CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Selepas Cuba Padamkan Api Kebakaran & Selamatkan 7 Orang Jiran – “Bukan Keluarga Dia Pun, Mulianya Hati”

26-1-2024 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10008| Komen: 46

Description: Dalam satu kejadian di Labuan, seorang lelaki maut selepas membantu sebuah keluarga dalam kebakaran rumah teres di Merinding Garden dekat Jalan OKK Daud, awal pagi 24 Januari lalu.



Dalam satu kejadian di Labuan, seorang lelaki maut selepas membantu sebuah keluarga dalam kebakaran rumah teres di Merinding Garden dekat Jalan OKK Daud, awal pagi 24 Januari lalu.

Lelaki itu, Gillian Donald, 41, telah bertungkus lumus membantu memadam kebakaran sebuah rumah di situ dan turut menyelamatkan tujuh individu yang juga merupakan jirannya dalam insiden yang berlaku pada jam 4.17 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata kebakaran di rumah itu akhirnya berjaya dipadamkan oleh pihak bomba namun malangnya Gillian gagal diselamatkan dan meninggal dunia.

Siasatan lanjut juga mendapati seramai tujuh isi rumah iaitu enam wanita seorang lelaki dan tiga daripadanya kanak-kanak berjaya diselamatkan. Semua mereka masing-masing berusia empat hingga 67 tahun.


Namun sukarelawan iaitu jiran mangsa kebakaran yang bertungkus lumus dan berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga mangsa kebakaran didapati meninggal dunia.

Kata Hamizi lagi, bantuan CPR telah diberikan namun mangsa gagal diselamatkan dan pegawai perubatan mengesahkan Gillian mengalami sesak nafas akibat terhidu bau asap yang berlebihan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus Sabah untuk pemeriksaan di mana tiada sebarang kecederaan ditemui di tubuhnya namun siasatan lanjut masih diteruskan.


Kebakaran itu dipercayai berpunca datang daripada kenderaan milik tuan rumah yang terbakar di parkir hadapan kediaman tersebut sebelum ia merebak.

Sementara itu, semua mangsa yang diselamatkan itu berada dalam keadaan stabil dan dua daripada mereka telah menerima rawatan akibat kecederaan dialami.


SUMBER : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_ingeniare 26-1-2024 03:10 PM
kesiannya.. salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote damsel_fiji 26-1-2024 03:26 PM
Kesiannya.. Salam takziah diucapkan
Quote I.K.A888990 26-1-2024 03:27 PM
salam takziah
Quote Supersirap 26-1-2024 03:46 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote pocongkiutss 26-1-2024 03:57 PM
Kenderaan apa yg terbakar tiba2 tu..bukannya tgh hidup enjin pun kan?
Quote firstlurv 26-1-2024 03:59 PM
Allahurabbi...salam takziah buat ahli keluarga
Quote tungkai 26-1-2024 04:03 PM
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat..Amin..
Quote pengecatbintang 26-1-2024 05:22 PM
pocongkiutss replied at 26-1-2024 03:57 PM
Kenderaan apa yg terbakar tiba2 tu..bukannya tgh hidup enjin pun kan?



EV?
Quote CatMiow 26-1-2024 05:38 PM
pengecatbintang replied at 26-1-2024 05:22 PM
EV?

Tak tau pula ada EV kat labuan.

Kesian, sepatutnya tekup mulut dengan kain basah, tak sangka jadi begini, mungkin masa selamatkan api tak teruk lagi.
Quote CatMiow 26-1-2024 05:44 PM
Dapat sumber berita mana ni?

Hospital Nukleus Sabah?, patut la cikgu chazy tak nak percaya berita kat Malaysia ni. Fakta merapu-rapu.

Iols ingat dorang nak hantar ke KK, sabah, batu nak mencarut kenapa perlu hantar ke Sabah, baca balik, Sabah yang dekat dengan Labuan mana ada hospital nama nukleus.
Quote LoveSungmin 26-1-2024 06:14 PM
CatMiow replied at 26-1-2024 05:44 PM
Dapat sumber berita mana ni?

Hospital Nukleus Sabah?, patut la cikgu chazy tak nak percaya berita k ...

dah bertahun² Labuan ni jadi wilayah persekutuan, masih lagi nak sebut Sabah

Hospital Nukleus Labuan yang sebetulnya..
Quote pengecatbintang 26-1-2024 07:54 PM
CatMiow replied at 26-1-2024 05:38 PM
Tak tau pula ada EV kat labuan.

Kesian, sepatutnya tekup mulut dengan kain basah, tak sangka jadi ...

YA BTOL..

TUTUP MUKA DGN KAIN BASAH..

mati sebab terhidup asap
Quote pengecatbintang 26-1-2024 07:58 PM
lelaki Sabah area pantai barat (mgkn kadazan dusun)...

kebanyakan cakap lembut, friendly, gentleman, baik hati n suka tolong orang...


Quote matamata 26-1-2024 08:11 PM
Pada aku dia layak untuk dapat anugerah pingat keberanian...PGB mungkin?
Harap2 adala yg usahakan
Quote karipap_sadin 26-1-2024 08:17 PM
Al fatihah utk arwah. Comel lah jg iolls tgk + baik pulak tu
Quote blue_blur 26-1-2024 08:43 PM
yiiiih dah panik, mana la sempat cari kain la, cari paip air la........ dalam muvie buleh la buat semua tu... bahang dia tu je dah buat kita lupa sop2 yang patut...
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:53 PM
semoga dgn kebaikan arwah, dia dinaikkan darjah di sana nanti
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:54 PM
semoga dgn kebaikan arwah, dia dinaikkan darjah di sana nanti
Quote imransulaiman 26-1-2024 11:29 PM
LoveSungmin: dah bertahun² Labuan ni jadi wilayah persekutuan, masih lagi nak sebut Sabah Hospital Nukleus Labuan yang sebetulnya..


Betul tu! 16 April 2024 nanti genap 40 tahun Labuan masuk Wilayah Persekutuan.

Salam takziah kepada keluarga mendiang

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053737 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top