CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mufti Perlu Hati-Hati Beri Pandangan Isu Orang Islam Haram Kerja Bank Konvensional - Menteri

24-1-2024 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11464| Komen: 151



Laman web Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini ada mengeluarkan artikel mengenai hukum orang Islam bekerja di bank konvensional.

Dalam penerangan itu, ada saranan untuk orang Islam yang bekerja agar berusaha mencari pekerjaan lain supaya tidak timbul isu transaksi riba.

Disebabkan isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tampil meminta agar institusi mufti berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan serta hukum.

"Bila keluarkan satu-satu pandangan, biar habis, jangan tergantung begitu sahaja. Jadi, saya harapkan mana-mana mufti dengan kuasa dan tanggungjawab diberikan, bila mana satu pandangan dikeluarkan, janganlah sampai menimbulkan kegusaran awam dan perlu bagi solusi mengenai kedudukan isu itu.

"Bila kita cakap orang Islam tidak boleh bekerja di bank konvensional, penyelesaiannya pula bagaimana. Biarlah pandangan dikeluarkan itu mengambil kira semua keadaan".


Datuk Dr Mohd Na’im melihat institusi mufti itu tidak memberikan jalan keluar yang menyeluruh sehingga membuatkan mereka yang bekerja di sektor berkaitan tertanya-tanya apakah patut mereka lakukan.

"Pandangan itu mungkin tidaklah sampai ke tahap fatwa, ia lebih kepada pandangan atau nasihat. Tetapi, golongan mufti ini apabila mereka keluarkan sesuatu pandangan, orang akan inagt perkara itu satu fatwa. Ini yang selalu terjadi".

Apapun, diharapkan isu yang berbangkit ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita untuk menilai segala aspek mengikut Islam.

Kredit: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 24-1-2024 04:51 PM
Mmg lee keje bank tiu haram sbb riba tp nak koje ape.. koje ajelaaa bank tuu..
Quote Buritan 24-1-2024 04:52 PM
Sama jgk koje pramugari bwk tong todi pas tuu tonggek tonggek dpn jntn. Tp nak keje  ape lagii..
Quote ifanonline 24-1-2024 04:55 PM
riba kan haram, ko baca quran tak menteri woi!
Quote kucingitam 24-1-2024 05:00 PM
benda betul..
Quote Azharitubunga 24-1-2024 05:04 PM
Benda betul
Dah sebut dalam AlQuran pun

Nak pusing tang mana lagi???
Quote Firenzza 24-1-2024 05:05 PM
Sbb tu ke dia ni dilantik jd muntri agama? Dh tegur pemimpin yg mungkir janji? Ke x berani
Quote B40tastePosh 24-1-2024 05:06 PM
Perbankan Islam pun ada Riba' tapi dah guna istilah Islamik sikit walapun takde dalam Al-Quran istilah yg digunakan
Quote Azharitubunga 24-1-2024 05:07 PM
Kerana kes pak muntri ni jugak kan?

Lelaki goda isteri orang tidak lagi boleh didakwa?
Quote csham 24-1-2024 05:08 PM
Menteri yg X baca habis kot..mufti X suh resign 24 hrs notice. Suh berusaha cari keje lain dan buat perancangan yang sepatutnya.maksudnya kena ada usaha utk tinggalkan institusi riba' . Bukan redo kekal makan hasil.riba' . Itupun nk kena roger menteri ke? Kasik baca habis dulu...
Quote azurro 24-1-2024 05:11 PM
Kan mufti dah tunjuk jalan, yaitu berusaha cari kerja lain. Rezeki Allah ada dimana mana, bezanya sikit atau banyak ja.
Quote Radzor 24-1-2024 05:16 PM
ah sudahh.. mana satu betul ni. yg betul tetap betul yg salah tetap salah
Quote naina 24-1-2024 05:20 PM
Memang pun..habistu orang bayar loan bulan2 interest tinggi bertahun2 tu pergi mana kalau tak bayar staff. Kalau kuat hati tu pergila cari kerja lain. Tak kuat kaluuu teruskan jela..
Dengor kata bonus Maybank lebattttt
Quote dua_chzy 24-1-2024 05:23 PM
Agama dan hal sekular kenot go seiring.

Both tokleh saling support each other.

Kau orang perempuan ni pun bukan boleh keluar kerja kalau nak ikut betul ajaran Islam @ ajaran padang pasir (yang aku tak tau betul Allah ada kasik perintah larangan camtu or jantan2 Ereb tu sesaja fitnah Allah buat hukum untuk keredhaan diri jantan mereka).
Quote Triple_8 24-1-2024 05:33 PM
Nampak gayanya tuan mopti kena susun 10 jari minta ampon dengan pak menteri pula.
Quote _blackbird 24-1-2024 06:02 PM
jap aku nak tanya, bank islam ada personal loan tak? kalau ada dia tanya ke kita nak buat apa dengan loan tu. let say kata i nak buat financing utk beli beg hermes harga 50k. k bank islam pon approved loan dengan plan bayaran balik selama 3 thn dengan keuntungan 4% setahun.


soalan, adakah bank islam akan masuk kan 50k terus dlm account kita atau bank islam pi beli kan utk kita bag idaman tu kemudian jual kat kita beg hermes tu dengan harga 52k dan kita pon bayar balik secara ansuran.

huhuhuhu. btw, bank islam punya tamak haloba, nak transfer duit dari bank islam ke bank lain pon dia charge nya RM0.50 every transaction. betul lah org kata jual agama ni mmg bisnes paling menguntungkan dalam dunia
Quote me12345 24-1-2024 06:06 PM
Menteri agama yg paling....
Quote sleepandream 24-1-2024 07:16 PM
_blackbird replied at 24-1-2024 06:02 PM
jap aku nak tanya, bank islam ada personal loan tak? kalau ada dia tanya ke kita nak buat apa dengan ...

aik? iols pakai bank islam transfer bank lain free jer...
tak pastilah transfer jumlah besar kot yg depa cas 50sen...
so far iols pakai duitnow free sajork
Quote Belibis 24-1-2024 07:20 PM
Dah habis berlapik la tu..kalau guna kaedah taliban,mau mufti tu cakap,' haram kerja bank ,wajib berhenti serta merta.'
Quote AbukRokok 24-1-2024 07:21 PM
Kne toat pada tolol amran
menteri kira tolol amran juga

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.171132 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top