View: 8661|Reply: 6
|
Jimat Belanja, Majlis Kahwin Hidang Mi Segera Je
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Ciracas, Jakarta Timur menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menghidangkan mi segera kepada tetamu undangan, lapor portal berita Wolipop.
Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, pihak tuan rumah dilihat menghidangkan mi segera pelbagai perisa seperti ayam, bawang, soto dan mi goreng.
Turut dihidangkan semasa majlis perkahwinan pada 22 Disember lalu itu adalah pelbagai bahan pelengkap juadah tersebut seperti sayur, bakso, sambal dan kicap.
Foto: Wolipop
Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Junhadi Affan, dia mengutarakan cadangan untuk menghidangkan mi segera kepada pasangan pengantin berkenaan.
“Ini adalah menu baharu daripada kedai saya iaitu Indomie. Saya sudah berbincang dengan pasangan pengantin untuk menyediakan 100 bungkus mi segera.
“Saya mencadangkan idea ini kepada mereka kerana belum pernah ada lagi pengantin yang bersetuju sebelum ini,” katanya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Bagus juga kalau saya buat begini nanti kerana dapat berjimat,” kata seorang netizen.
“Kalau di kampung saya, pasti menjadi kecaman jiran tetangga,” kata netizen lain.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya 100 bungkus je. berapa la jemputan. baik nikah dekat pejabat kadi |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah acara prkhwinan kegemaran jejantz Mulayu Ummah Meleis, sbb xyah kluar bnyk duit, klau khwin free lgi dorg suka. Dulu iol bca kat FB psl wedding ceremony wedded couple kat Meleis, lafaz akad, mkn kat KFC pstu ambil gmbr kat KFC pkai hp. Rata2 jejantz Mulayu mmuji x habis2 lol
|
|
|
|
|
|
|
| |
|