PETALING JAYA – Seorang guru mendedahkan hampir kesemua pelajar dalam kelas mendapat markah kosong bagi peperiksaan Sejarah Tingkatan 2 sesi 2023/2024. Menerusi perkongsiannya di laman X , guru tersebut memaklumkan terdapat seramai 32 pelajar di dalam satu kelas dan 90 peratus daripada mereka hanya menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong tanpa menjawab. Katanya, peperiksaan itu melibatkan bahagian B yang memerlukan pelajar menjawab soalan struktur dan esei. “Murid kelas ini adalah kelas kelima dari lima kelas yang ada. “Ada 32 orang murid. Markah di atas untuk bahagian B (struktur dan esei) dan 90 peratus yang dapat marlah kosong tak menjawab langsung. Tinggalkan ruang kosong. “Yang lain semua ada jugak markah sebab cuba menjawab,” kongsinya. Tambah guru tersebut, dia pernah bertanya kepada pelajarnya tentang impian mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Aku tanya, apa cita-cita korang (anda semua) selepas SPM nanti? “Murid jawab, jadi influencer (pempengaruh media sosial) cikgu dan hasilnya markah Sejarah mereka,” katanya. Dalam pada itu, perkongsian guru tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial dan rata-ratanya terkejut dengan markah yang diraih pelajar kelas terbabit. “Kesiannya budak-budak sekarang. Pergi sekolah sekadar untuk kehadiran sahaja. Bukan bersungguh untuk menuntut ilmu,” ciap Syafinaz. “Ibu bapa perlu main peranan, jangan biar anak-anak leka dengan dunia mereka sehingga abai pendidikan,” pesan Nuurool. Sumber – KOSMO ONLINE. |
testly replied at 26-1-2024 10:31 AM
Sejarah ni fakta n baca hafal byk. Jd budak yg xsuka membaca sgt n klau ditambah cikgu pun xbrp reti ...
ADVERTISEMENT