CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"I Sebab Ada Orang Dalam", Wanita Bangga Kerja Kerajaan Dapat Rehat 3 Jam Siap Sempat Pergi Karaoke

24-1-2024 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12669| Komen: 138

Description: Kecoh di media sosial mengenai satu video yang tular memaparkan seorang wanita bangga menceritakan pengalaman waktu rehat sambil mendakwa dia kerja kerajaan kerana ada orang dalam.


Kecoh di media sosial mengenai satu video yang tular memaparkan seorang wanita bangga menceritakan pengalaman waktu rehat sambil mendakwa dia kerja kerajaan kerana ada orang dalam.

Menerusi hantaran tular di aplikasi X, seorang wanita memuat naik video yag menunjukkan dia sedang meluangkan waktu rehat selama tiga jam bersama rakan-rakan di salah sebuah pusat karaoke.

Bukan itu sahaja, dalam video berkenaan, wanita tersebut turut memberitahu bagaimana dia meluangkan waktu rehat yang panjang.

"POV kamu pergi karaoke pada setiap hari Jumaat sebab kebiasaannya waktu rehat selama tiga jam."


Namun, perkongsian wanita itu telah menarik perhatian netizen sehingga ada yang meninggalkan pelbagai soalan.

Malah, dengan bangganya wanita itu mengaku dia merupakan pekerja sektor awam dan setiap kali rehat, mereka akan menghabiskan masa di pusat beli-belah yang cuma terletak di sebelah pejabat sahaja.

Apa yang mengejutkan, dia juga mengaku mempunyai ‘orang dalam’ dalam sektor tersebut iaitu ibunya sendiri bekerja di situ.



"Kerja kontrak sahaja. Jabatan Perangkaan. Jika orang familiar dengan MyStep, semua tahu senang nak mohon sebab kerja biasa-biasa sahaja,”jawabnya ketika disoal oleh seorang pengguna lagi."

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan kurang cerdik wanita tersebut kerana mendedahkan sendiri ‘aib’ di media sosial iaitu kerja kerajaan dengan menggunakan ‘orang dalam’.




Terdahulu, terdapat satu kejadian dimana seorang wanita dirogol dan disamun dua lelaki warga Pakistan ketika melalui jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang.

Kredit: Platfrom X/Ohmedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-1-2024 03:56 PM
Semoga di pecat..dah la kontrak, kelaku tak jaga heboh pulak satu dunia.
Quote edayildiz 24-1-2024 03:58 PM
bodoh tu simpan sikit kak..
i kerja swasta jer..rht dua jam..
siap p gym jap mmg company provide..tade nk kecoh
Quote esbok 24-1-2024 04:02 PM
Biasa kalau masuk sebab orang dalam ni, malu nak sebut. Masuk bukan atas kapasiti sendiri.
Quote Pumpkinhead 24-1-2024 04:07 PM
Sebab tu hal kerja mcm ni diknon ko tak payah cerita dkt media sosial. Cerita yg murni murni jakkk kekekeke
Quote Belibis 24-1-2024 04:08 PM
Dari zaman takde x orang dah tau,kerja kerajaan ni kena pakai orang dalam..ko nak kecoh jugak,bagus lahhh.
Quote She-Ra 24-1-2024 04:09 PM
anak siapa la ni.. kesian kt maknya
Quote tungkai 24-1-2024 04:14 PM
Dah kenapa membodohkan diri sendiri pastu post kat online?
Quote ifanonline 24-1-2024 04:19 PM
masalah generasi skrg yg mengamalkan sharing is caring dlm sosmed
Quote prince_marhaen 24-1-2024 04:21 PM
da agak dah mesti budak2 mystep bodo ni yang selalu acah2 bangga keja gomen pastu semua benda nak post, termasuk operasi kat office, surat2 & fail2 sulit pun semua benda buat video content... bila orang tegur buat muka taik macam sial....

ni office dia

Department of Statistics Malaysia Kajang Operational Centre,
Address: Unit T2-L2-1&2, Level 2, IOI City Tower Two, Lbh IRC, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor

Phone: 03-8734 3089

boleh report kat SISPAA
Quote Bedah.Cun 24-1-2024 04:22 PM
Bodonye, mendapat lar ngkau dek
Quote immi 24-1-2024 04:30 PM
Kebodohbanganan diorg ni mmg dh x terbendung sbb diorg X KESAH...JANJI DPT KEJE GOV...PASTU PASTU FIKIRLAH SENDIRI
Quote aliaa 24-1-2024 04:33 PM
aduhhh..
dah elok2 kerja...
khan dah semua org tahu
sebab apa?
rasa bangga dalam diri ..wpun memakan diri sdiri..
harap maklum
Quote tripleid 24-1-2024 04:38 PM
Dah nmpak kan sebab knp start bulan depan dah takde lantikan tetap dlm keja gomen..semua kontrak..kalo tak perform mcm minah ni,senang  gomen boleh tendang kluar.Barulah negara produktif.
Quote laksmanabentan 24-1-2024 04:39 PM
cable power kott... cable politik... hahahaha...
Quote prettyuglybabe 24-1-2024 04:40 PM
boleh la tamatkan mystep ni terus..
Quote noor2 24-1-2024 04:40 PM
Babi sungguh government servant yg mcm ni...pastu sebok nk naik gaji...
Quote Firenzza 24-1-2024 04:46 PM
Akak ni dulu sblm masuk gomen boekk orangnya....
Quote MissYouSayang 24-1-2024 04:48 PM
Budak ni lurus bendul
Quote kucingitam 24-1-2024 04:50 PM
sib baik kontrak..senang nak terminate.. kalau tetap..sampai ke pencen perangai gini, lepas pencen makan sambung karaoke makan duit pencen..

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.065843 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top