CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Tahun Tak Ambil Gaji - Al-Sultan Abdullah

30-1-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8295| Komen: 46

Description: Kuala Lumpur: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakui tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara.


Kuala Lumpur: Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakui tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara.

Baginda juga mendedahkan detik awal memikul tanggungjawab sebagai ketua negara yang bukan saja dalam keadaan sukar akibat pergolakan politik ketika itu, malah berada dalam kekaburan dengan jawatan dan peranan yang perlu disandang.

Mengimbau semula kenangan dilantik memasuki Istana Negara pada 31 Januari 2019, Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda sendiri pada awalnya tidak tahu peranannya sebagai ketua negara.

"Detik pertama saya masuk Istana Negara memberi pengalaman agak manis apabila diingat semula. Ini kerana saya masuk ke jawatan yang saya sendiri tidak pasti apa peranannya.

"Ketika dilantik, saya baru 15 hari menjadi Sultan Pahang, banyak perkara yang saya masih tak tahu dan kemudian terus dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Memang ia agak sukar bagi saya kerana tiada pengalaman, tetapi saya belajar perlahan-lahan.


"Ditambah dengan empat Perdana Menteri yang ada sepanjang lima tahun saya menjadi Agong, siapalah saya dibandingkan dengan mereka yang berpengalaman, tetapi saya banyak bertanya, belajar dan membaca," titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara, sebelum menamatkan pemerintahan selama lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara bermula 31 Januari 2019.

Susulan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.

Al-Sultan Abdullah berkata, sepanjang menjadi Yang di-Pertuan Agong, baginda menghadiri 157 kali mesyuarat pra-Kabinet selama hampir satu jam yang ditukarkan pada setiap Selasa berbanding setiap Rabu sebelum ini.

Sehari sebelum perjumpaan bersama Perdana Menteri, baginda akan membaca kertas Kabinet bagi membolehkannya mengetahui isu dibincangkan.

"Saya akan bertanya mana-mana kertas Kabinet yang saya perlu tahu dan jika tidak bersetuju, saya nyatakan pandangan itu.

"Alhamdulillah, segala pandangan dan nasihat saya diterima dan begitu juga sebaliknya. Kita ada kerjasama dua hala dan teguran saya kepada Perdana Menteri juga dimaklumkan kepada Kabinet.

"Hubungan baik ini perlu diteruskan kerana segala tadbir urus negara boleh diselesai menerusi mesyuarah antara Yang di-Pertuan Agong dengan Perdana Menteri. Ada juga sesi dengan menteri dan jika ada isu dibangkitkan, ia juga diselesai secara berhemah.

"Saya suka menulis dan sepanjang lima tahun menjadi Agong, saya mencatat segala maklumat dan teguran penting kepada kerajaan, setakat ini sudah ada tujuh buku catatan itu.

"Saya suka membaca dan mendalami urus tadbir negara, ia sesuatu yang menarik. Ini kerana ketika di Pahang, saya menjadi Tengku Mahkota selama 16 tahun dan 15 hari sebagai Sultan Pahang, ini semua tak pernah saya lalui.

"Buku yang saya tulis ini juga boleh dirujuk semula ketika bersama keluarga apabila tua nanti, sekurang-kurangnya saya boleh berkongsi dengan anak-anak apa peranan saya ketika menjadi Agong.

"Ada rakan mencadangkan saya menulis memoir tetapi bukan sekarang. Saya juga ada mempelawa satu universiti jika mahu membuat kajian kes, saya sedia berkongsi pengalaman mengenai apa yang dilalui sepanjang menjadi Agong," titah baginda.

Mengulas peranan baginda, Al-Sultan Abdullah bertitah, pada Artikel 40 (1), Yang di-Pertuan Agong bukan saja mendengar nasihat daripada Perdana Menteri, tetapi juga boleh mendapatkan mana-mana maklumat berkaitan urus tadbir negara daripada pihak lain.

Titah baginda, ini membuktikan kuasa Yang di-Pertuan Agong sangat luas walaupun tiada kuasa eksekutif, tetapi ia cukup untuk melunaskan urusan tadbir negara dalam konteks yang dibenarkan Perlembagaan.

"Agong juga berperanan sebagai panglima tertinggi tentera, namun peranan itu mungkin boleh diperkukuhkan lagi, bukan setakat ambil tabik saja.

"Polis baru-baru ini ada cadangan menjadikan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua kehormat yang akan dibincang dalam Parlimen pada masa terdekat. Ini formaliti saja supaya Agong boleh memakai seragam polis dan ini sesuai dengan perkataan diraja pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu," titah baginda.

Mengulas tindakan baginda sering merujuk sesuatu isu kepada Majlis Raja-Raja (MRR) sebelum keputusan dibuat mengenainya, Al-Sultan Abdullah bertitah, ia dilakukan bagi menghormati pelantikan baginda ke jawatan itu dibuat oleh majlis berkenaan.

"Saya sedar lantikan saya dibuat dengan perkenan MRR dan saya bertindak juga bagi mewakili MRR. Apa yang saya buat ialah saya bermesyuarah dan berbincang yang akhirnya saya sendiri akan membuat keputusan mengenainya.

"Contohnya, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi perkara itu saya bincang dengan MRR, saya dengar pandangan dan maklumkan keputusan siapa yang akan dilantik," titah baginda.

Sementara itu, baginda gembira untuk pulang ke Pahang dan menyantuni rakyat di negeri berkenaan dan mengakui peranan terbabit berbeza ketika memimpin negara.

"Saya suka berjumpa dan membantu rakyat kerana ia memberi semangat kepada saya. Sebenarnya banyak kerja yang perlu dilakukan di Pahang nanti sebab saya hanya sempat menjadi Sultan Pahang selama 15 hari saja sebelum ini.

"Kini rakyat menantikan saya sebagai sultan, jadi saya dan isteri, akan melawat setiap daerah untuk bertemu rakyat dan membantu mereka yang miskin.

"Bagi saya, mungkin saya bukan raja Malaysia lagi selepas ini, tetapi saya tetap akan jadi raja di hati anda semua selamanya," titah baginda.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 30-1-2024 10:51 AM
gaji agong berapa?
xpernah tahu
Quote nisako 30-1-2024 11:04 AM
ye ke x ambik gaji ........
Quote seri_mawr 30-1-2024 11:12 AM
Edited by seri_mawr at 30-1-2024 12:21 PM

dia x amik gaji pun x lebih padacukup sudah kekayaan yang dia ada...

klu agong x amik gaji....gajinyapergi ke mana..?

ke still masuk akaun dia..cumadia blm guna....

sumber: https://www.malaysiaharmoni.net/ ... hu/#google_vignette

Elaun untukYang Di Pertuan Agong

Ini adalahdibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta PeruntukanDiraja 1982).
Updated:
Jumlah sebulan gaji Agong ialah RM87,880.
5 tahun = RM5.268 Juta

Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan).
Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan).
Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan).
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.
5 tahun = RM980,340
Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan).
Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan).
Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan).
Selain itu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 jutabagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gajikakitangan istana.

Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut:
Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100.
Gaji kakitangan istana – RM1,004,880.
Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000.

Superseded
sumber: https://www.scribd.com/document/ ... ang-DiPertuan-Agong
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.


1. PrivyPurse - RM360,000(bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun Kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaundiraja Istana Negara - RM144,000(bulanan sebanyak RM12,000)


So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000
5 Tahun = RM3.12 Juta

Elaun untuk Raja Permaisuri  Agong

1. PrivyPurse - RM67,200 (iaitu RM5,600sebulan).
2. Elaun Kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).
Total sebulan  Permaisuri  Agong dapat ialah RM7,400
5 tahun = RM440K

Selain daripada tu,setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdownnya adalah seperti berikut
1.Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu  RM52,259,100

2. Gajikakitangan istana- RM1,004,880






Quote MissYouSayang 30-1-2024 11:14 AM
Orang tu tak amek gaji, org ni x amek gaji tp kenape  pencen kakitangan awam diusikk?
Piyem2 lama dan jagong2 lama amek gaji tapi tak pernah usik pencen acik2 gomen pun..
Quote xdielzx 30-1-2024 11:21 AM
seri_mawr replied at 30-1-2024 11:12 AM
dia x amik gaji pun x lebih padacukup sudah kekayaan yang dia ada...
klu agong x amik gaji....gajiny ...

Da ada update u...

ada artikel 2023: https://www.malaysiaharmoni.net/ ... hu/#google_vignette

Jumlah sebulan gaji Agong ialah RM87,880.
Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan).
Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan).
Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan).
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.
Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan).
Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan).
Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan).
Selain itu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana.
Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut:
Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100.
Gaji kakitangan istana – RM1,004,880.
Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000.

Quote MissYouSayang 30-1-2024 11:23 AM
Lagi satu, kalau pencen penjawat awam tu mansuh sekali pun tetap x meringankan bebanan negara pun. Contoh najib buat gst sebab nak tambah pendapatan negara, hujung2 apa jadi? Keuntungan gst tu najib buat 1mdb dan sampai skrg rakyat x dpt langsung refund gst. So Pencen2 yg dimansuhkan tu smua tetap kena sakau dgn politaikk. Atlis pencen2 yg dikatakan bebanan negara dapat kat rakyat gak busuk2 pun...
Quote grouper 30-1-2024 11:37 AM
Menteri2 bila nak contohi agong n pmx..keluaq berita ni confirm agong baru n seterusnya pun x amik gaji...malu ooo org tau nanti klau amik gaji, org lain x amik dia amik mcm hadap sgt ngan gaji tu
Quote seri_mawr 30-1-2024 12:07 PM
xdielzx replied at 30-1-2024 11:21 AM
Da ada update u...

ada artikel 2023: https://www.malaysiaharmoni.net/tak-sangka-ini-gaji-agong-da ...

oh dah upgrade...lagi bnyk la..

so skrg sultan x amik..pi kemana ke pun bajet tu..??
Quote seri_mawr 30-1-2024 12:09 PM
Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu:
Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan.
Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan.
Quote laksmanabentan 30-1-2024 12:18 PM
nak kena puji ker camna nih?

tak yah komen la kannn....
Quote bbalik 30-1-2024 12:38 PM
MissYouSayang replied at 30-1-2024 11:14 AM
Orang tu tak amek gaji, org ni x amek gaji tp kenape  pencen kakitangan awam diusikk?
Piyem2 lama da ...

nak masuk dalam manipistol ms PRU
'pencen tidak akan dimansuhkan'

aku buat masalah
aku selesai masalah
akulah hero

sekiang ulasang
Quote syamzana 30-1-2024 12:47 PM
seri_mawr replied at 30-1-2024 12:09 PM
Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu:
Elaun D ...

laaahaiii elaun bekas pun ada.
elaun ni sampai mati gak ke?

byknya elaun2 tak sepatutnya kat msia ni...mmg kaya negara kita
Quote jari10 30-1-2024 01:02 PM
grouper replied at 30-1-2024 11:37 AM
Menteri2 bila nak contohi agong n pmx..keluaq berita ni confirm agong baru n seterusnya pun x amik g ...

Dah termaktub layak dapat gaji..apa nak malu?
Quote Orix 30-1-2024 01:03 PM
tasik chini tersenyum sinis
Quote midori888 30-1-2024 01:03 PM
syamzana replied at 30-1-2024 12:47 PM
laaahaiii elaun bekas pun ada.
elaun ni sampai mati gak ke?

diorg buat side income dari business jugak...ada 2 org yg meols kenal dpt title datukship sbb business...jagung nak contract, jd jagung kasi diorg datukship...bukan jagung yg nie, jagung sebelum2nyer...apa lah sgt tak amik gaji tu...
Quote Decaffeinated 30-1-2024 01:27 PM
seri_mawr replied at 30-1-2024 11:12 AM
dia x amik gaji pun x lebih padacukup sudah kekayaan yang dia ada...
klu agong x amik gaji....gajiny ...

gajinyapergi ke mana..?


Yayasan kot, macam yang Sultan Johor buat

Ayahanda Sultan Johor Derma Semua Gaji & Elaun Ketika Jadi Agong

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail menderma semua gaji dan elaun yang diberikan kerajaan Persekutuan untuk rakyat Johor ketika bergelar Yang di-Pertuan Agong.

“Ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8, semua gaji dan elaun yang diterima daripada kerajaan Persekutuan diberikan kepada Yayasan Sultan Iskandar.

“Yayasan tersebut bukan sahaja membantu rakyat miskin, malah dana itu turut digunakan bagi membiayai pelajaran, bantuan bencana alam serta projek literasi komputer,” tulips baginda dalam Facebook.

Almarhum Sultan Iskandar adalah Yang di-Pertuan Agong ke-8 dari 1984 hingga 1989 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika masih bersama Barisan Nasional.

Menurut Sultan Ibrahim, keturunan Sultan Johor mengamalkan mendermakan gaji sebagai sultan sejak lebih 100 tahun lalu.

“Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 1899 telah mendermakan gaji sebagai sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor bagi membantu bangsa Johor yang memerlukan.

“Segala hasil atau pendapatan kesultanan Johor datang daripada pengurusan perladangan sejak zaman Sultan Sir Ibrahim sehingga kini, dan beberapa perniagaan yang lain termasuk hartanah,” titahnya.

Usaha itu diteruskan baginda yang mempunyai yayasan sendiri bagi membantu rakyat Johor dari segi pendidikan, kebajikan, biasiswa pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.

Dana itu menggunakan semua elaun diraja yang diterimanya.

Isnin lalu, Sultan Muhammad V dilaporkan bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10%.

“Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.

“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini,” menurut kenyataan Istana Negara.
Quote Decaffeinated 30-1-2024 01:30 PM
grouper replied at 30-1-2024 11:37 AM
Menteri2 bila nak contohi agong n pmx..keluaq berita ni confirm agong baru n seterusnya pun x amik g ...

Menurut Sultan Ibrahim, keturunan Sultan Johor mengamalkan mendermakan gaji sebagai sultan sejak lebih 100 tahun lalu.

“Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 1899 telah mendermakan gaji sebagai sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri...


Quote TomyamPuteh 30-1-2024 01:31 PM
PMX planta tersenyum sinis.
Quote Kitty_catz 30-1-2024 01:48 PM
patotlah leh lek2 main porom... bertekak ngan poremner

#dengkike dia tanya kita ujung2... tak gitu azmee?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.069932 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top