CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Status "When I Die" Dari Tengku Puan Pahang Buat Ramai Terpaku

9-12-2015 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18539| Komen: 63


Oleh : Dean BZ


Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan isteri kepada Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang. Baginda sangat disayangi rakyat jelata kerana sifat terpuji baginda yang peramah, penyayang dan suka menolong rakyat.


Baginda juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan. Sebelum ini, baginda juga selalu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan tidak kekok memasak untuk mangsa-mangsa.


foto  : darisungaiderhaka.blogspot.com



Baru-baru ini, memetik dari portal thevocketbaginda dikatakan memuat naik satu status di Instagram rasmi miliknya yang menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya. Mari kita lihat apakah bait-bait yang ditulis oleh baginda Tengku Puan Pahang. 


Foto : thevocket


Ini adalah "status" penuh Tengku Puan Pahang :


Apabila aku mati

Aku akan offline di Facebook.

Aku akan offline di 2go.

Aku akan offline di BBM.

Aku akan offline di WhatsApp.

Aku akan offline di Viber.

Aku akan offline di Tango.

Aku akan offline di Twitter.

Aku akan offline di Eskimi.

Aku akan offline di Instagram.

Aku akan offline di WeChat.


Nombor telefon ku akan dimatikan, ku tidak lagi akan mengulas posts atau menerima mesej, atau informasi dari keluarga dan rakan. Keluarga dan rakan-rakanku dan juga musuh-musuhku akan menangis tetapi ku sudah tiada lagi.


Tetapi adakah anda tahu apa yang akan kekal apabila ku sudah pergi nanti?


Al-Quran yang ku baca akan online.

Solat ku 5 kali sehari akan online.

Zakat ku akan online.

Perbuatan-perbuatan baik ku akan online.

Puasa ku akan online.

Semua apa yang ku lakukan kerana Allah akan online bersama ku di dalam kubur.


Mari kita semua berfikir tentang ini!


Akhirnya kita semua akan mati. Kerana setiap jiwa yang bernyawa akan merasai kematian.


Kenapa tidak bersiap sedia untuk masa itu di mana hanya akan ada anda sahaja?

Kenapa tidak berhenti takut pada orang?

Kenapa tidak berhenti takut dengan apa yang orang akan katakan?

Kenapa tidak anda mengambil keputusan yang akan memberi manfaat kepada anda semasa hari akhirat kelak?

Kenapa tidak anda mengambil keputusan yang akan membantu anda di kubur?

Kenapa tidak mencari keredhaan Allah dan memperolehi kebahagiaan, keseronokan dan kenikmatan yang kekal abadi?


Ingat!!!


Setiap jiwa pasti akan merasai mati.

Semoga Allah membuat ia mudah buat kita.


Ameen Yaa Rabbi.

Sila berkongsi untuk mengingatkan saudara-saudara anda sepertimana saya mengingatkan anda sekarang.


Sesungguhnya apa yang dikongsikan oleh Tengku Azizah sememangnya benar dan wajar kita renungkan. Dalam kesibukan mengejar kehidupan dunia, ramai yang leka dan lupa akan kematian yang setiap orang akan tempuhi. Semoga perkongsian Tengku Puan Pahang memberi kesedaran pada kita semua. - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

1

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote comel91 9-12-2015 01:18 PM
TT ada baca status mak tenku Jalil x? lagi sedih.. huhuhu...
Quote akik 9-12-2015 01:25 PM
offline forum cari tak tulis ke?dia forumer gak kan
Quote senahsanasini 9-12-2015 01:31 PM
akik replied at 9-12-2015 01:25 PM
offline forum cari tak tulis ke?dia forumer gak kan

seriousss??
apa nama pena beliauuu
Quote akik 9-12-2015 01:39 PM
senahsanasini replied at 9-12-2015 01:31 PM
seriousss??
apa nama pena beliauuu

serious..azmee apa ntah.dia banyak lepak board gosip kenamaan..
Quote InVendeTTa 9-12-2015 01:42 PM
Makcik ni super advance byk masa terluang ke? bk benar app yg beliau online n kenal.bagi aku status BBNU fefeeling tech savvy je nih.bosan n x wajar viralkan.
Quote wanitajelita 9-12-2015 01:43 PM
Tunku Azizah ni adik beradik Sultan Johor kan?

tapi camane boleh Tunku Azizah ni agak alim & bertudung labuh ye? apakah pengalaman hidup dia? berbeza dgn kerabat lain


Quote bunga_lestari 9-12-2015 01:50 PM
dulu beliau tak bertudung.. tapi tak silap lepas ke mekah, beliau bertudung.. siap arahkan semua agensi dan jabatan kerajaan turunkan gambar beliau yang tidak bertudung dan gantikan dengan gambar yang bertudung..

but oklaa.. antara keturunan diraja yang nak bertudung selain isteri sultan terengganu..
Quote cherub 9-12-2015 01:52 PM
comel91 replied at 9-12-2015 01:18 PM
TT ada baca status mak tenku Jalil x? lagi sedih.. huhuhu...

Apa dia tulis? Care to share?
Quote Vermicelli 9-12-2015 01:56 PM
Do you wish to be given tahlil 7, 40 DAN 100 hari, puan...when you are gone?

Do you wish to have your tempat persemadian exclusive and isolated dari rakyat jelata , fellow believers , puan?

That the only way rakyat can ziarah pusara puan nanti HANYA melalui permohonan bersurat pada pihak istana?


Quote applemy 9-12-2015 01:56 PM
Edited by applemy at 9-12-2015 01:58 PM

Tak silap ai, pasal anak2 dia kena tahan wad pasal H1N1 dulu kan..
Quote Vermicelli 9-12-2015 02:01 PM
applemy replied at 9-12-2015 01:56 PM
Tak silap ai, pasal anak2 dia kena tahan wad pasal H1N1 dulu kan..

if you have that little thing they call brain cell.....then you would have known......every single procedure taken is for the best interest of the patients.....


Quote lambaian 9-12-2015 02:13 PM
Die die gak.....ada balak sapu gakkkk!!!!
Quote reyust 9-12-2015 02:17 PM
sebarkan....
Quote applemy 9-12-2015 02:17 PM
Vermicelli replied at 9-12-2015 02:01 PM
if you have that little thing they call brain cell.....then you would have known......every single ...

Eleh, cakap BI konon

Ok, mai turn lak:

If you have that lil thing called senses.. start making one.
Quote Changa 9-12-2015 02:18 PM
senahsanasini replied at 9-12-2015 01:31 PM
seriousss??
apa nama pena beliauuu

dah lama la sheols berkuntum kat forum cari.....
Quote cherub 9-12-2015 02:22 PM
A ah. Tapi bab bauxite dia tak komen la. Hopefully bila jadi tengku ampuan dia dpt tolong la bab bauxite ni. Akak mmg pangkah to bercuti di kuantan dan sekitar. Boikot until the air is clean. Indon buat jerebu kita maki sana sini. Kita buat jerebu the reaction is mengecewakan.
Quote sayang_mulut 9-12-2015 02:23 PM
a good piece to read .. tapi kenape eh..kalau golongan monarki ni buat baik sket..terus dianggap ala2 maksum?
Quote sayang_mulut 9-12-2015 02:24 PM
wanitajelita replied at 9-12-2015 05:43 AM
Tunku Azizah ni adik beradik Sultan Johor kan?

tapi camane boleh Tunku Azizah ni agak alim & ber ...

haha aku nak tergelak baca post kau ni
Quote mimzat 9-12-2015 02:35 PM
Hidayah dari Allah tiada siapapun yang boleh menyangka.  Semoga kita semua diberikan Hidayah, Rahmat, Berkah dari Allah.  Aameen.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.116121 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top