CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tegur Tarikh Konsert Siti Nurhaliza Dekat Dengan Ramadan, Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

22-1-2024 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14539| Komen: 144

Description: Sebelum ini, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Pulau Pinang) telah membuat teguran secara terbuka berkenaan tarikh konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berhampiran dengan tarikh menyambut Ra ...


Sebelum ini, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor (Mufti Pulau Pinang) telah membuat teguran secara terbuka berkenaan tarikh konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berhampiran dengan tarikh menyambut Ramadan.

Tidak menyangka teguran itu menjadi hangat di media sosial, Wan Salim tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tiada niat mahu meraih populariti.

Beliau menyatakan niatnya hanya ingin menegur tentang tarikh yang dekat dengan sambutan bulan Ramadan dan boleh melalaikan. Ini kerana umat Islam ketika itu perlu mempersiapkan rohani secukupnya sebelum menyambut bulan penuh mulia itu.

"Segala tindakan dan keputusan yang dilakukan kita akan dinilai Allah…

"Bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera.

"Terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberikan atau menolaknya berdasarkan pertimbangan masing-masing".

"Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat".

"Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas sahaja tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat".

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang juga memohon maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa sekiranya teguran yang dilakukan menimbulkan rasa kurang senang sehingga mengganggu perjalanan program.

Kredit: Malaysia Gazette/Ohmedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 22-1-2024 08:22 AM
Kalo ckp mufti kita x nak dgr ckp sapa lg yg kita nak dgr.
Quote rospinki 22-1-2024 08:24 AM
tak kiralah mufiti mana apa yg disampaikan zmn skrg ni manusia islam terutamanya secara terang2 menghina tokoh ulamak / ustad apapun yg dia smpikan atas dasar kepentingan islam islam itu adalah cara kehidupan orang islam. rugilah mereka sdri menempah murka dan neraka Allah. tak suka diam..simpan dalam hati ni sbgi org islam jugak yg lebih2 menghina dan merendah2kan penceramah. apa nk jadi tah..jadilah seperti mata lebah yg mencari madu bukan mata lalat mencari benda busuk. eh babilah baik pegi mampus je..gitu
Quote pokokmeranti 22-1-2024 08:26 AM
ustazah-ustazah, PU dan seangkatanya dah ada yg bagi respon ke?
Quote MissYouSayang 22-1-2024 08:32 AM
Sitinon patut bawa kolpelir jadi guest artis baru mopti dapig ni senyappp x berkutikk kekdahnyeh
Quote pooh~key 22-1-2024 08:44 AM
Mentadak mentadu, macam mana siti norhaliza kentut sis?
Quote jari10 22-1-2024 08:46 AM
Tinggi derejat sangatkah sampai mupti kena mintak maap? Tanya je
Quote Cassieopeia 22-1-2024 08:50 AM
amboi mufti kene minta maaf kt dia ye.. karat dia ni mmg boleh thn sampai muftipun kne hencap
Quote midori888 22-1-2024 08:51 AM
rospinki replied at 22-1-2024 08:24 AM
tak kiralah mufiti mana apa yg disampaikan zmn skrg ni manusia islam terutamanya secara terang2 meng ...

agreed..mufti hanya sampaikan jer...up to retis nak terima atau tidak...
Quote krustykrab 22-1-2024 08:53 AM
jari10 replied at 22-1-2024 08:46 AM
Tinggi derejat sangatkah sampai mupti kena mintak maap? Tanya je

Tinggi la sb ramai pentaksub pompuan ni..
hidup semua lengkap, apa lg nk herankn,.
Quote plywood 22-1-2024 08:57 AM
aku rasa mufti minta maaf ni sebenarya bagus dari kesan psikologi.

ini menamatkan 'perang' dan netizen kembali berfikiran spt biasa, barulah boleh menilai semula apa yang sedang berlaku. .. klu terus-terus menasihati maka ini akan masuk dalam fasa 'perang' kepada sebahagaian netizen yang mana tidak bermanfaat kepada sesiapa pun.
Quote abas8888 22-1-2024 09:01 AM
sebagai kesimpulan daripada ayat2 mufti ni, bagi aku, kalau translate kepada bahasa pasar, bunyinya adalah "hang pikiaq la sendiri"...hihihi..
Quote kucingitam 22-1-2024 09:04 AM
mufti dah tegur, hang nak buat apa hang suka la..hang dah besaq, ada kepala otak..
Quote BellaThePrinces 22-1-2024 09:14 AM
abas8888 replied at 22-1-2024 09:01 AM
sebagai kesimpulan daripada ayat2 mufti ni, bagi aku, kalau translate kepada bahasa pasar, bunyinya  ...

kalau bahasa nismilan bunyinya --  pokok dek kau la


Quote imransulaiman 22-1-2024 09:18 AM
Aku bukan nak side mufti atau ctdk... Tapi selama ini, apa sajalah yang ketara rakyat islam di negara ni buat untuk menyambut Ramadan?
Yang selalu sangat nampak - bazar dan bazar dan bazar! Apa lagi - tema warna!
Nak kata ramai yang memeriahkan masjid, bukannya tiada langsung..mungkin tak dihebahkan sangat (atas alasan - beribadat janganlah menunjuk)

Fikir positif - semoga teguran mufti itu menjadi asbab umat islam lebih bertumpu kepada amalan mulia...dan konsert ctdk nanti bakal menjadi "himpunan ibadat"...

Aaamiin in Sha Allah
Quote rospinki 22-1-2024 09:21 AM
midori888 replied at 22-1-2024 08:51 AM
agreed..mufti hanya sampaikan jer...up to retis nak terima atau tidak...

ya tugas utama menegur dan menyampaikan utk kebaikan tugas dia dah selesai takde dakwa dakwi esok.
Quote ayukpingu 22-1-2024 09:22 AM
Dia mana boleh kene tegur

Quote BartholomewKuma 22-1-2024 09:30 AM
Baguih mufti siap mintak maaf
Quote hidet 22-1-2024 09:34 AM
jari10 replied at 22-1-2024 08:46 AM
Tinggi derejat sangatkah sampai mupti kena mintak maap? Tanya je

itu la...mufti pulak mintak maaf, kalau mufti tak mintak maaf pun takde isu sebenarnya..
Quote Firenzza 22-1-2024 09:34 AM
Pahmi pun who r uss kan mopti konset kopelir... .apa de hal

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069420 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top