Oleh Izzah Abbasy
Kecoh dan menjadi viral gara-gara iklan produk D'herbs berunsur lucah dan keterlaluan di laman Facebook baru-baru ini. Produk tersebut adalah suplemen PAYU UP COLLAGEN daripada D'herbs bagi mencerah, membesar, menggebu, menganjal dan memontokkan payudara. Ia dikatakan keterlaluan kerana video tersebut menunjukkan payudara wanita dengan jarak dekat dan 'aset lelaki' yang bernafsu melihat wanita tersebut setelah payudara membesar. Facebook atau laman sosial ini adalah laman yang dimiliki oleh semua golongan lapisan umur. Video iklan yang dimuatnaik pula lebih sesuai ditonton untuk 18 tahun ke atas. Bagaimana boleh iklan sebegini dimuatnaik sehingga tiada penapisan dahulu untuk dipertontonkan kepada khalayak umum. Ia pasti terkesan jika anak-anak bawah umur melihatnya. Komen netizen di Facebook
Namun, sehingga hari ini pengasas produk D'herbs Dato' Aliff Syukri dengan tagline Terlajak Laris masih berdiam diri dan ia menjadi tanda tanya netizen berhubung video tersebut kerana biasanya Dato' Terlajak Laris pasti muncul dalam video tersebut. Sedangkan dalam video ini, Dato' tidak pula kelihatan. Selain itu, video yang dibuat Dato' Terlajak Laris juga biasanya berdurasi pendek berbanding video 'lucah' ini dan adakah sebenarnya ada individu lain yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan perniagaan produk D'herbs Terlajak Laris ini??? Tetapi, ada juga netizen memberi status bahawa iklan tersebut sememangnya milik Dato' Aliff Syukri dan beliau sudahpun meminta maaf di Instagram. Betul ke? - CARI Infonet |
9
Bagus |
11
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT