DOHA: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon tidak menyalahkan sesiapa susulan Harimau Malaya tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023. Sebaliknya, pengendali dari Korea Selatan itu menganggap kesalahan itu adalah datang daripada dirinya yang meletakkan harapan terlalu tinggi untuk pasukan Harimau Malaya. Justeru, beliau mengambil tanggungjawab terhadap keputusan yang diraih skuad negara sepanjang kejohanan itu yang sedang berlangsung di Qatar. "Tiada apa yang salah, inilah (tahap) di mana kami berada. Mungkin jurulatih salah, saya memiliki harapan yang sangat tinggi. Saya berikan impian terlalu tinggi. Mungkin saya beri harapan terlampau tinggi kepada orang ramai dan pemain, mungkin silap saya.
"Sebagai jurulatih, ini masalah saya. Bukan daripada pemain, bukan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), bukan daripada orang ramai. Jadi ini semua masalah jurulatih," katanya. Pan Gon berkata demikian pada sidang media selepas Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad, malam tadi. Kekalahan itu menyaksikan skuad negara sah tersingkir di peringkat kumpulan meskipun masih berbaki satu perlawanan menentang Korea Selatan di Stadium Janoub, Khamis ini. Malaysia yang tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi pertama, Selasa lalu menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata dan jaringan. Mengulas mengenai persembahan pasukannya, Pan Gon menjelaskan bahawa Harimau Malaya tidak berjaya mengawal dan mendominasi permainan. Beliau bagaimanapun memahami kesukaran pemain untuk memberikan saingan terbaik kepada pasukan lain di pentas tinggi seperti Piala Asia yang mana mereka layak secara merit buat kali pertama selepas 43 tahun. Sumber : Berita Harian |
dua_chzy replied at 22-1-2024 02:04 PM
Tukar nama la pi kucing pondan Malaya. Ha.
msdummy.2018 replied at 22-1-2024 12:33 PM
Aku tgk dr satu sudut lain ya...ni lah first time aku dhr coach bola sepak malaysia ckp dia bertangg ...
msdummy.2018 replied at 22-1-2024 12:33 PM
Aku tgk dr satu sudut lain ya...ni lah first time aku dhr coach bola sepak malaysia ckp dia bertangg ...
stingerpressor replied at 22-1-2024 02:39 PM
Korea jepun Bahrain, Jordan and many other teams yg bertanding, players dari kalangan naturalisasi b ...
Firenzza replied at 22-1-2024 02:58 PM
Naturalisasi ni pun x hadap nak main kt sini dh org offer baekkk punya..... grab je la. Kalau depa ...
Decaffeinated replied at 22-1-2024 02:42 PM
budaya orang Korea. ada telur.
grouper replied at 22-1-2024 01:09 PM
Serious la....patutnya msia target nak menang piala ni ke atau at least masuk semi? Klau org kutuk l ...
Ahriman replied at 22-1-2024 01:01 PM
Terima kenyataan..mmng kita punya pasukan taraf tu je.
stingerpressor replied at 22-1-2024 02:39 PM
Korea jepun Bahrain, Jordan and many other teams yg bertanding, players dari kalangan naturalisasi b ...
Ahriman replied at 22-1-2024 04:10 PM
Terutama si Insa tu.ape ke bengong bawak masuk pemain umur almost 40 an.dh la main mcm taik.geram. ...
ADVERTISEMENT