JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Ciracas, Jakarta Timur menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menghidangkan mi segera kepada tetamu undangan, lapor portal berita Wolipop. Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, pihak tuan rumah dilihat menghidangkan mi segera pelbagai perisa seperti ayam, bawang, soto dan mi goreng.
Turut dihidangkan semasa majlis perkahwinan pada 22 Disember lalu itu adalah pelbagai bahan pelengkap juadah tersebut seperti sayur, bakso, sambal dan kicap. Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Junhadi Affan, dia mengutarakan cadangan untuk menghidangkan mi segera kepada pasangan pengantin berkenaan. “Ini adalah menu baharu daripada kedai saya iaitu Indomie. Saya sudah berbincang dengan pasangan pengantin untuk menyediakan 100 bungkus mi segera. “Saya mencadangkan idea ini kepada mereka kerana belum pernah ada lagi pengantin yang bersetuju sebelum ini,” katanya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. “Bagus juga kalau saya buat begini nanti kerana dapat berjimat,” kata seorang netizen. “Kalau di kampung saya, pasti menjadi kecaman jiran tetangga,” kata netizen lain. Sumber: Kosmo
|
laqoyah replied at 4-1-2024 11:29 AM
Alamak.......sedeyhhhhhh
ADVERTISEMENT