CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Melopong Anjing Telan Duit Tunai RM18,000

5-1-2024 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16473| Komen: 6

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Sepasang suami isteri di negeri Pennsylvania terkejut apabila anjing peliharaan mereka menelan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548), lapor akhbar New York Post.

Menurut Carrie Law, sampul surat berisi wang kertas bernominasi AS$50 dan AS$100 itu hanya diletakkan di dapur selama 30 minit apabila suaminya, Clayton melihat cebisan kertas di atas lantai.



Pasangan itu terkejut kerana anjing baka Goldendoodle bernama Cecil dan berusia 7 tahun itu tidak pernah mengambil apa-apa di dapur termasuk makanan.

Semasa Cecil tidur, pasangan itu menghubungi doktor haiwan dan mereka diberitahu bahawa wang itu akan dikeluarkan melalui najis haiwan tersebut.

Cecil memuntahkan wang tunai sebanyak AS$250 (RM1,159) pada malam itu dan mereka selebihnya terpaksa membawanya ke halaman belakang rumah untuk membuang air besar.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 5-1-2024 02:26 PM
kesian plak kt anjing tu. agaknya duit tu ada bau mknn kot  smpai dia boleh mkn
Quote A-Are 8-1-2024 10:30 AM
xpnh plak dgr anjing makan kertas/ duit...sesuatu sgt
Quote Decaffeinated 8-1-2024 01:13 PM
baru betul anjing gila. harap dia tak ikut sunnah kunyah 40x sebelum telan.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:51 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:51 PM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.142979 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top