Kes buli memberi kesan yang serius kepada mangsa, termasuklah mengalami trauma sepanjang hayat. Menerusi satu luahan seorang individu, abangnya pernah menjadi mangsa buli ketika menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kira-kira 10 tahun lalu.
Ternyata impak buli terhadap abangnya cukup memilukan kerana mengalami penderitaan jangka panjang. “Bayangkan abang aku tertekan sangat sampaikan berat badan turun mendadak, tak bercakap dengan orang dan tak keluar bilik langsung,” katanya. Namun menerusi satu luahan di laman X, apa yang ingin dikongsikan adalah mengenai pembuli-pembuli abangnya yang kembali muncul dalam hidup mereka sekeluarga. Menurutnya, geng pembuli abangnya terdiri daripada empat orang, yang mana dua daripadanya kini sudah berkahwin dan hidup dengan keluarga masing-masing.
Perkara itu hanya diketahui selepas salah seorang daripada mereka cuba untuk menghubungi abangnya semula, kira-kira dua tahun lalu. “Dua, tiga tahun lepas, A telefon mak aku. Tapi setiap kali mak aku tanya siapa, dia matikan panggilan. Lepas tu tak lama kemudian dia telefon semula. “Tapi bila tanya, dia diam, matikan panggilan lagi. Mak aku pelik kenapa pula, kalau scammer mesti dia keluarkan ayat-ayat scam dia kan, tapi ini tidak,” ujarnya. Tidak berhenti di situ, menurutnya, pembuli A menghubungi ibunya lagi dan kali ini bersuara dan memohon maaf atas kesilapan yang mereka lakukan terhadap abang. “Dia nak minta maaf dengan abang aku sebab geng dia buli abang aku dulu masa diploma sampaikan abang aku kena berhenti belajar,” jelasnya. Mengulas lanjut, katanya lagi, pembuli A berkongsi cerita mengenai kehidupan mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan masing-masing diduga dengan ujian yang sangat hebat. Menurutnya, pembuli B dikurniakan empat cahaya mata namun diuji apabila kesemuanya tidak sempurna dari segi fizikal. “Pembuli C juga dah kahwin tapi bini dia selalu keguguran sampai tahap doktor cakap berehat dulu, mereka sekarang stres pasal anak. “Pembuli D pula tak sempat kahwin, sudah meninggal dunia. Dia terbabit dalam kemalangan, kena gilis dengan lori,” katanya. Difahamkan juga, kesemua mereka sebenarnya merancang untuk meminta maaf tetapi dikatakan mengambil masa bagi menunggu persetujuan masing-masing. “Kononnya nak tunggu geng complete dulu. Bila pembuli D dah meninggal dunia, si A cepat-cepat cari nombor telefon abang aku. “Kami sekeluarga susah, tak ada telefon sendiri. Masa daftar universiti dulu memang guna nombor telefon mak. Mungkin A pelik dulu kenapa perempuan yang jawab telefon,” katanya. Dia bagaimanapun berkata, pembuli A tidak berkongsi cerita mengenai kehidupannya sekarang dan hanya mahu mendapatkan kemaafan daripada abangnya. “A tak cerita pula azab dia, tapi aku rasa mesti teruk juga tu. Mak aku suruh A cakap sendiri dengan abang aku, tak pasti abang maafkan mereka atau tak. Aku pun tak nak tanya. “Alhamdulillah, selepas 10 tahun abang aku sekarang sambung belajar... ya selepas 10 tahun. Kalau korang pernah buli orang dan nak minta maaf, tolonglah minta maaf cepat-cepat. Dosa dengan manusia, kena settle sendiri,” katanya mengakhiri bicara. Di ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan bahawa doa orang yang teraniaya ini tiada hijab dan setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sesuatu perkara itu apabila ia bertentangan dengan agama dan nilai kemanusiaan seperti buli, maka ia adalah tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. “Allah SWT mengajar kita untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada perintahNya, saling menghormati sesama manusia, berkasih sayang antara satu sama lain, serta menjaga hak-hak karamah insaniah. “Hendaklah setiap mereka yang terlibat dengan perbuatan buli ini merasa insaf, bahawa setiap tindakan dan amalan kita di atas bumi ini akan dinilai oleh Allah SWT. “Dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perkara kesemuanya itu tidak terlepas dari catatan dan hitungan malaikat. Apatah lagi perbuatan menzalimi manusia yang lain tanpa hak,” menurut kenyataan itu. Sumber: mStar
|
ifanonline replied at 16-1-2024 09:18 AM
doa org yg dianiaya tuhan akam makbulkan dgn segera...semoga menjadi pengajaran kpd pembuli2 semua.. ...
makita replied at 16-1-2024 09:29 AM
Kdg2 yg kene buli tu xde doa apa2 kat pembuli samada buruk atau baik. Tapi Allah yang susun elok2 ...
nikaido replied at 16-1-2024 10:08 AM
Agak jarang dengar dkt ipta buli2 sb mostly masing2 dah sibuk dgn kerja kursus/assignment & bercoupl ...
ADVERTISEMENT