PASIR PUTEH – Seorang buruh dicekup selepas dipercayai tergamak melampiaskan nafsunya terhadap seorang remaja berusia 13 tahun di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, di sini semalam selepas membawa mangsa menyambut tahun baharu.
Suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semasa berada di dalam sebuah bas di Bentong, Pahang selepas dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan kes itu kira-kira pukul 6.50 pagi tadi sebelum menjalankan siasatan untuk menahan suspek. Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa dikatakan keluar bersama suspek tanpa pengetahuan ibunya dengan menaiki sebuah motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut di Terengganu menuju ke Pasir Puteh. “Suspek membawa remaja itu bersiar-siar di sekitar kawasan Besut dan Pasir Puteh sempena menyambut tahun baharu.
“Lelaki itu kemudiannya membawa mangsa ke kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, di sini sebelum bertindak menodai kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Zaizul Rizal memberitahu, selepas kejadian itu, suspek meninggalkan mangsa di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang sebelum ditemui oleh ahli keluarganya. Katanya, bertindak atas maklumat itu, pihak polis berjaya menahan suspek di dalam sebuah bas di Bentong hari ini. Tambahnya, suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Sumber: Kosmo
|
Cassieopeia: alahai bdk laki tu 17 taun ke sure xsekolah dah. peranguh tgk porn la tu budak2 pun jadi kat sawah plak tu
Cassieopeia replied at 3-1-2024 10:32 AM
alahai bdk laki tu 17 taun ke sure xsekolah dah. peranguh tgk porn la tu budak2 pun jadi kat sawah p ...
gideoncross replied at 5-1-2024 02:01 PM
Sejenis brhnti skolah awl pstu asek mrokok, layan porn, kote keras, gi cucuk kat mna2 prmpuan. Cil ...
gigahertz replied at 3-1-2024 01:31 PM
i ada buat kajian. kenapa setiap kali kes under-age mesti
melibatkan Kelantan dan ini hasilnya :
ninja boy replied at 3-1-2024 02:00 AM
Bapak mengeteh mamak sampai pagi xde fungsi dlm rumahtangga utk garang disiplinkan budak, mak take o ...
Tinot7 replied at 5-1-2024 09:13 AM
Dah kenapa kluaq tanpa pengetahuan mak?
ninja boy replied at 3-1-2024 10:00 AM
Bapak mengeteh mamak sampai pagi xde fungsi dlm rumahtangga utk garang disiplinkan budak, mak take o ...
Dysania@72 replied at 5-1-2024 05:25 PM
then bila cukup umur dia bermigrasi ke kuala lumpur/selangor. dan berkahwin dengar org neger ...
sufi^_^ replied at 5-1-2024 05:41 PM
Dah mak dia pun buat tak tau tu. Dari kecik dibiar, dah remaja cam tu nak lentur balik susahlaa.
...
ADVERTISEMENT