BEIJING, China – Seorang pelajar universiti di wilayah Jiangsu nekad menggigit kepala seekor tikus selepas jarinya digigit mamalia tersebut ketika berada di asrama, lapor portal berita Asiaone semalam.
Berdasarkan sebuah klip video, pelajar wanita berusia 18 tahun itu pada awalnya menunjukkan kesan gigitan seekor tikus pada jarinya. Dia kemudian menggigit kepala tikus yang dipegang untuk membalas dendam sehingga meninggalkan dua kesan gigi. Tikus itu mati sejurus selepas kejadian kerana dicengkam dengan kuat oleh wanita itu. Selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital berdekatan. Pelajar itu cedera di bibir selepas menggigit kepala tikus tersebut. “Doktor mengambil sedikit masa untuk memikirkan cara untuk menulis fail kes tersebut,” kata rakan sebiliknya di media sosial. Wanita itu dilaporkan sihat selepas diberi suntikan tetanus dan rabies.
Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT