je pun
Quote ifanonline 30-1-2024 05:09 PM
dulu ada sorang komando pondan dlm forum cari.com
Quote shernazz 30-1-2024 05:20 PM
Ahriman replied at 30-1-2024 03:25 PM
Boleh caya ke nyah.yang kene rejek dengn mak bf pon content semata.budak skang mmg lapar perhatian.h ...

Ye ke..content EK?
Iols igtkan betul2
Choi
Quote ninja boy 30-1-2024 05:20 PM
Ada bini buat le cara ada anak bini, ini ganggu perempuan sana sini macam x siuman, bertahun2 kerja masih xde etika mengadap perempuan, bersiul berpiwet sana sini tak malu ka dgn bangla vetnam indon yg jauh bersopan
Quote Ahriman 30-1-2024 05:59 PM
shernazz replied at 30-1-2024 05:20 PM
Ye ke..content EK?
Iols igtkan betul2
Choi

Content saje.nak promot MLM scam.
Quote LoveSungmin 30-1-2024 06:49 PM
i ingat nak komen kat tiktok tapi malas pula.. seeloknya, kalau masih ada customer, jangan la tinggalkan colleague sorang².. lelaki pula tu.. buatnya jadi apa² masa tu, tak ke haru
Quote Tunakimchi 30-1-2024 08:21 PM
Menakutkan
Quote sharlenetexas 30-1-2024 08:37 PM
Content?


Quote otai_g 30-1-2024 08:47 PM
Komando bkn pangkat da. Dlm komando ada mcm2 pangkat. 1 lg aku rs komando x de Ms nak melayan minah acah2 cun mcm tiktokers ni. Dorang bnyk lg keje lain nak buat

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.178163 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top