CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Tanya Ubat Bisul, Terus Tunjuk Punggung Kepada Pekerja Farmasi. Bapa Anak Dua Didenda RM3,500,

24-1-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11223| Komen: 34




KANGAR: Padah menunjukkan punggung kepada pekerja sebuah farmasi, bapa kepada dua anak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret, Ana Rozana Mohd Nor, memutuskan hukuman selepas lelaki berusia 34 tahun itu yang juga bekerja sebagai kerani bank menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda.

“Mahkamah dalam memberi pertimbangan kepada kepentingan awam menjatuhkan hukuman denda memandangkan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius. Hukuman sebagai pengajaran bukan saja kepada tertuduh, malah kepada bakal pesalah lain.

“Mahkamah berhasrat memberi isyarat kepada tertuduh dan bakal pesalah lain supaya menghindari perbuatan mengganggu kesantunan perempuan kerana setiap daripada mereka ada harga diri tinggi dan maruah yang perlu dipelihara.


“Mahkamah juga mempertimbangkan bahawa tertuduh tiada rekod lampau dan bertanggungjawab atas kesalahannya, dengan membuat pengakuan salah di peringkat awal serta seharusnya diberikan ‘diskaun’ atas pengakuan salah,” katanya dalam alasan penghakiman bertarikh semalam, yang dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-kehakiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh datang ke farmasi untuk bertanyakan mengenai ubat bisul sebelum terus menunjukkan punggung pada mangsa berusia 30 tahun di sebuah farmasi dekat Padang Besar, Perlis, jam 11.50 pagi pada 9 Mei 2023.

Pendakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Ana Rozana meneliti latar belakang tertuduh termasuk adalah penanggung utama keluarga, ketika mengenakan hukuman berkenaan.

“Isteri tertuduh seorang suri rumah yang sedang sarat hamil dan anak masih bersekolah, selain menanggung ibu yang sudah tua dan bergantung hidup kepadanya.

“Tertuduh ada kehidupan stabil dan masa depan yang cerah. Jika hukuman pemenjaraan dikenakan, ia semestinya akan menjejaskan masa depan tertuduh.

“Mahkamah juga berpendapat keluarga tertuduh tidak seharusnya diheret bersama untuk menanggung penderitaan jika mahkamah menjatuhkan hukuman berat,” katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 24-1-2024 08:37 AM
laaa....tunjuk bukti dia sakit pun salah? bkn menunjuk bukti kesakitan kita pada pakar kesihatan tu harus ek?

patut la Dr sekarang tak check badan dah...dia tanya je...sakit apa? sakit perut...o-ok okay...ada darah...sakit bila?...pagi?....petang?.....dah berapa lama sakit?....oooooooo....nanti ambik ubat ni eh...nak MC tak?.....Done....next
Quote Thunderclouds 24-1-2024 09:06 AM
Igt² lupa kes ni.
Ada cctv rasanya time dia londeh suar.
Btw, sakit² yg perlu tunjuk or doc klebet ni bulih request doc laki ka pompuan.
Baik klinik gomen/swasta depa layan ja.
Sian ank bini. Haih.
Quote vanillaninja 24-1-2024 10:34 AM
Kenapa heols tak pergi clinic? Kalau clinic, bagitau doctor I rasa doctor check je tengok. Kenapa gi farmasi je?
Quote Belibis 24-1-2024 10:37 AM
Ko tak tanya dulu...' cik nak tengok ke tak?'
Tau2 londeh seluar.mau tak trauma awek tu.
Quote krustykrab 24-1-2024 10:39 AM
cantthinkofany replied at 24-1-2024 08:37 AM
laaa....tunjuk bukti dia sakit pun salah? bkn menunjuk bukti kesakitan kita pada pakar kesihatan tu  ...

Itu bukan klinik..itu farmasi je.
Lainla budak tu sendiri yg mintak nk tgk punggung pakcik tu
Quote swateng1 24-1-2024 12:10 PM
cantthinkofany: laaa....tunjuk bukti dia sakit pun salah? bkn menunjuk bukti kesakitan kita pada pakar kesihatan tu harus ek?patut la Dr sekarang tak check badan dah. ...


ada cctv wakk..bkn 1 tu je farmasi dia p. ada kedai lain lagi dia p,siap tunjuk konex dia lagi. semua tempat dia p tunjuk konex tu ada cctv. bodo nya jantan

Quote seri_mawr 24-1-2024 12:10 PM
awat aku rasa news ni kelakar...hahhaa
farmacist tu bnyk sgt tanya gamaknya,,,sekali kawan tu tunjuk terus bisulnya....hahahaha..explain x faham2....dah org nak ubat bisul tu bagi jek la...hahhaha


Quote seri_mawr 24-1-2024 12:12 PM
vanillaninja replied at 24-1-2024 10:34 AM
Kenapa heols tak pergi clinic? Kalau clinic, bagitau doctor I rasa doctor check je tengok. Kenapa gi ...

gi klinik mahai...charge Dr lagi...ubat lagi...kang entah apa2 kena...
buatnya Dr tu kasi belah bisul dia..dah ada charge lain pulak...

klu pharmacy dia terus bg ubat jah...ckp je nak ubat apa...
pegawai pharmacy tu mmg akan tnya2 soalan dulu sblm bg ubat biasanya....
Quote B40tastePosh 24-1-2024 12:14 PM
Mungkin farmasi tu tanya bisulnye macam mana besar ke kecik? Ada mata ke bisul nye?

Tu yang dia tunjuk, sebab dia susah nak check.
Quote mamapea 24-1-2024 01:27 PM
kalau ada bisul sapu la fucidin...kejap jer bisul tu pecah...
Quote Dysania@72 24-1-2024 03:37 PM
macam2 hal...sangap sungguh laa jantan ni
Quote renko 24-1-2024 03:48 PM
g la melancap tempat tersorok
xde sapa nak tangkap
ni kena tangkap pasal buat bnde cmni
masuk news buat malu je
bahalol sungguh la
Quote kaedahnya 24-1-2024 10:56 PM
kira gatai la ni kan huhh
Quote gigahertz 24-1-2024 11:44 PM
Thunderclouds replied at 24-1-2024 01:06 AM
Igt² lupa kes ni.
Ada cctv rasanya time dia londeh suar.
Btw, sakit² yg perlu tunjuk or doc klebet ...

i lelaki nak request doc perempuan.
i tak nak doc lelaki sebab takut di apa-apakan.
Quote gigahertz 24-1-2024 11:46 PM
Belibis replied at 24-1-2024 02:37 AM
Ko tak tanya dulu...' cik nak tengok ke tak?'
Tau2 londeh seluar.mau tak trauma awek tu.

cuba hantar oppa yang tanya awek tu
Quote Skuau 25-1-2024 12:06 AM
"Aku tunjuk pon..supaya ko tak bagi ubat yg salah..camni punya baik ko kerja saloon jer la"-
Quote Skuau 25-1-2024 12:17 AM
renko replied at 24-1-2024 03:48 PM
g la melancap tempat tersorok
xde sapa nak tangkap
ni kena tangkap pasal buat bnde cmni

mana tau dia bisu...nk ckp acaner...kena tunjuk jer la???
Quote otai_g 25-1-2024 12:48 AM
gigahertz replied at 24-1-2024 11:46 PM
cuba hantar oppa yang tanya awek tu

Mungkin sebaliknya yg akan berlaku kot
Quote gigahertz 25-1-2024 02:28 AM
otai_g replied at 24-1-2024 04:48 PM
Mungkin sebaliknya yg akan berlaku kot

sekali oppa tu pandai cakap melayu " awak apa khabar "terus awek untie butang baju sendiri.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.048538 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top