LUMUT – Sebuah premis makanan hasil laut di Pulau Pangkor yang didakwa mengenakan harga mahal melampau dan tular dalam media sosial, dikenakan tindakan dalam pemeriksaan mengejut semalam dan hari ini. Pemeriksaan bersepadu menerusi Ops Samar itu membuat pemeriksaan ke atas premis menjual makanan hasil laut tersebut serta yang lain di sekitar Teluk Nipah bermula pukul 6 petang hingga 2 pagi. Hasil operasi itu mendapati premis tersebut tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak serta tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut tersebut. Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, menjelaskan premis itu hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan awal pagi hari ini.
“Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain sekitar Teluk Nipah,” katanya di sini hari ini. Sumber -KOSMO! ONLINE |
KamikuP replied at 8-1-2024 09:11 AM
Kalu tak silap depan Anjungan Beach Resort ni kedai yg paling kanan sekali makcik ada gelang emas be ...
A-Are replied at 8-1-2024 02:15 PM
baru nk p pangkor tp cancel sbb terpikir apala aktivti boleh dibuat kat sana selain mandi laut dan s ...
lo_la replied at 8-1-2024 02:33 PM
Kan…
Best ke snorkeling pangkor sbb laut sebelah situ tak clear mcm yg ngadap LCS ni rasanya
otai_g replied at 7-1-2024 08:58 PM
Terbaik kpdnkk. Kasi ajar sama itu peniaga. Ntah2 lps soal siasat sekali owner non Muslim da. Stock ...
ADVERTISEMENT