CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13405|Reply: 81

4 Kaki Buli Di IPT Gigih Cari Semula Mangsa! Seorang Maut Digilis Tak Sempat Minta Maaf, 2 Pelaku Ada Masalah Anak

[Copy link]
Post time 16-1-2024 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Kes buli memberi kesan yang serius kepada mangsa, termasuklah mengalami trauma sepanjang hayat.


Menerusi satu luahan seorang individu, abangnya pernah menjadi mangsa buli ketika menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kira-kira 10 tahun lalu.


Ternyata impak buli terhadap abangnya cukup memilukan kerana mengalami penderitaan jangka panjang.





Gambar Hiasan





“Bayangkan abang aku tertekan sangat sampaikan berat badan turun mendadak, tak bercakap dengan orang dan tak keluar bilik langsung,” katanya.


Namun menerusi satu luahan di laman X, apa yang ingin dikongsikan adalah mengenai pembuli-pembuli abangnya yang kembali muncul dalam hidup mereka sekeluarga.


Menurutnya, geng pembuli abangnya terdiri daripada empat orang, yang mana dua daripadanya kini sudah berkahwin dan hidup dengan keluarga masing-masing.


Perkara itu hanya diketahui selepas salah seorang daripada mereka cuba untuk menghubungi abangnya semula, kira-kira dua tahun lalu.


“Dua, tiga tahun lepas, A telefon mak aku. Tapi setiap kali mak aku tanya siapa, dia matikan panggilan. Lepas tu tak lama kemudian dia telefon semula.


“Tapi bila tanya, dia diam, matikan panggilan lagi. Mak aku pelik kenapa pula, kalau scammer mesti dia keluarkan ayat-ayat scam dia kan, tapi ini tidak,” ujarnya.


Tidak berhenti di situ, menurutnya, pembuli A menghubungi ibunya lagi dan kali ini bersuara dan memohon maaf atas kesilapan yang mereka lakukan terhadap abang.


“Dia nak minta maaf dengan abang aku sebab geng dia buli abang aku dulu masa diploma sampaikan abang aku kena berhenti belajar,” jelasnya.


Mengulas lanjut, katanya lagi, pembuli A berkongsi cerita mengenai kehidupan mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan masing-masing diduga dengan ujian yang sangat hebat.


Menurutnya, pembuli B dikurniakan empat cahaya mata namun diuji apabila kesemuanya tidak sempurna dari segi fizikal.


“Pembuli C juga dah kahwin tapi bini dia selalu keguguran sampai tahap doktor cakap berehat dulu, mereka sekarang stres pasal anak.


“Pembuli D pula tak sempat kahwin, sudah meninggal dunia. Dia terbabit dalam kemalangan, kena gilis dengan lori,” katanya.


Difahamkan juga, kesemua mereka sebenarnya merancang untuk meminta maaf tetapi dikatakan mengambil masa bagi menunggu persetujuan masing-masing.


“Kononnya nak tunggu geng complete dulu. Bila pembuli D dah meninggal dunia, si A cepat-cepat cari nombor telefon abang aku.


“Kami sekeluarga susah, tak ada telefon sendiri. Masa daftar universiti dulu memang guna nombor telefon mak. Mungkin A pelik dulu kenapa perempuan yang jawab telefon,” katanya.


Dia bagaimanapun berkata, pembuli A tidak berkongsi cerita mengenai kehidupannya sekarang dan hanya mahu mendapatkan kemaafan daripada abangnya.


“A tak cerita pula azab dia, tapi aku rasa mesti teruk juga tu. Mak aku suruh A cakap sendiri dengan abang aku, tak pasti abang maafkan mereka atau tak. Aku pun tak nak tanya.


“Alhamdulillah, selepas 10 tahun abang aku sekarang sambung belajar... ya selepas 10 tahun. Kalau korang pernah buli orang dan nak minta maaf, tolonglah minta maaf cepat-cepat. Dosa dengan manusia, kena settle sendiri,” katanya mengakhiri bicara.


Di ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan bahawa doa orang yang teraniaya ini tiada hijab dan setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.


Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sesuatu perkara itu apabila ia bertentangan dengan agama dan nilai kemanusiaan seperti buli, maka ia adalah tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali.


“Allah SWT mengajar kita untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada perintahNya, saling menghormati sesama manusia, berkasih sayang antara satu sama lain, serta menjaga hak-hak karamah insaniah.


“Hendaklah setiap mereka yang terlibat dengan perbuatan buli ini merasa insaf, bahawa setiap tindakan dan amalan kita di atas bumi ini akan dinilai oleh Allah SWT.


“Dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perkara kesemuanya itu tidak terlepas dari catatan dan hitungan malaikat. Apatah lagi perbuatan menzalimi manusia yang lain tanpa hak,” menurut kenyataan itu.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 09:10 AM | Show all posts
mOGA pembuli yg penah buli meolls masa sekolah asrama dulu menaglami nasib sama.. huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:18 AM | Show all posts
doa org yg dianiaya tuhan akam makbulkan dgn segera...semoga menjadi pengajaran kpd pembuli2 semua...

dgn meminta maaf shj tidak memadai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:28 AM | Show all posts
Tak payah maafkan. Move with your new life. Yg pembuli tu biar sendiri face the consequences. Pedulikkan ckp2 "nabi pun maafkan umat", "sombong sesama umat", "benda lalu biarlah berlalu" dan beberapa ayat lagi utk kasi pasrah..Podah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-1-2024 09:18 AM
doa org yg dianiaya tuhan akam makbulkan dgn segera...semoga menjadi pengajaran kpd pembuli2 semua.. ...

Kdg2 yg kene buli tu xde doa apa2 kat pembuli samada buruk atau baik. Tapi Allah yang susun elok2 nak bagi pembuli rasa mcmana rasa bila berada dalam situasi tak mampu nak ubah takdir
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:32 AM | Show all posts
makita replied at 16-1-2024 09:29 AM
Kdg2 yg kene buli tu xde doa apa2 kat pembuli samada buruk atau baik. Tapi Allah yang susun elok2  ...

doa ni pelbagai, ada secara lisan, ada secara perbuatan dan ada secara niat dan dlm hati...

semua doa2 di atas akan tuhan makbul dgn segera samada manusia itu dianiaya atau di zalimi

sebab tu kita kena doa setiap hari kpd Allah swt supaya menurunkan bala yg amat dasyat kpd Israel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2024 09:42 AM | Show all posts
nampak mcm teruk sgt diorg buli tu,
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 16-1-2024 09:58 AM

hmmm cara pikir gini, dia buli orang, so balasan nya susah bab anak dia. boleh jadi ke yg dibuli pun, sbb mak pak pun pernah membuli orang jgk dulu. tiber huhu tapi ape ape pun kalau nk di selam bebeno punca smpi mati pun tak habis cari punca, dah kalau kita yg buat jahat tu, own jelah silap salah sndiri, kalau ade ruang dan peluang utk pmbaikan, gunakan lah supaya tak melarat ke anak beranak pulak damage nye. ksimpulan harini adelah. tak untung pun hidop melayan ego
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak jarang dengar dkt ipta buli2 sb mostly masing2 dah sibuk dgn kerja kursus/assignment & bercouple. Patutnya umur begitu dah matang. Memang celaka la kaki buli dah tua2 lepasan sekolah masuk uni pun masih nak membuli
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:08 AM | Show all posts
Sebab tu kita ni sentiasa berbuat baik dengan orang. Buli ni bukan setakat buli fizikal..Tak kena kat kita, mungkin nanti anak2 kita yang kena kifarahnya.
Dulu ingat lagi jiran dekat rumah. Dok mengumpat pasal kakak yang kawin lambat. Lps tu dapat jodoh tak ada rupa pulak tu. Kemain mengutuk abang ipar ku.
Last2 anak dia kawin dengan suami orang. Dengar cerita dah bercerai dah pun.
Kakak ku tehtap la bahagia...biar tak ada rupa, janji hati baik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:10 AM | Show all posts
Apa la yang mengetuk hati pembuli sampai diaorang boleh terfikir balik kesalahan depa. Sekurang nya, pembuli ni tahu apa depa buat tu salah.

Untuk mangsa2 buli, amar makruf nahi mungkar, berani kerana benar, Allah sentiasa bersama kita. Pegang itu, jangan takut kan lain selain Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:31 AM | Show all posts
Hentikanlah sebarang kegiatan buli ni, kasihan kepada orang yang dianiaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:32 AM | Show all posts
Walaupun ramai boleh relate dgn cite ni, hati aku mengatakan ade part yang sedikit Hasanah.
Dah mcm movie, semua kene timpa bala.
That's not how any of this works.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:47 AM | Show all posts
mmng betul uols pembuli tu cash Allah bayar..ni yg kita tau. yg kita tak tau mcm2 balak dia dpt. manade kau buat jahat dapat balasan baik. walo sebesar biji sawi kesalahan tetap dapat balasan lagi2 kalu kau buli pada org yg tak brenasib baik. bertimpa2 lah balak kau dapat. aku pun tgk mata aku sdri..apakahabar pembuli life ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 16-1-2024 10:08 AM
Agak jarang dengar dkt ipta buli2 sb mostly masing2 dah sibuk dgn kerja kursus/assignment & bercoupl ...

Ada chuols yg tak matang2 kat ipta. Kwn meols lelaki putus cinta dgn bohsia. Tros benti diploma kat uitm. Dia punya frust tu lain mcm pegi nya.
Bohsia tu skrg dah baik dan gemok dah umo 36 baru kwen dan xde anak. Kwn meols lelaki tu beberapa tahun lepas tu move on then jumpa pompuan yg baik kekal sampai skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:05 AM | Show all posts
bagus la sekor da mati..semoga empat2 tu mati kena lenyek lori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
terlajak perahu boleh diundur
terlajak ‘berolah’ padan muka merasa skrg
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by syamzana at 16-1-2024 11:28 AM

kejadahnya kat ipt pun nak membuli lg. time ni la nak berjimba dgn rerakan, cari bf/gf, kelas assgn berlambak belum lagi plan holiday sesama.
byk masa nak membuli org smpai brenti bljr la bdk tu.

***ms iols kat hostel dulu, mgu orientasi kami dibuli beramai-ramai berenang dlm keadaan bertelekung atas rumput. dah la kebanyakan weols ni ada satu telekung je, bodo nak mampus akak tu. mujur ada ustaz nmpk dtg marah dia.
bahananya (tatau la sbb membuli ke dia bodoh) spm dia SAP sbb BM tak kredit. dia dpt 7/8 gitu la...weols spm 90an so pakai terms tu ye
first time sek iols ada budak SAP gegak gempita time tu bdk sbp dpt result SAP
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:31 AM | Show all posts
syukurlah Allah bg rasa beringat apa yg dia dah buat dulu smpai now dia nye life camtu. masih berkesempatan mintak maap. klu x, ha, menjwb ler kat akhirat nnt. silap2 abis pahala, kena tanggung dosa org yg dianiaya lg. tu lg la menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku masa diploma diejek kawan2 sebab dia kurus kering..yela nk ikut sapa gemok...sejak kena ejek anak aku mkn protein dan angkat berat..sekarang badan dah sasa tegap tinggi...pi mana2 pun x de sapa dah berani buli....makin hensem pulak aku tgk anak aku..sapa nk puji kalau x maknya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063536 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list