PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa beliau seolah-olah diperlakukan seperti ‘penjenayah’ selepas lebih 10 kali disoal siasat oleh polis sejak beberapa tahun lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sebulu dengan pemerintah. “Sekejap-sekejap saya disoal polis macam saya ni ‘common criminal’ (penjenayah yang kerap melalukan kesalahan). Ada laporan je (sahaja) polis duk (asyik) tanya saya. Saya jawab la, saya seorang rakyat yang mengikut undang-undang,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai diambil keterangan polis di sini, hari ini. Sebelum itu, tiga pegawai polis dari Bukit Aman hadir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini bagi mengambil keterangan Dr. Mahathir berhubung kenyataan sensitif membabitkan kaum India. Mengulas mengenai proses keterangan tadi, Dr. Mahathir berkata, beliau ditanya 19 soalan berhubung isu berkenaan dan mendakwa berasa sedih kerana polis yang selama ini mempunyai reputasi baik diarahkan oleh ahli politik untuk memberi tekanan kepada rakyat.
“Saya harap polis kita tidak diganggu oleh orang politik. Polis ditubuhkan untuk melindungi rakyat tapi jika polis digunakan untuk tekan rakyat maka rakyat akan jadi takut,” ujarnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
salimrock: sapa polis tu? mesti pangkat b ...
dua_chzy replied at 23-1-2024 08:48 PM
AMBOOOIIIIIIII CAKAP MACAM TERPALING VICTIMMMMMN
ifanonline replied at 24-1-2024 11:39 AM
ifanonline replied at 24-1-2024 11:39 AM
ADVERTISEMENT