CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan Ke Atas Mokhzani Ada Kaitan Dengan Tun Mahathir. SPRM Akan Panggil Tun M Jika Ada Bukti Terlibat Salah Guna Kuasa

29-1-2024 07:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15555| Komen: 29

Description: KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan ada pembabitan beliau da ...


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan ada pembabitan beliau dalam kegiatan salah guna kuasa.

Sumber berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Sebelum ini, sumber memberitahu, siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan bapanya, Dr Mahathir.

Seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan, turut disiasat, namun dalam kes berbeza.

"Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka.

"Namun kes Mokhzani dan kes Mizan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.


Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 29-1-2024 08:40 PM
Tun M menyesal tak bebaskan Bang Non?
Quote Perwira2022 29-1-2024 08:48 PM
pokokmeranti replied at 29-1-2024 08:40 PM
Tun M menyesal tak bebaskan Bang Non?

Mau tak menyesal.. Sepatutnya biarkan aje Nuar tu mereput dalam penjara sambil main planta bersama arbok.
Quote ifanonline 29-1-2024 08:50 PM
alhamdulilah syukur...yg bersalah sila tangkap dan hadap ke mahkamah
Quote sharlenetexas 29-1-2024 09:06 PM
Mokhzani lebih dna kerala.


Quote Perwira2022 29-1-2024 09:14 PM
Jelas sangat SPRM jadi alat politik wakakaka... Hal berpuluh tahun lalu pun sanggup bukak balik kalau dah tuan politik berkehendak.


Patutnya SPRM siasat SPRM atas kesalahan pecah amanah & ikut telunjuk political master  berbanding bertindak secara neutral dan bebas.
Quote MissYouSayang 29-1-2024 09:26 PM
Team tun m. Bapok tua so desperate ..mesti bapok tua tu tgh plan nak  heret tun ct hasmah plak ...mungkin pertuduhan bapok tua tu kpd tun ct berbunyi " pertuduhan tak isytihar rambut palsu "...hmm
Quote plywood 29-1-2024 09:38 PM
pokokmeranti replied at 29-1-2024 08:40 PM
Tun M menyesal tak bebaskan Bang Non?

mahatir perlu ph untuk sokongan politik, nak tak nak dia kena deal jugak dengan ph

Quote Lunchbox 29-1-2024 09:39 PM
Aku memang tak suka AI sebab nampak ketara Sgt dgn jelas mcm balas dendam tp klu anak tun m ni tak tau yg mana Ada kene mengen dgn skandal lembaga pel. Klang LPKFZ Tu.

Aku agakla... Klu projek pelabuhan Klang tu success time Tu dah setanding Busan kot pel. Klang ni... Ni Aku rase je la
Quote mojarean_X 29-1-2024 09:54 PM
f809281bafc8e836ffdfb063c216dfb5 (1).jpeg
Quote stingerpressor 29-1-2024 10:02 PM
Perwira2022 replied at 29-1-2024 09:14 PM
Jelas sangat SPRM jadi alat politik wakakaka... Hal berpuluh tahun lalu pun sanggup bukak balik kala ...

Patutnyer kehulu...Patutnyer kehilir...

Ko dok merempat dlm porum sudah ler....

Nak takut apo kalo tak bersalah?

Boo toe ler...

Kahkahkahkah
Quote haifawehbe 29-1-2024 10:41 PM
Iols suka jer Anwar siasat semua menteri2 zaman bn dulu.. boleh kita tahu berapa byk duit rakyat disedut masa tu..
Quote dua_chzy 29-1-2024 10:46 PM
Terserlah rupa keling.

Keling ngan ulau, katuk mana dulu?
Quote dua_chzy 29-1-2024 10:47 PM
haifawehbe replied at 29-1-2024 02:41 PM
Iols suka jer Anwar siasat semua menteri2 zaman bn dulu.. boleh kita tahu berapa byk duit rakyat dis ...

Pehtu takyah sedekah surah Fatihah sangat bila seko2 mati.
Quote pengecatbintang 29-1-2024 11:01 PM
Perwira2022 replied at 29-1-2024 09:14 PM
Jelas sangat SPRM jadi alat politik wakakaka... Hal berpuluh tahun lalu pun sanggup bukak balik kala ...

itu hari masa DSAI memula jadik PM..

cabar DSAI bukak kes resuah n sakau dolu2

bila DSAI dah bukak kes2 lama

lain plak ko punya sembang



tu lah



Quote pengecatbintang 29-1-2024 11:05 PM
Edited by pengecatbintang at 29-1-2024 11:12 PM
MissYouSayang replied at 29-1-2024 09:26 PM
Team tun m. Bapok tua so desperate ..mesti bapok tua tu tgh plan nak  heret tun ct hasmah plak ...mu ...

saper yg desperado...



dulu masa PM4...

ko diktator

ramai yg ko penjarakan

nah la ni..

umpama anjen korap

[youtube]-LiAs7tJOq0[/youtube]


Quote s@s@ 30-1-2024 08:35 AM
sebenarnya bagus bila satu kerajaan baru naik, dia siasat kerajaan lama.....
baru la memasing bila pegang kerajaan beringat sikit.
Quote pokokmeranti 30-1-2024 08:45 AM
Perwira2022 replied at 29-1-2024 08:48 PM
Mau tak menyesal.. Sepatutnya biarkan aje Nuar tu mereput dalam penjara sambil main planta bersama ...

firasat I begitu juga, tak mungkin bang non boleh maafkan tun M yg penjarakan dia.
Quote pokokmeranti 30-1-2024 08:47 AM
plywood replied at 29-1-2024 09:38 PM
mahatir perlu ph untuk sokongan politik, nak tak nak dia kena deal jugak dengan ph

perlu deal dgn PH sbb najib xnak tolong kroni tun M dan anak2 beliau. akhirnya nasib semakin parah.
Quote terma2nkondisi2 30-1-2024 10:24 AM
mahathir tu bape lama lagi mampu nak bercakap, bergerak.. ntah2 dah nak kiok.. jgn tunggu lama2.. sekiranya benar bersalah, tindakan perlu dilakukan secepat mungkin bagi menegakkan keadilan utk rakyat

baidewei.. kelakar pulak bila aku baca berita ni --> Mendakwa Mempunyai Bukti Salah Laku Seks Anwar: Karpal Perlu Disiasat

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.130745 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top