CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Kongsi Gambar Bersama Tapi Amir Ahnaf Tak Campur Urusan Peribadi Anna Jobling

4-1-2024 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9389| Komen: 2

Sering berkongsi gambar bersama, ramai dalam kalangan peminat mula menganggap pelakon Amir Ahnaf dan Anna Jobling kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Menafikan dakwaan berkenaan, kata Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 24, dia dan aktres berkenaan hanyalah sahabat baik selepas mereka sama-sama terlibat dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.


Malah tindakan berkongsi gambar berdua di media sosial disifatkan sebagai bentuk promosi lakonan mereka berdua.

Foto: IG

"Saya dan Anna hanya kawan baik. Kami selesa begitu.

"Rasanya dalam zaman sosial media sekarang ini tidak salah untuk kita manfaatkan teknologi untuk promosi drama. Ia salah satu bentuk pemasaran juga. Sebagai pelakon saya kena promosikan drama," katanya kepada mStar.

Amir ditemui ketika majlis tayangan perdana filem lakonannya berjudul Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.


Dalam masa sama aktor ini juga menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam hubungan antara Anna dan pelakon Meerqeen.

Bagi Amir dia hanya menjalankan tugas menjayakan karakter dalam drama berkenaan dan enggan masuk campur urusan peribadi rakannya itu.

"Masa saya terima tawaran berlakon ini saya sudah katakan kepada produksi dan Anna bahawa hanya untuk pegang watak ini dan tidak mahu ada kaitan dengan isu lain.

"Saya tidak masuk campur urusan peribadi Anna," tegasnya.

Sementara itu ditanya soal hatinya, Amir akui belum bersedia untuk kembali bercinta selepas hubungannya sebelum ini berakhir tiga tahun lalu.

Lebih memberi fokus kepada kerjaya, Amir juga perlu memikirkan tanggungjawab terhadap keluarga.

"Saya sudah solo lebih tiga tahun. Belum sedia untuk bercinta kembali. Hati belum terbuka.

"Saya ada sembilan adik-beradik dan semuanya masih belajar. Sebagai anak sulung saya tanggungjawab saya masih banyak," jelasnya.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal memulakan tayangan pada 11 Januari ini.

Selain Amir filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Heliza Helmi, Nam Ron dan ramai lagi.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 6-1-2024 10:29 PM
Walaupon amir ni muka kampong & anna muka urban aiols suka je tengok gandingan diorang berdua. Sebab nampak real. Korang jadi bestie je la. Nak couple apa baru keje 3 tahun, nak sara adik lagi 8 org. Eh, tapi family ko bukan b40 pon. Ayah keje petronas, mama ada kafe.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038928 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top