CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Bertudung Steady Tindik Lidah, Bangga Terjelir-Jelir Depan Kamera

9-1-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9587| Komen: 56

Video seorang wanita bertudung yang sedang menjalani proses menindik lidah di sebuah kedai di Petaling Jaya, Selangor, tular menerusi TikTok.

Wanita bertudung biru itu dilihat menjelirkan lidahnya sebelum seorang petugas mula menebuk lubang menggunakan peralatan khas.


Pelanggan itu kelihatan tenang sepanjang proses berkenaan, malah ia juga berakhir dalam tempoh cepat, kira-kira seminit sahaja.

Foto: mStar

Menurut akaun TikTok kedai tersebut, ia bukanlah kali pertama wanita itu hadir untuk bertindik, sebaliknya dia merupakan pelanggan tetap mereka.

"Untuk pengetahuan anda, ini adalah pelanggan tetap kami, hampir lima kali dia ulang dengan kami. Terima kasih banyak-banyak," tulis kapsyen pada video tular itu.

Video melibatkan wanita bertudung itu hingga kini menerima hampir sejuta tontonan sejak ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok pada Sabtu.


Ramai netizen turut meninggalkan komen berhubung perbuatan wanita itu yang dianggap 'berani' memandangkan dia seorang yang berhijab.

"Makcik yang tenang jangan disangka tiada piercing.

"Weh tak perasan langsung kata nak pierce sebab ingatkan video makcik mana ready nak pergi umrah, tapi sebaliknya.

"Oh my god serius la? Terbaiklah makcik, kalah saya. Tapi apa fungsi piercing dekat lidah?" tulis beberapa netizen.

Namun segelintir individu turut mengecam wanita itu dan meminta dia menyemak hukum agama sebelum menindik lidahnya.

"Ni yang dikatakan akhir zaman. Nanti lepas ni nenek-nenek dan atuk kita pula yang cuba. Fikir-fikirkanlah.

"Allahuakhbar, semoga makcik ini diberi hidayah untuk berubah.

"Bagi yang Muslim, sila rujuk hukum agama mengenai bertindik. Jangan jadi Islam liberal.

"Sebelum buka mulut Alhamdulillah, lepas buka mulut Astaghfirullah," tulis netizen lagi.

Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menindik telinga adalah harus bagi golongan wanita.

Namun perhiasannya itu hanya boleh dilihat oleh suami dan mahramnya sahaja ini kerana telinga itu merupakan aurat yang wajib ditutupi.

Menindik telinga melebihi daripada satu tempat tidak diharuskan ini kerana menyerupai golongan kafir dan fasiq.

Selain itu, ia juga merupakan perkara yang berlebihan dan melampaui batas di dalam perhiasan dan perbuatan melampaui batas ini dilarang di dalam syariat Islam. 

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 9-1-2024 09:37 AM
Acik ni baru kenal dunia ke. Tak pernah merasa ke zaman muda. Zaman tindik lidah ni so 2000s
Quote AkokKocik 9-1-2024 12:41 PM
Kawan aku kata lesbi suka tindik lidah utk diorg geser subang lidah tu kat lelangit, blh upkan syahwat...xtau betul ke idol.
Quote selipar_hijau 9-1-2024 12:45 PM
dah tua2 baru nk berjiwa rebel ke
Quote kucingitam 9-1-2024 12:48 PM
kalau makan kena buka ke?
Quote A-Are 9-1-2024 01:03 PM
teringat zmn tindik telinga banyak2...now semua da katup da...tggl 1 je..
Quote vanillaninja 9-1-2024 01:45 PM
kucingitam replied at 9-1-2024 04:48 AM
kalau makan kena buka ke?

Tak payah. Chuols makan je macam biasa. Lubang dia tu cepat tutup.
Quote virgocircus 9-1-2024 01:48 PM
Zaman aku skolah dulu, ada member yg jenis rebel..selamba tindik lidah siap xbukak pun kat skolah... Hahaha..ada gak yg tindik hidung tp dia pkai yg transparent punya so x nampak sgt. Mcm2 Hal zaman budak2 dlu.. tp bila dah tua bangka baru nak buat ni.... Tebiat dah namanya.
Quote otai_g 9-1-2024 01:51 PM
Bdk opis iols dulu ada yg tindik hidung smpikan auntie India yg jaga production tu Tanya buat kat mana? Maybe da sepesen dgn auntie India tu kot sbb bdk opis iols tu melayu
Quote ifanonline 9-1-2024 01:53 PM
ape kelas tindik lidah..zaman skrg org tindik bijik kelentit
Quote fefeeling 9-1-2024 01:55 PM
Dah berlalu dah zaman tindik bebanyak.. now zaman pakai gelang cartier 3-4 relung kt tangan
Quote midori888 9-1-2024 01:55 PM
vanillaninja replied at 9-1-2024 09:37 AM
Acik ni baru kenal dunia ke. Tak pernah merasa ke zaman muda. Zaman tindik lidah ni so 2000s

kan...so 2000..teringat cousin meols dulu tindik pusat...
Quote Thunderclouds 9-1-2024 02:07 PM
vanillaninja replied at 9-1-2024 09:37 AM
Acik ni baru kenal dunia ke. Tak pernah merasa ke zaman muda. Zaman tindik lidah ni so 2000s

Lidah & belly button.
So yesterday.
Quote kucingitam 9-1-2024 02:12 PM
vanillaninja replied at 9-1-2024 01:45 PM
Tak payah. Chuols makan je macam biasa. Lubang dia tu cepat tutup.

alamak, tak takut tercekik subang ke? sorry, tanya sebab curious sgt haha
Quote Thunderclouds 9-1-2024 02:12 PM
A-Are replied at 9-1-2024 01:03 PM
teringat zmn tindik telinga banyak2...now semua da katup da...tggl 1 je..

Meols menten.
Sakit wooo bila tebuk tang lain.
Nangess
Katanya selain point tindik yg 1 tu, tempat lain sakit lain mcm sbb tulang.
Tp yg bsusun sebelah telinga shj
Quote dekmieDandy 9-1-2024 02:38 PM
AkokKocik replied at 9-1-2024 12:41 PM
Kawan aku kata lesbi suka tindik lidah utk diorg geser subang lidah tu kat lelangit, blh upkan syahw ...

ouu aku ingat ke untuk bini serve laki je
lesbo pun boleh rupanya
Quote A-Are 9-1-2024 02:42 PM
Thunderclouds replied at 9-1-2024 02:12 PM
Meols menten.
Sakit wooo bila tebuk tang lain.
Nangess

oh yer bahagian ats telinga tu i olls xsure bukan tulang tp kat situla sampai sekarang kalau i olls cuba masukkan subang & pakai, xsampai sejam dia akan membengkak...sensitip betul...
Quote Kurex 9-1-2024 02:47 PM
dah 2024 pun nak menindik lagi ke?
Quote vanillaninja 9-1-2024 03:10 PM
kucingitam replied at 9-1-2024 06:12 AM
alamak, tak takut tercekik subang ke? sorry, tanya sebab curious sgt haha

Tak tercekik la chuols kalau pasang ketat. Kita panggil dia tongue barbell, atas tu macam screw so chuols pusing je atas tu bagi ketat. Boleh tukar colour lagi ikut mood
Quote cantthinkofany 9-1-2024 04:16 PM
ifanonline replied at 9-1-2024 01:53 PM
ape kelas tindik lidah..zaman skrg org tindik bijik kelentit

curlasssttttttttttttt......

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043674 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top